Selang beberapa hari sewaktu bekerja sambil menunggu pelanggan, Aman dan Faris duduk bersama dikerusi.
"weh Man, syok betul aku tengok kau kerja best je buat kerja sama² dengan KakNia and Mimi. Aku rasa macam nak swap position kerja la dengan kau. Tapi dalam masa yang sama kadang² annoying juga tempat kau nonstop kerja eh. Bahagian aku ni banyak rilex time ada orang oder je baru buat." kata Faris
"aku takdehal pun nak swap, tapi nak swap swap sungguh la haha" kata Aman
"takpelah, kau banyak kerja kalau free pun kau kena backup aku juga bungkus ikan apa semua. rasa malas pulak banyak kerja haha. lagi syok macamni" kata Faris
"haa aku tak kesah je mana² aku okey je kalau nak rasa tempat aku, kata je bila² kita swap." kata Aman
"okey, Mimi mana Man lama tak nampak? boleh tahan juga dia tu ek Man, mantap jugak kepala pun jenis masuk air jugak tu." kata Faris
"dia kerja luar kata KakNia, nanti tiap minggu balik kau try la kalau nak try.." kata Aman
"okay jugak tu, tua sikit dari aku takpalah. janji ada.." kata Faris
Sabtu pagi kelihatan KakNia membawa Mimi kekedai.
"haii Mimi, camana kerja?" tegur Faris
Mimi yang sedikit hairan kerana Faris menegur Mimi dahulu tidak seperti kebiasaan Aman yang selalu menyakatnya sebaik dia turun dari kereta. KakNia dan Mimi memandang Aman yang sedang berpura-pura sibuk menyusun sayur.
"ermm hai.. okey je macam biasa je.." Mimi menjawab sambil matanya memandang ke arah Aman
"bagitahulah kerja macamana, kerja ofis ke? best lah ye kerja dalam aircond." kata Faris lagi
"emm. biasa je Faris. oklah nak masuk dalam dulu." kata Mimi
Mimi masuk kedalam kedai sambil melihat terus kearah Aman, tiada teguran tiada sepatah pun keluar dari mulut Aman.
*kenapa dia harini? dia taknampak aku ke? kenapa dia taktegur aku like always? kata Mimi dalam hati
"Amannn.... buat apa tu ? busyy ke? Ni haa Mama ada belikan sarapan.. jomlah makan sekali" kata Mimi ceria
"letaklah kat meja tu dulu." kata Aman langsung tidak memandang kearah Mimi
Mimi kehairanan dan terkejut sedikit sewaktu Faris menegur.
"Haaa.. mari² biar aku makan dulu. jomlah Mimi makan sekali." kata Faris
Mimi hanya duduk dimeja makan bersama Faris dan menjamah sarapannya dengan sedikit kesal. Faris struggle sedikit untuk menambat hati Mimi kerana sebelum ini dia kurang bercakap dengan Mimi dan KakNia. Semua urusan kerja dan kedai, Faris hanya menyampaikan pada Aman dan meminta Aman katakan pada KakNia.
KakNia segera mendekati Aman dan menolong Aman membuat kerjanya. KakNia menduga sesuatu terjadi kerana dia seolah meneka Aman amat menyukai anaknya itu. Tetapi perwatakannya harini agak berbeza dari kebiasaannya.
"kenapa Aman? awak okay? taksuka KakNia bawa anak KakNia harini?" tanya KakNia perlahan
"eh takde la, saya okay je. maybe penat sikit kot. takde apalah KakNia saya okey je." kata Aman
"esok ambillah cuti, KakNia ada BangMi pun ada esok." kata KakNia
"takapalah saya okay je" kata Aman tersenyum sambil melihat Faris tersenyum ibarat kerang busuk dapat sarapan bersama Mimi
Hari berganti hari, minggu berganti bulan. Aman dengan Mimi sudah semakin renggang akibat Aman sengaja kurang bercakap dan bergurau seperti dahulu. Kini tempatnya diganti Faris, yang sudah menyakat Mimi sepertimana Aman lakukan dulu. Akan tetapi Aman semakin rapat bersama KakNia. Faris masih lagi tidak rapat bersama majikannya itu.
"Aman, kau ada nombor telefon Mimi?" tanya Faris sewaktu duduk tunggu customer
"takada kenapa?" tanya Aman kembali
"aku dapat dah nombor Mimi, dia call aku itu hari. sebenarnya dah 1 minggu tiap malam dia voicecall aku, malam tadi lagi advance dia videocall aku sampai tertidur" kata Faris gembira
Sedikit hancur hati Aman tetapi untuk rakannya itu dia merelakannya.
"wah baguslah tu Faris, dia selesa lah dengan kau tu" kata Aman
"Man, dia pakai baju tidur kain satin man. Pergh, mantap gila Man. walaupun vc dalam gelap, cahaya screen tu kena kat baju dia so nampak la baju tu. Man rugi kau tak tengok Man. Stim gila aku vc dengan dia Man" kata Faris
*sebenarnya hati aku dah terpaut untuk menjadikan dia isteri aku, tak ingin aku hancurkan dirinya seperti yang difikirkan kau Faris. tapi aku sudah undurdiri aku untuk kau Faris beruntung besar kau Faris, bila dah dapat nombor tak mustahil boleh ajak keluar or apa². Tahniah Faris. kata² Aman didalam hati yang takmampu diungkap dengan kata²
"haha oke lah tu" kata Aman sedikit kecewa
"dia tutup kepala dia pakai tuala je Man, tapi nampak juga leher dia sedikit. Mantap Man rugi kau Man" kata Faris sedikit bongkak
Aman hanya mendiamkan diri, membayangkan apakah akan terjadi pada anak majikannya itu nanti.
Selang beberapa hari, KakNia mendekati Aman yang sedang asyik menyusun sayur.
"Aman, KakNia nak tanya sikit boleh?" tanya KakNia
"awak dengan Mimi ada problem ke? KakNia tengok awak banyak diam sekarang, Faris pula perangai macam awak dulu². KakNia takberapa suka tengok Faris macamtu, terlalu mendesak dan bukan diri dia. Awak ni natural diri sendiri, mana Aman yang dulu Man?" tanya KakNia
"takde apalah KakNia. biarlah Faris macamtu KakNia tulah diri dia sebenar, saya ni macamni sebenarnya. sayakan pemalu orangnya hihihi" Aman mula menyakat KakNia
"pemalu apa ha pemalu apa?" KakNia mula mengetuk Aman menggunakan sayur ditangannya
"Man, suka Mimi kan? KakNia perasan lama dah dari kerja kedai lama dulu lagi. KakNia cuba satukan korang tapi kenapa jadi macamni Man? Kenapa awak undur diri sekarang Man?" tanya KakNia sedikit kesal
"kita akan bahagia bila melihat orang sekeliling kita bahagia" kata Aman
"jangan terlalu sibuk fikirkan oranglain, diri awak tu berhak bahagia. Jangan terlalu merendah diri Aman. Oranglain tak akan berterimakasih pun dengan pengorbanan awak, awak kena fikir diri sendiri dulu" kata KakNia
"maaf KakNia prinsip saya macamtu, biar saya rebah asalkan bukan orang sekeliling saya" kata Aman
"Aman..." kata KakNia
"alaaa.. chill lah KakNia. bosanlah jk jk ni." Aman memulakan mood ceria sambil senyum tawar melihat Faris bergurau senda bersama Mimi didepan.
315Please respect copyright.PENANAes2XqRoPJB
315Please respect copyright.PENANAroNy1UlMMv