Apabila anda berpagi-pagi, maka janganlah menunggu hari petang. Hari inilah yg anda akan tempuhi, bukan hari kelmarin yg sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan dan bukan juga hari esok yg belum tentu datang.
Tak mustahil hidup anda hanya tinggal sehari lagi. - Hari ini. Maka anggaplah masa anda adalah hari ini sahaja atau seolah-olah dilahirkan hari ini dan akan dimatikan hari ini. Oleh itu hidup anda tidak bercampur dengan gumpalan keresahan, kesedihan dan suka duka serta pedih luka masa lalu dengan banyangan masa depan yg penuh keraguan dan menakutkan.
Justeru itu, seharusnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja kuat anda pada waktu ini untuk hari ini. Pada hari inilah anda perlu berazam mempersembahkan kualiti solat yg paling kusyuk, bacaan Al Quran yg paling tartil dan penuh renungan, berzikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yg Allah berikan, mengambil berat terhadap kesihatan jiwa dan raga dan berbuat baik sesama manusia.
Tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini dan persembahkan sesuatu yg paling indah untuknya. Beristighfar atas semua dosa, bersiaplah untuk menempuh perjalanan jauh menuju akhirat dan nikmatilah hari ini dengan segala keriangan dan kebahagiaan.
Firman Allah : "Terimalah apa yg Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yg bersyukur." (Al-A'raf : 144)
ns 172.70.175.219da2