Kini genap 8 bulan Aman bekerja disitu, selepas raya KakNia meminta Aman untuk mencari pekerja untuk backup Aman kerana sepanjang tempoh 8 bulan ni KakNia beberapa kali menawarkan Aman untuk mencari pekerja backup tetapi ditolak Aman kerana Aman amat gemar kerja dari pagi hingga malam. Dia amat menyibukkan dirinya dengan kerja.
"Aman, cari pekerja sorang boleh?" KakNia bertanya pada Aman
"Pekerja untuk cawangan lama ke KakNia?" tanya Aman
"Tak, kat sini. KakNia takboleh dah bagi awak kerja dari pagi sampai malam. Kena ada shift. Gilir² boleh?" kata KakNia
"Eh.. Taknak lah, saya kerja sini sorang je dah cukup" kata Aman
"eh Aman, ko dengar sini elok² eh. Kau tu dah lama kerja dari pagi sampai malam, ko takde rasa ke nak jalan² ke nak cari awek ke ape? kerja ni kena ada life jugak kena la balance kerja and life" Mimi menyampuk
*dalam hati alamak dia garang juga tapi lagi comel dia macamni, care jugak dia dekat aku eh ahahaha*
"Tapiii..." kata Aman
"Ah takde tapi². aku nak ko cari tak kisah parttime ke fulltime ke, aku nak ko rehat cukup. ko faham ke tak? aku bagi tempoh kat kau sampai bulan ni je untuk cari pekerja eh" Mimi berkata dengan tegas kepada Aman
"KakNia tak masuk campur eh, ini arahan dari anak KakNia eh. boleh eh Aman? Tanya KakNia
"Boleh je terpaksa la takleh nak buat apa lah" kata Aman
Sebaik KakNia dan Mimi pulang, Aman menelefon Amin
"Amin, buat ape?" tanya Aman
"Tak buat ape, aku takde kerja ni tadi aku baru berhenti keje kedai makan tu. Nak cari kerja lain lah esok." kata Amin
"haa, cantik kerja dengan aku jom. Kita gilir² shift." kata Aman
"okey², cantik esok aku masuk" kata Amin
Aman segera menelefon KakNia,
"Hello kak, saya dapat dah pekerja baru. Amin hehehe.." kata Aman
"laaa... Amin? dia bukan dah ada kerja ke?" tanya KakNia
"dia cakap dia dah berehenti tadi." kata Aman
"haish la budak Amin ni, kerja berhenti kerja berhenti tak konsisten langsung kerja. yela bolehla kalau dia nak suruh dia masuk esok ye" kata KakNia
Hari berganti hari, Aman dan Amin berganti shift kerja. Suatu hari Amin mencadangkan sesuatu pada Aman.
"Aman, kita takpayah la tukar² shift. Aku nak maintain shift malam. Kalau betul² ada emergency je baru gilir shift. Aku nak shift malam sebab balik kerja terus aku main ML sampai subuh. Lepas subuh aku baru tidur, kalau aku shift pagi susah la aku nanti. Kau bagitahu KakNia buat kau pagi je aku petang oke?" kata Amin
"ha yelah aku oke je mana²" kata Aman
Shift Aman pagi masuk jam 10pagi berakhir pada pukul 6 petang dan shift Amin jam 2 petang sehingga 10 malam. Sepanjang waktu jam 2 petang hingga 6 petang Amin tidak melakukan sebarang kerja, dia hanya bermain ML. Aman mendiamkan sahaja.
Genap sebulan Aman dan Amin kerja bersama, suatu hari Amin whatsapp pada Aman.
"Aman, tolong bagitahu KakNia aku berhenti kerja. Aku dapat kerja lain dah" kata Amin
"kau berhenti macamtu jeke? cakap lah sendiri, kau kan rapat dengan dia" kata Aman
"takapa, malas la aku bagitahu dia. kau jela bagitahu." kata Amin
"ha yelah kejap lagi aku bagitahu" kata Aman
Setibanya KakNia dikedai, Aman memberitahu KakNia Amin sudah berhenti kerja.
"KakNia agak dah, KakNia kenal dia dari dia darjah 4 lagi. Memang macamtulah dia dari dulu, kerja dengan orang selalu lari macamtu je. Kerja pulak tak pernah nak kekal satu tempat, sebulan lari, seminggu lari haish apa nak jadi la si Amin ni." kata KakNia
"eeiii geramnya akuu!!! Takde adab betul berhenti macamtu je, kalau aku dapat aku tumbuk² je si Amin tu" kata Mimi geram sambil mengenggam penumbuknya
*comelnya dia garang macamni* kata Aman dalam hati
"takpe rileks la takde apa la tu" kata Aman
"Mana boleh rilek Aman, kau kerja lama tak macamni pun. dia baru sebulan kot. eii, aku kesian kat ko kerja sorang² semula" kata Mimi bengang
"takpelah nanti aku cari oranglain pulak" kata Aman
"ha ko pastikan ko cari pekerja, kalau ko tak cari siap ko" Mimi berkata sambil menunjukkan penumbuknya yang comel
323Please respect copyright.PENANAkYKJPFqd4l