Aman menghubungi seorang rakannya bernama Faiz, menanyakan jika ada yang mahu bekerja.
"Faiz, ada budak nak kerja tak? kalau takde cuba tanya adik kau, mana tahu kawan dia ada nak kerja ke ?" kata Aman
"Adik aku kata dia nak kerja , dengan kau ke?" kata Faiz
"boleh je shift petang la boleh?" kata Aman
"haa boleh dia cakap, tapi shift petang pukul berapa? tanya Faiz
"Shift petang pukul 2," kata Aman
"Dia sekolah lagi baru form 5. balik sekolah 2.40petang, kalau masuk kol 3 boleh?" tanya Faiz
"ha takpe masuk je kol berapa janji sebelum pukul 6, nanti aku adjust dengan tokey" kata Aman
"okey kalau macamtu esok aku bawak dia ke tempat kerja kau" kata Faiz
"okey bereh" kata Aman
4 bulan Aman dan Faris bekerja dan akhirnya cawangan baru terpaksa ditutup oleh kerana Bos kedai makan meminta kenaikan sewa tapak. Sudah setahun perjanjian bersama rm700 sebulan walaupun harga sudah tinggi tetapi sales mereka masih dapat menampung modal dan untung jualan. Kalini Bos kedai meminta sewa sebanyak rm1200 untuk sewa seluas kaki lima itu.
KakNia merasa amat serbasalah kepada Aman dan Faris. Aman mengatakan tiada apa yang perlu dirisaukan, Aman kembali menjadi penganggur dirumah sementara menunggu panggilan kerja.
Aman ternampak iklan jawatan kosong Kilang di Melaka dan mengajak Amin pergi bersamanya untuk memulakan hidup baru. 2 minggu Aman dan Amin kerja baru di Kilang sana, Aman menarik diri kerana merasa kurang sesuai dengan tubuh badannya untuk bekerja diKilang. Aman mengajak Amin pulang ke negeri asalnya kembali, tapi Amin menolak kerana dia sudah selesa bekerja diKilang. Aman pulang kembali seorang diri.
Hampir sebulan Aman menganggur dirumah, tiba-tiba Ita menelefon.
"Aman... ada mana?" tanya Ita
"ada kat rumah, kenapa?" kata Aman
"rumah mana ? melaka ke kat sini? tanya Ita
"kat sini, aku kerja Melaka 2 minggu je" kata Aman
"kau nak kerja tak dengan KakNia?" tanya Ita
"eh, kerja apa? dengan kau sekali ke?" tanya Aman
"Tak, aku berhenti dah. sekarang aku otw kerja KL. Pekerja sorang lagi dekat cawangan lama tu pun berhenti dah, so takde pekerja kat cawangan lama tu. Aku rasa tak lama lepas kau pergi Melaka tu kitaorang berhenti, so kedai tu dah tutup dekat sebulan la. Tapi ramai customer minta KakNia buka semula kedai tu, tu dia cari pekerja ni" kata Ita
"laaa... yeke? awat tak cakap awal.?" tanya Aman
"Aku lupa kau dah balik, tu pon tengok status whatsapp kau" kata Ita
"yela boleh aku boleh je keje situ" kata Aman
"Nanti kau telefon KakNia bagitahu deal la dengan dia, dia segan nak call kau tu pasal kedai sana tutup haritu." kata Ita
"laaa segan lagi takde hal la okey aku call dia nanti" kata Aman
ns 172.69.58.2da2