"Kak Nia, mana anak Kak Nia yang lain? kejap ada kejap takde. Balik kampung ke study?" tanya Aman
"oh study Aman, yang sulung perempuan tu Mimi study dekat KL jarang² balik sebulan sekali kadang 2 bulan sekali. Balik sabtu ahad je Aman, tak keluar kemana² pun KakNia suruh kalau balik ganti tempat mama dia buat kerja rumah. Dia muda setahun dari awak Aman. Sekarang awak 23 kan dia 22 tahun. Yang nombor 2 lelaki kurus pakai spek macam awak tu Azim pun study tempat sama dengan kakak dia. Kakak dia dah sem 5, dia sem 3. Nombor 3 pulak Hamzi, dia sekolah menengah asrama. N last Arif la yang selalu KakNia bawa tu." kata KakNia
"ooo macamtu patutla jarang nampak semua" kata Aman
"si mimi tu, KakNia rasa nak suruh dia kahwin awal la. Lepas graduate terus nak suruh dia kahwin, kalau dia takde calon KakNia yang nak jodohkan dia. KakNia rasa ada calon sesuai untuk dia" kata KakNia
"eh ada lagi ke zaman sekarang nak dijodohkan? sian dia tanya la dia mana tahu ada bf ke apa." kata Aman
"Siapalah nak anak KakNia tu Aman, awak tengok sendiri macamne garang dia haritu? awak lupa ke?" kata KakNia
"biasalah tu garang² manja, kalau saya nanti nak cari garang macam dia jugak. comel garang² gitu boleh tegas dekat saya yang tak berapa nak betul ni" kata Aman
"ada saja lah awak ni Aman, anak akak takde bf. Akak selalu tanya diorang, masing² tak berpunya lepastu minta mama diorang yang carikan." kata KakNia
"ye ye je, duk KL kot takkan lah takde." kata Aman
Jumaat petang, KakNia menjemput Mimi di stesen bas dan singgah kekedainya.
"Amaannn.... haiii lama takjumpa kan? kan?" suara ceria Mimi menegur Aman
"eh, Mimi bila balik? cuti lama ke?" tanya Aman
"Baru je mama jemput kat stesen bas tadi, cuti weekend je. Ahad nanti balik la." kata Mimi
"heiii kakak, jangan panggil Aman. Panggil Abang Aman. Mama taksuka panggil Aman, Aman" kata KakNia
"ni ha si Mimi rindu air mangga buatan abang Aman, Haa Aman buatkan satu air mangga" tambah KakNia senyum melihat anak sulungnya
"haa rindu ah sudah, saya takde letak pape eh dalam air saya buat" kata Aman
"tahu laaa... buat ikhlas tu penting" kata KakNia dan Mimi serentak
KakNia memerhati Mimi mengekori Aman membuat air, Mimi berdiri disebelah Aman sambil memerhatikan Aman.
"haish bebudak ni, nampak serasi sama²." kata KakNia perlahan
"Mama, kenapa kena panggil dia ni abang Aman? panggil Aman jela." tanya Mimi
"ha, betullah KakNia. saya takselesa orang panggil saya bang bang. macam tua sangat, kalau Arif panggil saya abang saya tak kesah sebab dia sekolah rendah lagi." kata Aman
"takboleh panggil nama saja, panggil Abang Aman tanda hormat dia lagi tua. Mama taksuka panggil nama je, faham?" kata KakNia tegas
"yela, ok fine ma. air dah siapp horeee jom cepat kemas² kedai kita balikkk" kata Mimi happy
Aman menutup pagar kedai, dan KakNia mencuci barangan yang telah digunakan. Tugas Mimi menganggu fokus Aman yang sedang mengemas. KakNia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Abang Aman.... " Mimi memanggil dan membuat muka comel beserta tangannya membuat piece kepada Aman
Aman hanya tersenyum melihat Mimi
Sebaik KakNia mengundurkan kereta untuk pulang, Mimi mengisyaratkan piece kepada Aman. Aman juga hanya membalas piece kepada Mimi.
Didalam kereta, Mimi bertanya kepada Mamanya.
"Abang Aman tu takde gf ke ma?" tanya Mimi
"Dia pernah cerita dekat Mama, dia broken teruk waktu study dulu" kata KakNia
"kenapa ma?" tanya Mimi
"dulu dia bercinta dah sampai jumpa keluarga dari sem 1 bercinta hingga sem 5 baru putus, putus sebab awek dia selalu tuduh dia ada affair dengan bestfriend awek dia padahal Aman cakap bestfriend awek dia ada perasaan dekat bestfriend Aman. Aman pernah teman kawan dia tu jumpa kawan awek dia naik motor Aman, orang nampak motor Aman and sebar kata Aman yang jumpa perempuan tu. Yang takboleh diterima Mama, perempuan tu pulak lebih dengar oranglain bagitahu berbanding kawan Aman n Aman sendiri. Lepastu gf si Aman ni pulak orang yang ada nama kat kolej dia, so kecoh la. Ada yang kesiankan Aman ni, minta Aman stop jangan kejar dah si gf tu. Sebab dalam diam gf dia ni ada lelaki lain, diaorang siap bagi bukti bergambar dekat Aman. Tu dia broken sangat² tu." kata KakNia
"weyhh, kesian betul do kat Aman. no wonder la dulu dia nak kerja kerja kerja je, kalau dia duduk saja mesti dia teringatkan Ma?" kata Mimi
"ye sebabtulah Kak. Dia ni pun bagus budaknya kak, pagi² hari sabtu dia selalu cakap kat Mama minta izin lewat sikit masuk kerja sebab dia setiap minggu bawa nenek dia pergi pasar pagi." kata KakNia
504Please respect copyright.PENANAsDBmzlk7Y3