Beberapa bulan kemudian..
"Aman, Faris.. Kita akan start buat penghantaran untuk customer² kita yang jauh. Nanti kita ambillah pekerja baru untuk delivery." kata BangMi
"laaa ingatkan kitaorang yang delivery pekerja baru duduk sini" kata Aman
"takboleh, Aman awak kena duduk dikedai khidmat awak diperlukan dikedai. Kalau Faris maybe boleh jadi delivery tapi delivery seorang sahaja. Jadi Faris boleh buat seorang? jawab KakNia yang juga mengetahui Faris tidak boleh seorang diri
"takpela kalau macamtu ambil pekerja barulah" kata Faris
"itu dalam perancangan , buat masa ni gilir-gilir dulu. BangMi, KakNia, Mimi yang hantar barang². kalau kami sekeluarga ada hal, Aman dan Faris pergi hantar. Kalau kedai tiada orang nak jaga tutuplah awal sedikit kamu pergi buat penghantaran. okay?" kata BangMi
"okay boleh je" kata mereka berdua serentak
Sebulan kemudian, BangMi perlu menghadiri kursus kerjanya ke Singapore selama seminggu.
"Aman, Faris kita ada order ni dari Kedah. Kena hantar esok. Korang berdua boleh hantar?" tanya KakNia
"saya takboleh KakNia. esok lepas kerja saya kena balik kampung ada hal family sedikit." kata Faris
"Aman?" tanya KakNia
"saya takda apa nak buat. boleh je, tapi KakNia takpergi dengan Mimi ke?" jawab Aman
"Mimi takdapat pergi esok Man, esok ada urusan di sekolah Arif. Jadi Mimi kata dia akan ke sekolah Arif and selepas tu dia ada hal dengan kawan dia" kata KakNia
"kalau macamtu okey lah saya pergi" kata Aman
Keesokkan harinya, selepas siap menyusun barang yang perlu dihantar customer kedalam hilux. Jam 8 pagi Aman bersedia untuk bertolak.
"kejap², KakNia ikut. BangMi suruh KakNia ikut." kata KakNia.
Aman memandu menuju ke Kedah, kira-kira anggaran 5jam perjalanan pergi sahaja. Mereka membuat perkiraan perjalanan pergi balik sekiranya tiada apa halangan, mereka akan sampai kerumah lebih kurang jam 9 malam. Ini kerana tempat penghantaran mereka sedikit pendalaman kemungkinan memakan masa yang agak panjang.
Sepanjang perjalanan Aman dan KakNia berborak dan bergurau senda. Sepanjang perjalanan mereka harini ditemani langit gelap dan sesetengah tempat dilanda hujan yang sangat lebat. Sampai didestinasi yang mereka tujui, Aman menurunkan stock² yang dipesan oleh pelanggan dan menyusunnya seperti diarahkan pelanggannya.
Setelah siap kesemuanya, Aman dan KakNia mencari kedai berdekatan untuk mengisi perut yang sudah lapar. Sewaktu makan sambil meluruskan badan, hujan turun selebat lebatnya. Mereka membuat keputusan untuk tunggu hujan reda sebelum masuk kedalam kereta.
Mereka berdua melihat jam menunjukkan 2.00 petang, 30 minit berlalu tiada tanda² hujan akan berhenti, mereka bimbanh akan lewat sampai kerumah jadi mereka berdua berlari memasuki kereta.
"basah dah baju KakNia. kan saya cakap biar saya je ambil kereta boleh park depan kedai tu, eiii KakNia ni" kata Aman sambil mengelap mukanya yang basah
"takapalah. awak basah KakNia basah adil lah. Takkan awak sorang je basah kesian lah." kata KakNia
"yelahh.. sejukk bukak aircond kalau tutup berkabus pulak." kata Aman
"sebab tu KakNia cakap bawak baju lebih nanti apa² hal tengok kan takde baju salin" kata KakNia memeluk tubuh
"eleh KakNia pun takbawak baju lebih, cakap orang" kata Aman
"baru adil kan? haha" jawab KakNia
Aman memandu perlahan kerana penglihatan terhad hujan yang terlalu lebat. Diperhati sekeliling air bertakung dan ada jalan yang sudah tenggelam.
"KakNia, tepi jalan yang kita lalu ni semua air lah. Ni kalau lambat ni mesti dah tenggelam, nasib baik kita cepat sikit" kata Aman
"tulah seramm cepat betul air naik sini" kata KakNia sedikit cemas
20 minit memandu perlahan dengan kesesakan lalu lintas, kini mereka terkandas akibat jalan dihadapan ditutup untuk semua kenderaan kerana air sudahpun tinggi. Aman mencari jalan alternatif yang lain tetapi kesemua jalan menuju ke negerinya telah ditutup. Mereka menuju ke kedai yang mereka hantar barangan tadi juga tidak lepas kesana. Mereka terperangkap disebuah pekan kecil.
KakNia menelefon suaminya memberitahu dia bersama Aman selamat tiada apa yang perlu dirisaukan.
"Saya tanya polis tadi, dia kata banjir kilat sahaja ni. Malamni atau pagi esok surutlah ni ikut keadaan air laju or tak. Kitaorang tunggu je tepi jalan ni, nanti dah surut kitaorang terus bertolak balik" kata KakNia
"okay elok² balik kalau penat berhenti rehat dulu, line okay tak? macam tak berapa jelas suara tadi" kata BangMi
"line kurang bang, kalau tak dapat contact tu paham² la bang²" suara KakNia tersekat² sambil melihat line ditelefonnya hanya 1bar.
"Aman, telefon kamu ada line?" tanya KakNia
"kosong kak" Aman menunjukkan telefonnya pada KakNia
Jam sudah menunjukkan 11 malam, tiada lagi tanda² air akan surut. Pihak berkuasa mengarahkan kenderaan berpatah balik supaya masuk ke kawasan pekan untuk mengurangkan kesesakan disitu.
"Nak kemana ni KakNia?" tanya Aman
"carilah hotel ke apa tidur dulu lah Aman" kata KakNia
Mereka berdua mengelilingi pekan kecil itu mencari homestay dan hotel. Kesemuanya sudahpun penuh akibat ramai yang terkandas telahpun membuat keputusan awal untuk menginap dihotel ataupun homestay.
"penuh semua ni macamana ni KakNia? saya tidur dalam hilux pun takdehal, KakNia la sakit badan nanti" kata Aman
"takapalah kalau takde biarlah Aman" kata KakNia
"eh kejap, sana kita tak try lagi tengok. KakNia tunggu sini kejap" kata Aman
"cik, bilik ada kosong lagi?" tanya Aman pada kaunter Hotel V
"ada tinggal satu je bilik, katil queen" kata customer service itu
"ok boleh lah " kata Aman
Sebaik sahaja selesai pendaftaran, Aman mendapatkan KakNia sambil menunjukkan kunci.
"KakNia pergilah masuk, ada tu bilik untuk KakNia." kata Aman
"eh jap, awak? dapat bilik?" tanya KakNia
"eh saya tidur sini jaga kereta" jawab Aman
"tinggal satu eh bilik? taknak, awak pergi masuk sana. ni kereta KakNia biar KakNia jaga" kata KakNia
"taknak² KakNia pergilah tidur sana" kata Aman
"Takboleh tak adil. Jom jelah tidur sana, bilik luaskan awak tidur atas katil KakNia tidur bawah" kata KakNia
"Ada pulak, saya tidur bawah KakNia tidur atas" Aman berlari masuk ke hotel sambil membawa kunci hilux bimbang sekiranya KakNia memegang kunci kemungkinan KakNia tidak akan tidur dihotel.
383Please respect copyright.PENANAAJNXO0mNew
383Please respect copyright.PENANA1GQXTIPD4Q