Faris sudah masuk bekerja setelah habis cuti sehari, seperti biasa Aman kembali bersendirian dan mendiamkan diri. Hanya sesekali sahaja dia berbual dan menyampuk perbualan 4 geng dikedai.
Sewaktu Zohor Aman menunaikan solat dibilik rehat kemudian duduk sebentar lebih kurang 5 minit. Mimi masuk kedalam bilik lalu berbaring dikerusi malas.
"Aman, kau okay?" tanya Mimi sambil baring mengiring kearah Aman
"okay, kenapa Mimi?" Aman menjawab sambil menoleh kearah Mimi
Aman terkejut sedikit melihat Mimi yang sedang berbaring mengiring kearahnya, dapat dilihat dengan jelas Mimi menyelak tudungnya hanya melilit lehernya dan jelas menampakkan buahdadanya yang montok. Sewaktu mengiring kedudukan buahdada Mimi terkepit antara kedua tangannya.
"cakaplah Aman kau kenapa?" tanya Mimi manja
"Mimi, kau ni cantik sebenarnya. Aku suka tengok kau manja macamni, untung bf kau kan." kata Aman cuba mengubah topik
"eleh ada² je kau ni Aman." kata Mimi sedikit malu²
"betullah Mimi, aku harap bf kau nanti jagalah kau betul². harap² berakhirlah hubungan dengan perkahwinan." kata Aman sambil bersandar didinding ditepi kerusi malas.
"Aman, kau kenapa ni Aman? kau kecewa dengan aku ke? sebab aku dah ada bf?" tanya Mimi lagi
"takadalah Mimi, aku okay je Mimi." kata Aman
"eh kau bila last cuti? bulan ni takda cuti kan? kita takjadi tutup hari ahad, kau tak ambil cuti langsung kan? bulan lepas pun kau tak ambil cuti kan? 2bulan 60hari kau kerja hari², ambillah cuti Man. rehat." kata Mimi
"takapalah Mimi, cuti pun nak kemana? baik aku kerja." kata Aman lagi
"takboleh. kau ni mesti sebab penat kan, kau jangan jadi macam dulu sibuk dengan kerja. diri kau kena jaga jugak, tak boleh macamni paksa diri kerja hari². kau kena cari life jugak Man" kata Mimi
"aku okey je" kata Aman
"takde², aku yang requestkan cuti untuk kau kejap lagi. besok kau cuti, aku tak kira kejap lagi aku cakap dekat mama aku."kata Mimi
"Amann!! oo Aman! lama betul solat tak siap lagi ke? jadi² lah tu lepak curi tulang ke? orang ramai ni mari lah keluar" jerit Faris yang cemburu setelah dia tahu Mimi juga berada didalam bilik rehat bersama Aman
"Mana orangnya Faris? biarlah dia berehat sekejap, KakNia ada sini. Hamzi pun ada, Arif pun ada ni untuk backup². Kalau awak lepas solat sempat tidur lagi dalam bilik tu, Aman masuk tak sampai 5 minit lagi" kata KakNia sedikit bengang melihat Faris
"alaa, saya cakap je" kata Faris
Aman mengeluh dan hanya memandang siling sambil mendiamkan diri. Mimi merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai Aman.
Sewaktu pulang dirumah, Mimi menegur Mamanya.
"mama, esok kalau Aman cuti boleh? kesianlah dia hari² kerja dah 2 bulan. Si Faris tu takde pulak macam si Aman, asik nak cuti aje budak tu. Cukup minggu cuti, kadang sebulan sampai lebih peruntukkan cuti pulak." kata Mimi
"takapalah pasal Faris tu, memang kita bagi diorang cuti 4kali sebulan. sekarang kedai kita buka hari², terpulanglah diorang nak kumpul cuti ke nak nak cuti seminggu sekali ke. tapi memang kena ambil la cuti 4hari dalam sebulan, kalau tak kira burn jela cuti dia macam si Aman tu puas dah Mama paksa suruh cuti. Janji harini esok cuti, tengok² esok datang jugak kerja. taktahulah nak cakap macamana lagi" kata KakNia
"takde kalini dia cuti esok, kalau dia datang kerja akak nak ajak dia keluar. mesti dia taktahu nak pergi mana sebab tu tak cuti kan, esok akak keluar dengan dia eh ma?" tanya Mimi
"yelah nak kemana? berdua je?" tanya KakNia
"rasa macam nak ajak dia teman akak shopping kat KL. dari sini berdua la, sampai sana nanti akak ajaklah kawan akak join" kata Mimi
"haa yelah.. balik malam ?" tanya KakNia
"malam lah ma, shopping lepas berbuka la tak panas sangat. balik lewat malam sikitlah kot" kata Mimi
"yelah elok², jangan tak balik sudah" kata KakNia
Keesokkan harinya. Kelibat Aman dan Mimi tiada dikedai. Kelihatan Faris tidak senang duduk.
"Aman cuti ke KakNia? takde bagitahu saya pun" tanya Faris
"ha'ah cuti, Mimi paksa Aman cuti harini suruh rehat" kata KakNia
"Mimi cuti jugak ke?" tanya Faris
"yea, cuti jugak dia ada hal nak ke KL kejap lagi." kata KakNia menyembunyikan yang Mimi mahu ke KL bersama Aman
"Akak nak pergi KL hantar barang sikit dengan Aman, lepas tu pergi jalan² dengan kawan² dia. Aman ikut" kata Hamzi si budak lurus
Faris sedikit bengang menarik muka dihadapan KakNia dan Hamzi.
*oh nak main cantas². tengok macam baik bagus je konon berpura-pura mengalah. kau tengok nanti kata Faris didalam hati
Dirumah Mimi.
"hello Aman, dah bangun tidur? buat apa tu?" Mimi menelefon Aman
"eh helo Mimi, aaa lama dah bangun dari pukul 6 tadi taktidur pun kenapa? tak buat apa pun main telefon je" kata Aman terkejut sedikit Mimi menelefonnya
"ikut aku boleh? kena pergi hantar baranglah dekat KL." kata Mimi
"ermm.. boleh je Mimi." jawab Aman
"okay, so kau bersiap dulu kejap lagi bagi location rumah. Aku jemput kau lepas pergi ambil barang kat kedai" kata Mimi
Setibanya dikedai untuk mengambil barang². Faris hanya duduk di kerusi memerhatikan majikan bersama Anak²nya memunggah barang masuk kedalam kereta. Jika ada Aman, sudah tentu Aman akan membantu dan tidak memberi KakNia dan Mimi mengangkat barangan yang berat itu.
"syoklah orang cuti pergi dating, dating dengan pekerja pulak tu. Cuti senyap² nak pergi konon nak senyap². bagitahu jelah, pergi dengan orang yang membosankan jangan tertidur pulak dalam kereta tu. hahaha, kalau bosan takda apa nak cakap call lah aku boleh jadi peneman berbual" kata Faris kepada Mimi
Mimi sedikit hairan macamana Faris boleh tahu tentang dia akan pergi bersama Aman. Mimi menjeling tajam kearah Faris, sejujurnya Mimi kurang berminat dengan kata-kata yang keluar dari mulut Faris.
Mimi laju masuk kedalam kereta dan menuju ke rumah Aman.
"beria pakai lawa², nak keluar dengan Aman je pun. pakai biasa² dah lah, lain lah kalau keluar dengan bf ke dengan aku ke baru sesuai pakai macamtu" kata Faris kepada Hamzi
335Please respect copyright.PENANAL5YlW8Auvw