Isnin , jam 9pagi. Aman bertemu KakNia disebuah kedai makan 24jam dibandar.
"oke Aman, sinilah kamu akan kerja. Harini kita setup stall dulu ye tapi jangan risau KakNia dah kira harini bekerja. Untuk harini gaji kamu dah start jalan. Awak nak cash ke nak ambil bulanan terserah kamu je, nanti kamu bagitahu je okay?" kata KakNia
"okey KakNia" kata Aman
Mereka berdua mengemas dan menyusun atur barangan keperluan dalam kawasan stall mereka. KakNia dapat menyewa tapak kaki lima dikedai makan itu hanya dapat memuatkan stall kecil, singki dan peti aiskrim.
"Hm, macam mana nak adjust kedudukan supaya awak selesa sikit nak begerak Aman?" tanya KakNia pada Aman
"Kalau saya sorang cukup dah ni KakNia, saya kurus je. Boleh dah ni." kata Aman
"Betul sure ke ni? KakNia serbasalah ni sempit ni kalau nak diikutkan. Atau nak setup lain ?" tanya KakNia serbasalah
"Takapa betul ni Kak, ni dua orang pun boleh lagi." kata Aman
"kalau macamtu okelah, jom makan dulu. Tu ambil harini kedai makan ni buat makanan free sempena diorang opening harini. Esok baru start meniaga, samalah macam kita start buka esok kan Aman? kan?" tanya KakNia dengan senyuman manis
"aaa.. ye kak, esok pukul berapa nak start?" tanya Aman
"Esok awak buka pukul 10 pagi, sampai 6 petang. Kita tengok dulu atas permintaan orang, kalau ikutkan tokey kedai ni minta pukul 10pagi hingga 10malam sebab diorang 24jam kan. Maybe malam pun ada yang nak air buah. Tapi KakNia kesiankan awak sorang², so sampai petang je." kata KakNia
",eh laaa, saya okay je KakNia. Malam pun takpe. Kerja senang je ni" kata Aman
"Bukan soal kerja senang ke susah, mana tahu malam nak gi dating ke apa ke kan? Pagi sampai petang dah kerja, malam je ada masa nak rehat ke jumpa makwe ke jalan jalan ke kan?" kata KakNia
"Emph, takdelah KakNia. Baru broken ni , tu nak sibukkan diri dengan kerja. Kalau duduk aje nanti jk tak habis. hehehe." kata Aman
"haih jk pulak. Yela Aman, kalau awak cakap macamtu KakNia ikut je. Ha , pasal gaji KakNia bagi awak rm60 untuk 8jam. Kalau awak nak kerja sampai 10malam, KakNia bagi awak ot la. Kira ot rm7 sejam okay?" kata KakNia
"Okey sangat tu KakNia, banyak tu Alhamdulillah. Terimakasih KakNia" Kata Aman
"Haa lagi satu KakNia datang jarang² tau, kalau KakNia ada masa KakNia datang. Nanti ada apa² problem ke, stock kurang ke apa² sahaja whatsapp je KakNia okay? Duit harian lepas closing awak catat and opening awak asing siap² untuk modal harian. Kalau KakNia takdatang, awak pegang duit tu bawa balik" kata KakNia
"Okey KakNia" kata Aman
"Dah siap makan jom balik, harini kira halfday la. Awak nak gaji sekarang ke nak KakNia simpan? Harini KakNia bagi awak rm60." kata KakNia
"Eh, banyaknya kak. Kerja taksampai 2jam" kata Aman
"Takapalah Aman, kira gaji sehari la ni KakNia bagi ni". kata KakNia
"Kalau macamtu ,KakNia pegangla dulu" kata Aman
"Okay baik, KakNia catat dekat buku gaji awak. Okay balik dulu ye Aman esok masuk kerja tau. Bbye" kata KakNia
"Comel betul kelakuan KakNia ni" Aman berbisik dalam hati sambil menunggang motornya pulang kerumah
ns 172.69.7.191da2