
(gambaran diatas adalah Ana)
Suatu petang yang tenang, selepas selesai menyusun barang di stor belakang kedai, Kaknia menegur Aman sambil duduk di bangku kecil menghadap ruang niaga.125Please respect copyright.PENANAvzHJgm4NXr
“Aman, ingat lagi tak masa mula-mula Aman datang nak kerja dengan Kaknia dulu?” soalnya sambil tersenyum manja.
“Ingat, mestilah ingat… Mana boleh lupa,” jawab Aman sambil turut duduk di sisi, sedikit tertunduk mengenangkan saat pertama kali bertemu.
Flashback...
Aman, lepasan diploma pengurusan berusia 22 tahun, sudah berbulan-bulan mencari kerja di kampungnya. Dia enggan berhijrah seperti rakan-rakannya hatinya masih mahu dekat dengan keluarga.
Satu petang, telefonnya berdering.
“Wei Man, kau nak kerja tak? Boss lama aku tengah cari orang,” kata Amin, teman sekolah lamanya.
“Kerja apa?” soal Aman.
“Jual air, kuih, buah-buahan. Senang je…”
Aman tak fikir panjang. “Okay je. Bila nak pergi jumpa?”
“Esok pagi aku ambik kau.” kata Amin
Keesokan harinya, Amin tiba dengan motor LC-nya.
“Wah, kau ni macam nak pergi pejabat kerajaan. Kemeja, slack, kasut kilat lagi,” usik Amin.
“Biasa lah. Aku belajar memang diajar berpakaian kemas.”
“Kemaih sangat, tukar lah baju. Santai sikit, tak formal mana pun kerja ni.”
Aman akhirnya akur. Dia tukar kepada t-shirt berkolar, jeans dan sneakers.
Setibanya mereka di kedai kecil berwarna pastel, Amin terus masuk ke dalam. Aman pula tercegat di luar, gugup.
“Man, masuklah… buat macam rumah sendiri je!” jerit Amin dari dalam.
Aman melangkah perlahan. Dari pintu, matanya terus tertumpu pada seorang wanita anggun. Kaknia. Lingkungan 40-an, tapi wajah dan gaya penampilannya memancarkan aura muda blouse, jeans straight cut, tudung sekadar atas dada namun ringkas. Senyumannya menyambut Aman seperti sudah lama mengenalinya.
“Kamu Aman ya? Amin dah cerita pasal kamu,” katanya dengan nada lembut dan mesra.
“Ya, saya,” balas Aman, suaranya hampir tersekat dek debaran.
“Itu suami saya, Bang Mi,” kata Kaknia sambil menunjuk ke arah lelaki bertubuh besar di hujung kedai. Nampak garang, tapi senyumannya ikhlas.
Dan tidak jauh dari situ, seorang gadis sedang mengupas buah mangga Ana. Dalam usia yang sama dengan Aman. Tubuhnya segar dan sihat, t-shirt ketat yang dipakai mengikut lekuk tubuhnya, dan jeans biru yang menambah gaya santai. Tudungnya ringkas, hanya menutup rambut, memperlihatkan sedikit leher jenjangnya.
Dalam sesi perkenalan ringkas itu, Kaknia bertanya beberapa soalan biasa. Tapi senyumannya tak pernah lekang. Pandangannya seperti menyimpan sesuatu mungkin harapan? Atau sekadar rasa suka terhadap pekerja baru yang jujur dan bersopan?
Aman akhirnya diterima bekerja. Hari itu, satu permulaan baru untuknya… dan mungkin juga satu permulaan rasa yang tak terduga, dalam dunia bisnes yang penuh ragam dan… kehangatan tersendiri.
“Kaknia nak hantar Bang Mi masuk kerja dulu. Awak dah boleh balik, ya Aman. Kita jumpa seminggu lagi,” ujar Kaknia sambil tersenyum, matanya memandang Aman seakan meninggalkan satu isyarat yang halus namun terasa dalam.
“Baik Kaknia…” balas Aman perlahan, matanya mengikuti susuk Kaknia yang beredar perlahan bersama suaminya.
Sejurus selepas mereka hilang dari pandangan, Aman menjangkakan Amin akan terus menghidupkan enjin motor tapi tidak.
“Duduk dulu… lepak kejap,” ajak Amin sambil menyandar santai di meja sisi kedai.
Aman menoleh, sedikit janggal. Namun belum sempat dia duduk, Ana yang dari tadi diam mengupas buah, menyapa dengan senyuman penuh makna.
“Ntah… duduk je la. Tadi bukan main malu…” katanya sambil menghulurkan buah mangga yang masih bersisa kulit. “Nah, makan. Kupas sendiri.”
“Eh… saya tak pandai kupas,” jawab Aman, suaranya perlahan.
Ana menjongket kening, mendekat sedikit. “La… kupas buah pun tak pandai?”
“Err… tak. Pandai makan je…”
Ana tersenyum sipu, namun wajahnya semakin hampir. Suara nakalnya berbisik perlahan, “Ooo… kalau ramas buah… pandai tak?”
Aman tergamam seketika. Ana makin dekat, buah di tangannya diletakkan perlahan di pangku Aman. Aroma mangga segar bercampur harum tubuh Ana yang berada begitu hampir, membuatkan Aman meneguk liur perlahan.
“Ramas… konfem lah pandai,” celah Amin, menyampuk dari belakang sambil tertawa kecil.
Aman hanya mampu senyum malu. “Err… yang tu… pandai lah…”
Ana ketawa kecil, manja. “Sebab sedap kan? Tak perlu susah-susah… terus rasa manis dia…”
Aman tertunduk, mukanya terasa panas, malu tapi dalam masa yang sama hatinya berdebar laju. Situasi itu asing… tapi anehnya menyenangkan.
“Alaa… chill jelah. Kita kat sini semua sporting. Kaknia pun open-minded orangnya. Kalau malu-malu, nanti tak enjoy kerja…” kata Ana sambil menyentuh lengan Aman perlahan.
Aman mengangguk sedikit, suaranya masih rendah. “Okey… faham…”
Ana tersenyum lebar, puas dengan reaksi Aman. “Bagus… aku suka orang cepat faham…”