Ratna buntu. Sudah pelbagai cara dia lakukan untuk renggangkan perhubungan Elmas dan Anas. Tetapi kenapa mereka masih bersama? Dia masukkan gambar terlarang pada telefon Elmas, dia pedajal jadual waktu Elmas, dia juga cuba untuk buat Elmas tidak datang ke sekolah. Namun ia kelihatan seperti tiada perubahan. Ratna tidak tahu apa lagi yang dia boleh lakukan.
Sebelum ini, jika dia mempunyai sesuatu kehendak, dia akan gunakan cara kekerasan pada orang tersebut. Namun, cukuplah ramai pelajar dari sekolah lamanya menjaja cerita tentang kehidupannya yang lalu pada pelajar lain. Dia risau cerita ini sampai ke telinga Anas. Jadi, apa lagi dia boleh lakukan? Sesuatu yang tidak menconteng arang di mukanya sendiri.
Pada waktu inilah, tiba-tiba dia terdengar panggilan Elmas.
"Uh, awak. Saya nak tanya. Awak ada nampak rantai kunci saya tak? Ianya berbentuk muka kucing warna oren. Saya tanya kawan-kawan yang lain, tapi mereka pun tak pernah nampak." Kata Elmas padanya. Tiba-tiba, Ratna mendapat akal.
"Rantai kunci macam mana tu? Awak ingat tak kali terakhir awak nampak rantai kunci tu?" Balas Ratna dengan senyuman. Dia cuba untuk bertindak seperti orang biasa dengan memberikan senyuman palsu. Dia perlu menunjukkan yang dia bersikap lemah lembut.
"Rasanya dekat taman bunga sekolah. Kalau awak jumpa, awak bagitahu saya ya." Kata Elmas dengan gembira.
Pada hari yang sama juga, dia cuba untuk mencari rantai kunci Elmas. Katanya, ianya berbentuk muka kucing berwarna oren. Ianya rantai kunci akrilik lebih kurang saiz 49 sentimeter persegi. Dia mendapat akal bagaiman untuk pisahkan Elmas dan Anas secara halus, dan dia kena pastikan rancangan ini berjaya.
"Jumpa pun!" Ratna mengambil rantai kunci tersebut yang terjatuh dalam semak. Pada waktu yang sama juga, loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis. Dia terus ke kelas bersama rantai kunci itu.
Sesudah sampai di kelas, dia menunggu Elmas untuk masuk ke dalam kelas. Namun Elmas tidak kelihatan. Cikgu Hawa, cikgu untuk subjek Bahasa Melayu sudah masuk ke dalam kelas. Semua pelajar berdiri. Ketua kelas mengucapkan selamat tengahari padanya. Pada waktu inilah, Elmas akhirnya sampai ke kelas. Habis sekolah nantilah baru saya bagi.
★・・・・・・★
Pada waktu habis persekolahan, pelajar yang menyiapkan tugasan diberikan kebenaran untuk balik. Ratna antara pelajar yang dapat keluar dahulu. Dia memilih untuk menunggu Elmas di pondok sekolah.
Beberapa minit selepas menunggunya, dia ternampak Anas dan Elmas jalan berdua ke pagar sekolah. Belum sempat Ratna menegur mereka, tiba-tiba Elmas seperti mencari sesuatu di poket bajunya.
"Maaf Anas, boleh awak tunggu sekejap? Saya ada tertinggal sesuatu." Kata Elmas. Anas mengangguk. Pelik, dia sperti sedang sorokkan sesuatu. Ratna memilih untuk mengikutinya.
Elmas berjalan ke blok sekolah yang paling hujung, jauh dari pelajar lain. Kemudian, dia mengeluarkan telefon bimbit Nokia dari poket bajunya.
"Kan saya dah kata jangan telefon saya lagi! Saya akan buat aduan di balai polis kalau awak..." Sebelum Elmas mampu habiskan ayatnya, nada suaranya berubah. "A-apa... Awak..." Elmas kelihatan risau. "Okey, okey. Saya akan jumpa awak. Tolong jangan buat perkara drastik. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap tentang ni. Kita bincang lain kali, ya?" Elmas mematikan panggilan. Dia kemudiannya mengeluh panjang. "Kenapa benda ni berlaku pada saya..."
Ratna yang mendengar perbualan Elmas di telefon berasa pelik. Apa yang berlaku padanya?
Mereka berdua kembali ke pagar sekolah. Elmas mengajak Anas untuk balik bersama-sama. Pada waktu ini, Elmas kelihatan risau.
"Hei, kenapa ni?" Tanya Anas.
"Tak ada apa. Cuma ada masalah kecil je." Jawab Elmas.
"Masalah apa tu?" Anas bertanya lagi.
"Tak apa, masalah kecil je." Balas Elmas. Anas mahu tahu masalah Elmas, namun dia tidak bertanya lagi. Kalau Elmas tidak mahu berkata apa-apa, baik dia jangan memaksanya beritahu.
Selepas mereka berdua berpecah unutk ke rumah masing-masing, barulah Ratna menegur Elmas.
"Hai, Elmas." Sapa Ratna dengan lembut sambil mencuit bahu kanan Elmas.
"Oh, hai! Awak tinggal di sini juga ke?" Tanya Elmas padanya.
"Taklah, tapi saya memang lalu kawasan sini. Oh ya, saya nak bagi semula rantai kunci yang awak cari." Kata Ratna. Dia menghulurkan rantai kunci berbentuk kucing itu pada Elmas. Dia kelihatan gembira melihat rantai kuncinya itu.
"Wah, terima kasih! Rantai kunci ni sangat bermakna buat saya. Terima kasih sebab jumpa!" Balas Elmas. Dia berjabat tangan dengan Ratna. Ratna terkejut melihat Elmas begitu gembira atas pertolongannya yang biasa-biasa sahaja.
"Oh, ya. Saya juga ada sesuatu untuk tanya awak." Kata Ratna. Dia menepuk lembut tangan Elmas. "Tadi saya terdengar perbualan awak dengan seseorang melalui telefon. Awak kelihatan seperti ada masalah dengan orang tersebut. Boleh saya tahu apa yang mengganggu awak?" Katanya dengan nada lembut. Ratna mengerutkan dahi dan menatap pada wajah Elmas seolah-olah dia sangat prihatin dengannya. Elmas mahu menidakkannya, namun mulutnya berata untuk katakan tidak. Pada akhirnya, dia membuka cerita.
"Sebenarnya ada orang mengikuti saya. Dia tiba-tiba datang pada saya dan bercakap dengan saya macam kami dah lama berkenalan. Kemudian, dia asyik telefon dan mesej saya walaupun saya tak pernah berikan nombor telefon saya pada sesiapa!" Elmas meluahkan apa yang mengganggu fikirannya.
"Jadi tadi dia ugut awak ke?" Tanya Ratna.
Elmas terdiam sebentar sebelum membalas. "Lebih kurang begitulah. Dia nak saya datang ke rumah dia. Kalau tak..."
"Kalau tak...?" Ratna bertanya.
"Kalau tak, dia akan apa-apakan Tofu." Balas Elmas. Dia mengeluh. "Saya tahu awak tak akan ambil serius kes ni. Tofu tu kucing peliharaan saya. Saya sayangkannya."
"Ada dia bagi alamat rumah dia tak?" Ratna bertanya lagi.
"Ada, kenapa?" Elmas bertanya.
"Saya akan selamatkan kucing awak." Balas Ratna dengan nada serius.
"J-jangan! Dia tu bahaya, nanti dia akan apa-apakan awak!" Balas Elmas dengan cemas.
"Saya juga seorang yang bahaya." Kata Ratna dengan tenang. Elmas seperti tidak faham apa yang dikatakannya.
"Ugh, okey baiklah! Saya akan berikan alamatnya pada awak. Tapi awak kena berhati-hati!" Balas Elmas. Ratna mengangguk.
★・・・・・・★
Cerita akan habis di sini kerana saya akan hantar manuskrip penuh pada satu rumah penerbitan. Sokong saya di media sosial untuk ikuti perkembangan cerita ni!
Instagram & Threads: aishaanoir
Twitter/X: aishaanoir14Please respect copyright.PENANALY95f56XpI
14Please respect copyright.PENANA10cSwiRKxT