[Flashback]
Malam henin itu suasana sedikit sunyi dengan bunyi cengkerik dan sekali-sekala bunyi kokokan ayam jantan yang bersahutan dari kejauhan. Lah duduk di bangku kayu di hadapan rumahnya, menghisap rokok daun sambil merenung bulan yang tergantung di langit.
Di hadapannya, Daud sedang duduk bersandar pada tiang rumah, mukanya kelihatan gusar. Kopi dalam cawan masih belum diusik, seakan-akan fikirannya terlalu sarat untuk menikmati nikmat pahit minuman itu.
"Aku dah fikir masak-masak, Lah." Suara Daud pecah dalam keheningan malam.
Lah mengerutkan dahi, menjeling ke arah sahabatnya. "Fikir pasal apa?"
Daud sedikit menunduk, tangannya menggenggam lutut seakan ada sesuatu yang berat untuk dilepaskan. "Pasal Amirah... pasal anak... pasal nasib kami..."
Lah menyedut dalam-dalam rokok daunnya sebelum menghembuskan asap ke udara. "Aku faham, Daud. Aku tahu kau teringin sangat nak ada anak... kau pun dah lama kahwin, tapi rezeki tu semua datang dari Tuhan. Kau dah usaha macam-macam. Kena redha."
Daud menggelengkan kepalanya, seakan tidak bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh kawan baiknya itu. "Aku tak boleh redha, Lah. Aku tak boleh biarkan Amirah menangis setiap malam macam ni. Aku sayang dia... aku tak sanggup tengok dia rasa macam perempuan yang tak sempurna, kena perli dengan orang kampung."
Lah terdiam. Dia memahami perasaan sahabatnya itu. Dia tahu bagaimana sukarnya bagi seorang isteri apabila tidak mampu memberikan zuriat kepada suami. Tomahan masyarakat yang datang tanpa henti. Mulut orang bukan senang hendak ditutup. Dia juga pernah melalui fasa itu.
"Aku ada satu cara, Lah...Aku ada baca dalam surat khabar haritu.." ujarnya dengan penuh semangat.
Lah menoleh ke arah Daud, melihat wajahnya yang serius. "Apa dia?"
Daud menarik nafas panjang sebelum menelan air liur. "Kau tolong aku boleh?."
Lah mengerutkan dahi. "Tolong apa?"
Dan saat itulah, bibir Daud mengungkapkan satu permintaan yang tidak pernah Lah sangka akan keluar dari mulut seorang sahabat. "Aku nak kau bagi benih kau dalam Amirah."
Lah tersentak. Jantungnya berdetak kuat. Dia memandang sahabatnya itu dengan mata yang membulat. "Daud! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?"
Daud tidak menjawab, sebaliknya dia menundukkan kepala, seakan-akan sudah bersedia menerima kejutan itu.
"Aku tahu ini benda gila, Lah..." akhirnya dia bersuara, suaranya sedikit bergetar. "Tapi aku tak nampak cara lain. Aku tak boleh terima kalau anak yang bakal dilahirkan Amirah tu bukan dari orang yang aku percaya."
Lah menghela nafas panjang, kepalanya terasa pening. Dia menundukkan kepala, cuba memahami maksud sebenar kata-kata sahabatnya itu.
"Kau... kau nak aku berseetubuh dengan Amirah?" soalnya perlahan, hampir berbisik.
Daud menggeleng kepala. "Bukan macam tu. Aku... aku nak kita buat cara yang lebih moden. Kau tahu doktor-doktor ada buat rawatan macam ni. Inseminasi ke apa nama dia..."
Lah ketawa hambar. "Daud... tu semua doktor buat kat hospital swasta. Kau ingat kita ni orang kaya? Kau nak pergi hospital swasta, cucuk sana, cucuk sini? Kau ada ke duit banyak tu."
Daud menelan air liur, bibirnya pucat. "Betul juga tu, kalau macam tu, kita buat cara lain. Cara tradisional."
Lah menggeleng kepala, menekan puntung rokoknya di tanah. "Kau dah gila, ke?. Ini bukan macam tukar baja sawit. Ini hal besar, hal yang akan bawak dosa besar, bawak bala!"
"Aku tak nampak jalan lain, Lah..." dengan muka bersungguh, cuba meyakinkan sahabatnya tu sekali lagi.
Lah bangun dari bangku kayu, mengusap tengkuknya yang terasa tegang. Dia melangkah ke hujung pangkin, memandang jauh ke arah sawah yang gelap dalam cahaya bulan. Hatinya berkecamuk melayan kerenah sahabatnya itu.
"Aku tak boleh buat benda ni," kata akhirnya, suaranya tegas.
Daud berdiri, menghampiri Lah dan duduk berlutut. "Tolonglah, Lah. Aku tak cari orang lain. Aku mintak kau sebab aku percaya kau. Aku tahu kau lelaki baik. Kau takkan ambil kesempatan."
Lah memejamkan matanya. Ini permintaan yang terlalu besar. Ini bukan seperti menolong menebas semak atau membaiki bumbung rumah sahabat. Ini... ini soal darah daging, soal dosa, soal maruah.
"Kau tahu tak apa akibat benda ni?" suara Lah perlahan, tetapi tegang.
"Aku tahu..." Daud menundukkan kepalanya.
Lah berpaling ke arah Daud, menatap wajah sahabatnya dengan tajam. "Kalau kau tahu, kenapa kau tetap nak buat?"
"Kerana aku dah tak ada pilihan lain, Lah."
Lah menelan air liur. Dia cuba mencari kata-kata yang sesuai, tetapi fikirannya bercelaru.
Tiba-tiba, pintu rumah berbunyi.
Lah menoleh dan melihat Fatimah, isterinya, berdiri di ambang pintu, memandang mereka berdua dengan wajah penuh tanda tanya. Seakan tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya.
"Korang ni berbisik apa malam-malam ni?" tanya Fatimah, matanya tajam merenung suaminya.
Lah terdiam. Dia tahu Fatimah bukan jenis yang suka masuk campur dalam urusan lelaki, tetapi isterinya itu seorang perempuan yang bijak. Sekali dia mencurigai sesuatu, dia takkan lepaskan.
Daud cepat-cepat menggosok tengkuknya. "Kami borak pasal kebun, Kak Timah..." katanya dengan senyum tawar.
Fatimah mengerutkan dahi. Dia tahu ada sesuatu yang pelik, tetapi dia tidak menyoal lebih. "Dah la, abang, masuk tidur. Dah lewat malam ini. Esok-esok la sambung pula."
Lah mengangguk perlahan. "Masuklah dulu, Timah. Abang kejap lagi naik la.."
Fatimah mengangguk sebelum masuk semula ke dalam rumah sambil matanya masih menjeling kedua sosok lelaki itu.
Lah memandang kembali ke arah Daud, sebelum menghela nafas berat. "Kalau aku setuju pun, Daud..." katanya perlahan.
Daud menatapnya dengan penuh harapan. "Ya?"
Lah menutup mata seketika sebelum menatap sahabatnya dengan penuh serius. "Kau ingat Fatimah tu akan bagi ke? Garang nak mati kot bini aku tu."
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Lah tidak dapat tidur malam itu. Bukan disebabkan cuaca panas atau nyamuk yang menggigit, tetapi fikirannya tidak tenang setelah mendengar permintaan gila daripada sahabatnya, Daud. Nak diluah mati emak, nak ditelan mati bapak.
Dia baring di sebelah isterinya, Fatimah, yang sudah lama lena. Nafasnya perlahan, tenang seperti biasa. Lah merenung wajah isterinya dalam cahaya samar lampu minyak tanah. "Adui, macam mana aku nak bagitahu dia ni?" Lah mengeluh perlahan, menutup mata seketika sebelum akhirnya memutuskan...
Dia harus berterus terang dan menunggu masa yang sesuai.
Keesokan harinya. Pagi itu, selepas selesai bersarapan dengan Fatimah di dapur bersama dua anaknya, Lah memberanikan diri untuk membuka mulut.
"Timah... abang ada benda nak cakap dengan awak ni," katanya perlahan sambil menghirup kopi kapal api bancuhan air tangan isterinya.
Fatimah mengerutkan dahi, mengangkat keningnya. "Kenapa serius sangat ni? Ada apa?" sambil menyuap makanan kepada anak sulungnya, Rahmat.
Lah meletakkan cawan ke meja, menarik nafas panjang. Dia tahu ini bukan perkara mudah. Dia menggenggam jemarinya sebelum bersuara. "Semalam, Daud jumpa abang... Dia ada minta tolong sesuatu."
Fatimah mengangguk, tangannya masih sibuk menyuap anaknya makanan sambil memegang pinggan. "Minta tolong apa?"
Lah menelan air liur. "Dia nak aku semai benih aku dalam Amirah."
Praaangggg! Pinggan yang dipegang Fatimah jatuh ke lantai, pecah berderai. Rahmat menangis ketakutan melihat apa yang terjadi.
Lah terkedu sebentar, dalam hatinya dia tahu perkara ini bukan lah rancangan yang bijak apatah lagi perangai isterinya yang sedikit cemburu.
Fatimah berpaling, wajahnya berubah merah padam. Matanya membulat, nafasnya naik turun dengan kasar. "Awak cakap apa tadi, Lah?"
Lah cuba bertenang, tetapi jantungnya berdegup laju. "Timah... denga—"
"Awak nak tidur dengan bini orang?! Awak dah gila ke?!" Fatimah terus memotong kata-katanya, suaranya semakin meninggi dan tegas.
Lah cepat-cepat menggeleng. "Bukan macam tu, Timah! Dia... dia cuma nak benih aku, nak Amirah mengandung. Itu je!"
Fatimah terkebil-kebil, masih belum mampu menerima lojik akal kata-kata suaminya. "Itu je?! Itu je, awak cakap?! Abang, awak sedar tak apa awak tengah cakap ni? Awak nak suruh saya relakan suami saya sendiri buat anak dengan betina lain?!"
Lah cuba memegang tangan isterinya, tetapi Fatimah menepis kasar. Matanya berkaca, dengan perasaan marah yang membuak-buak.
"Awak ni... awak dah hilang akal, ke! Astaghfirullahalazim... apa awak ingat benda ni macam bagi pinjam cangkul ke?!"
Lah mengeluh, dia sudah menjangkakan reaksi isterinya ini.
"Timah, awak kena faham... Amirah tu kawan baik awak juga. Awak sendiri pun tahu dia dah lama nak anak. Abang pun bukan nak buat benda ni suka-suka. Daud tu pun dah mati akal. Dia cuma percaya abang sahaja."
Fatimah menggeleng kepala, matanya tajam menikam wajah suaminya. "Awak betul-betul nak buat benda ni?"
Lah terdiam. Tidak lagi mahu memanjangkan isu ini. Kepalanya mulai menunduk dan sedikit menyesal untuk bersetuju dengan idea bodoh kawan baiknya itu.
Fatimah mendengus kasar. "Kalau awak teruskan juga tanpa izin saya!... kita bukan suami isteri lagi!" katanya sambil mendukung Rahmat, masuk ke dalam bilik. "Bam!" bunyi pintu bilik dihempas tutup.
Perbalahan Mereka Berlanjutan. Sepanjang hari itu, suasana rumah mereka agak tegang. Fatimah tidak mahu bercakap lagi dengan suaminya, apatah lagi memandang wajahnya. Dia duduk di anjung rumah, termenung jauh sambil memeluk kedua anaknya.
Lah pula hanya mampu duduk di pangkin, menghisap rokok daun sambil mengeluh panjang. Dia tahu isterinya tengah marah, dan dia tidak menyalahkannya. Idea ni memang sesuatu yang gila, dan dia sendiri tidak tahu kenapa dia bersetuju untuk melakukannya.
Tapi dia juga tahu, Daud dan Amirah sangat berharap. Namun, pada waktu senja, sesuatu yang tidak disangkanya berlaku. Amirah sendiri datang ke rumahnya.
Fatimah yang sedang duduk termenung di tangga terkejut apabila melihat Amirah berdiri di hadapannya dengan wajah sayu.
"Fatimah..." Amirah memanggil perlahan.
Fatimah mengangkat kening, matanya masih penuh emosi. "Kau nak apa Mira?"
Amirah menelan air liur. Dia melangkah perlahan, lalu duduk di sebelah Fatimah. "Kau mesti dah tahu, kan?"
Fatimah hanya mendiamkan diri, tetapi wajahnya jelas tidak senang dengan kehadiran Amirah. Dia tidak menyangka sahabat baiknya dari kecil itu sanggup merancang idea gila itu.
Amirah menggenggam hujung kainnya, kepalanya sedikit menunduk. "Aku tahu... aku tahu benda ni salah, Fatimah. Aku tahu kau mesti benci aku sekarang kan."
Fatimah menjeling tajam. "Kau sendiri sedar benda ni salah, kan? Tapi kau tetap nak buat?"
Air mata Amirah bergenang. "Aku bukan nak rebut suami kau, Timah... Aku cuma nak berpeluang merasa untuk menjadi seorang ibu."
Fatimah memejamkan mata, hatinya berkecamuk. Walaupun nampak kasar diluar, dia sebenarnya seorang yang baik hati.
"Kau tahu... setiap malam aku menangis, Timah. Aku tengok anak orang lain membesar, aku tengok ibu lain mendukung anak mereka...Aku tengok kau bahagia dengan anak-anak kau.. Tapi aku?" Amirah menyapu air mata yang jatuh ke pipinya. "Aku tak ada siapa-siapa...Timah"
Fatimah terdiam. Jauh di sudut hati, dia faham penderitaan seorang wanita yang tidak boleh melahirkan anak.
"Tolonglah, Timah... aku tak ada orang lain. Kau pun kawan baik aku. Aku merayu..."
Fatimah menggenggam kain bajunya, cuba menahan sebak. Dia memandang Amirah dengan mata yang masih beremosi.
Dia masih tidak setuju. Tetapi dalam masa yang sama, dia juga kasihan. Dia memahami perasaan itu.
Fatimah menghela nafas panjang, sebelum akhirnya berkata dengan suara bergetar. "Kalau aku setuju pun... hati aku tetap tak akan tenang, Amirah."
Amirah memandangnya dengan penuh harapan. "Aku janji, aku takkan anggap Lah lebih daripada seorang sahabat."
Fatimah mengeluh. Apa pilihan yang dia ada? Dia menarik nafas panjang. Dia harus buat keputusan. Akhirnya, dengan hati yang masih berat, Fatimah memandang sahabatnya itu, "Nantilah aku fikirkan dahulu.."
Lah duduk di pangkin, wajahnya kelihatan sugul. Dia tidak tahu bagaimana mahu membetulkan keadaan. Tetapi tiba-tiba, dia mendengar bunyi pintu rumahnya dibuka.
Amirah keluar dari rumah dan melangkah pergi sambil isterinya berdiri di hadapan pintu memandang suaminya, wajahnya masih berkerut dengan ketegangan.
Lah bangun perlahan-lahan, menuju kearah isterinya dengan cemas. "Timah..."
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Senja mulai melabuhkan tirai, membiarkan kegelapan menyelubungi malam yang mulai memekat. Sesekali bunyi cengkerik dan desir angin menyelinap masuk dari celah-celah dinding papan rumah kampung itu. Dalam bilik yang samar disimbahi cahaya lampu minyak, Lah dan isterinya Fatimah berbaring berpelukan dalam diam.
Lah memeluk tubuh isterinya dengan erat dari belakang, dagunya bersandar lembut di bahu Fatimah. Nafas mereka bertaut, perlahan dan dalam, seolah-olah mencari ketenangan dalam kekusutan yang nampaknya sudah selesai.
Fatimah masih tidak berkata apa-apa pada mulanya. Tetapi bila jari manja Lah mula membelai perutnya perlahan-lahan, dia menarik nafas panjang dan bersuara, rendah tetapi jelas. "Saya setuju, abang..." katanya perlahan, seakan membisik di antara hela nafas. "Tapi... dengan satu syarat."
Lah hanya mendiamkan diri sebentar, jari-jarinya menyusur naik ke sisi tubuh isterinya, mengusap lembut lengan yang dingin dalam bayang-bayang malam. "Syarat apa, Timah?"
Fatimah mengalihkan mukanya, merenung tajam wajah suaminya. "Awak buat benda ni sekali sahaja... dan selepas tu, awak tak akan ada apa-apa hubungan dengan Amirah lagi. Boleh?"
Lah menatap mata isterinya dengan penuh rasa bersalah dan rasa cinta yang masih tebal. "Takkan ada siapa yang boleh ganti tempat awak, Timah. Abang buat semua ni pun sebab awak izinkan... dan sebab abang tahu awak pun sayangkan dia sebagai sahabat."
Fatimah terdiam, tetapi tangannya perlahan-lahan menggenggam tangan Lah yang masih berada di lengannya. Dia menarik tangan itu ke buah dadanya, membiarkan suaminya meramas dan merasai degup jantungnya sendiri yang bergetar laju. "Saya harap saya takkan menyesal buat keputusan ni..."
Lah menyambut kata-kata itu dengan ciuman di dahi, turun ke pipi, lalu ke leher. Gerakannya perlahan, penuh rasa — bukan semata nafsu, tapi pengukuhan janji cinta mereka berdua. Jari-jarinya merayap lembut, meramas dengan penuh ghairah tubuh isterinya yang selama ini setia bersamanya, walau diuji dengan permintaan yang luar biasa. Batang zakarnya sudah mulai keras, digesel di celahan lembut punggung isterinya. Sedia untuk beraksi malam ini.
"Umphhhh..." Fatimah mengerang perlahan, menyukai apa yang dilakukan suaminya itu. Ghairahnya malam itu sedikit membuak, datang dari emosi yang meledak—marah, cinta, cemburu, dan redha yang bergumpal menjadi satu.
Dengan satu gerakan pantas, Fatimah menolak badan Lah ke tepi, mendaki naik ke atasnya. Tangannya kasar menarik kepalanya, jari-jarinya mencengkam rambut suaminya. "Untuk seminggu ini, awak tak boleh pancut, tak boleh sentuh saya macam biasa. Benih awak tu simpan untuk Amirah, saya nak dia mengandung secepat mungkin" katanya, suaranya bergetar dengan nada yang berbau cemburu.
Dia mulai mengarahkan wajah Lah ke bawah, ke arah farajnya, matanya memandang tajam mata suaminya. "Jilat... Sampai saya puas..."
Lah terkedu, melihat kelainan di mata Fatimah, belum pernah isterinya ini seghairah seperti ini - cara isterinya menuntut kawalan dengan paksaan ini benar-benar berlainan seperti kebiasaan.
Dengan penuh ketaatan, dia menurut, tangannya memeluk pinggul Fatimah erat, "Slurppppp...." mulutnya bekerja dengan penuh dedikasi, sementara Fatimah menggenggam kuat rambutnya, nafasnya semakin laju, perasaan cemburu dan kenikmatan bercampur dalam erangannya.
Lidahnya menari mengikut rentak yang ditentukan Fatimah, sementara badannya sendiri bergelut menahan nafsu yang membara. "Umphhhh~ahhhh... sedap sangat abang" bisiknya di antara desahan, suaranya perlahan dengan tubuhnya mulai menggigil kesedapan.
"Ahhh~ahh, Timah dah tak tahan abang...," balasnya, suaranya mulai bergetar. Dia mempercepat gerakan, menonyoh farajnya kearah wajah suaminya, badannya menggigil semakin mendekati klimaks. "Umphhhhhhh!!!." Dengan satu erangan kuat, Fatimah mencapai puncak orgasma, badannya menggigil sebelum akhirnya dia melambatkan gerakan, nafasnya termengah-mengah.
Dia menolak kepala Lah perlahan yang penuh berlumuran dengan cecair nikmatnya, memandang suaminya dengan wajah yang masih penuh kepuasan sebelum dia berbaring semula di sebelah suaminya. "Untuk seminggu ini, abang kena tahan tau.." ujarnya tersenyum, menikmati seksaan batin terhadap suaminya yang terkebil-kebil menahan nafsunya malam itu.
Fatimah tersenyum sambil kembali memposisikan dirinya, baring semula disebelah suaminya, menutup mata sambil tersenyum sinis. Walaupun dia merelakan rancangan gila itu, tapi tak semudah itu untuk hatinya menerima sepenuhnya idea itu.
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Seminggu berlalu, Lah dan Fatimah berjalan beriringan menuju ke rumah Daud. Langkah mereka perlahan, tetapi dada Lah berombak sedikit—bukan kerana keletihan, tetapi kerana perasaan yang bercampur baur.
Fatimah di sebelahnya tidak bersuara, tetapi wajahnya jelas menahan sesuatu. Akhirnya, dia menarik nafas panjang sebelum berkata dengan suara tegas. "Abang..."
Lah menoleh ke arah isterinya. "Apa dia?"
Fatimah menoleh dengan wajah serius. "Saya bagi awak amaran awal-awal."
Lah mengangkat kening. "Amaran apa?"
Fatimah mendengus perlahan, matanya tajam menikam wajah suaminya. "Jangan lebih-lebih. Jangan sampai terjatuh hati, kalau tak siap." katanya sambil mengenggam penumbuk.
Lah tergelak kecil. Dia sudah menjangka Fatimah akan berkata begitu. "Timah... kan ini cuma satu malam. Awak sendiri yang setuju."
Fatimah mengetap bibirnya, matanya masih tidak berpuas hati. "Saya setuju sebab saya kesiankan Amirah tu, bukan sebab saya nak tengok awak menggatal!" katanya tegas. "Awak faham tak ni?"
Lah menahan tawa. Dia tahu Fatimah sedang bergelut dengan emosi sendiri. Mulut kata setuju tetapi hatinya masih lagi tidak dapat merestui hubungan ini.
Fatimah mendekatkan mukanya ke arah suaminya, berbisik perlahan tetapi tajam. "Kalau saya nampak awak buat lebih-lebih... siap awak!"
Lah hanya tersenyum kecil. Dia tidak membalas, hanya membiarkan isterinya meluahkan segala apa yang terbuku di hati.
Fatimah menarik nafas panjang, sebelum kembali berjalan. Malam semakin larut, dan rumah Daud sudah kelihatan di hujung jalan. Lampu di serambi rumah Daud sudah dipasang. Bayang tubuh tuan rumah kelihatan di depan pintu, menunggu dengan wajah tegang.
Lah dan Fatimah melangkah ke tangga, dan Daud tersenyum gembira menyambut kedatangan tetamunya itu. "Masuklah, Lah... Kak Timah. Jemput minum kopi tongkat ali dulu, kasi ada tenaga," ujarnya sambil tersengih.
Fatimah hanya mengangguk kecil, manakala Lah melangkah masuk dengan langkah yang sedikit bertenaga seakan sudah bersedia untuk melepaskan segalanya. Sudah seminggu gelora nafsunya ditahan-tahan, dengan seksaan batin yang dilakukan oleh isterinya saban malam.
Di dalam rumah, aroma kopi panas berginseng menusuk ke hidung mereka. Suasana seakan sedikit canggung, tetapi ketiga mereka cuba berlagak biasa.
Daud menuangkan kopi ke dalam cawan dan menghulurkan kepada Lah dan Fatimah. Mereka bertiga duduk di ruang tamu, masing-masing terdiam seketika, hanya bunyi sudu berlaga dengan cawan yang kedengaran.
Akhirnya, setelah selesai meneguk kopi, Daud meletakkan cawannya ke meja dengan perlahan. Dia menoleh ke arah sahabat karibnya itu. "Lah... kau dah bersedia?"
Lah meneguk air liurnya. "Bersedia?" Bagaimana dia boleh bersedia untuk buat sesuatu seperti ini? Namun, dia hanya mengangguk perlahan, tidak mahu mengecewakan permintaan sahabat nya itu.
Daud menarik nafas panjang. "Baiklah... jom ikut aku. Amirah ada dalam bilik hujung tu."
Lah bangun dari tempat duduknya. Matanya sempat bertemu dengan mata Fatimah. Wajah isterinya tetap tegang, tetapi di sebalik ketegangan itu, ada sesuatu yang lain. Gusar?..Cemburu?
Fatimah tidak berkata apa-apa, hanya memandang suaminya dengan tajam. Seakan memberi peringatan terakhir sambil mengepal penumbuknya.
Lah hanya tersenyum kecil, menggeleng kepala sebelum melangkah mengikut Daud. Mereka berjalan menuju ke sebuah bilik di hujung rumah. Daud berhenti di hadapan pintu, menoleh ke arah Lah. "Masuklah... Amirah...ada kat dalam tu. Dia dah bersedia."
Lah hanya mengangguk perlahan. Daud membuka pintu bilik perlahan-lahan dan di dalam bilik itu, Amirah sedang menunggu. Terbaring manja bagaikan seorang isteri yang baru melansung perkahwinan, menunggu kedatangan sang suami.
Sebaik sahaja Lah melangkah masuk ke bilik, Daud menutup pintu dengan perlahan. Dia kemudian berpatah balik dan berpaling ke arah Fatimah yang masih duduk di ruang tamu.
Fatimah menghirup kopinya perlahan, cuba mengawal emosinya. Daud menarik kerusi, duduk di hadapannya. Dan mereka menunggu bersama. Malam semakin larut, tetapi malam itu akan menjanjikan satu aksi yang akan merubah dinamika hubungan kedua pasangan ini.
- bersambung -
712Please respect copyright.PENANAwUJ9rPYRK5