.jpg)
Lucas
184Please respect copyright.PENANAQzCmJhicFT
Kegelapan ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi budak hingusan sepertiku. Setiap petang diriku dipanggil untuk dijadikan sebagai objek melepaskan kemarahan para seniorku. ‘Senior? Heh, sampah masyarakat lebih sesuai untuk mereka’ kataku sambil menangis mengenang diriku yang tidak mempunyai keupayaan untuk melawan. Luahanku ibarat ayat-ayat yang tidak disuarakan, tidak difahami mahupun dipedulikan oleh orang di sekitarku. Hati yang berat ini tidak mempunyai peneman untuk berkongsi. Beban kesedihan ini melemaskan diriku dalam lautan yang tidak ada penamatnya. Kesakitan yang berterusan membunuhku secara perlahan-lahan. Mengenang nasibku yang malang, aku terus dikurung dalam loker sekolah sehingga keadaan sekolahku sunyi sepi menandakan bahawa matahari yang terbenam sudah digantikan dengan cahaya bulan yang menyelebungi kegelapan malam. ’Berapa lama aku dalam loker ni?’ tanyaku sendiri. Mengenang kakiku yang lenguh akibat duduk terlalu lama, aku pun berdiri. Namun begitu, apabila aku cuba menyandarkan badanku ke dinding loker, badanku tiba-tiba terjatuh ke belakang menyebabkan aku gelabah dan tidak sempat untuk mendarat dengan betul. Kesannya, aku mendarat dengan bahagian belakangku dan kepalaku terhentak pada lantai batu yang sangat keras.
’Eh! lantai batu? Dari mana datangnya lantai ini?’ Aku terus berdiri dan betapa terkejutnya aku apabila melihat suasana yang begitu aneh di sekitarku. Mukaku yang dibanjiri air mata berubah mempamerkan wajah yang penuh dengan kehairanan. Seribu persoalan bermain dalam gawang pemikiranku apabila aku melihat kucing gergasi yang berpakaian manusia berkomunikasi dengan manusia biru yang berhybridkan burung. Sayap makhluk aneh tersebut begitu besar sehingga mampu menutup separuh jalan batu yang berada si tengah pasar yang sesak. Aku cuba melangkah kakiku dan tanpa sengaja, aku tertinjak sesuatu yang hidup. Jeritan kesakitan kedengaran lalu aku terus melihat ke kakiku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat manusia sekecil tikus memandangku dengan penuh kemarahan. ’ Jalan tu tengoklah bawah! Kau butakah?’ Jerit manusia kerdil itu. Diriku yang masih dalam kehairanan gagal untuk menjawab si kerdil itu dan kehairanan ini bertambah lagi apabila sekumpulan kanak-kanak tiba-tiba terbang melimpasi mukaku menggunakan batang penyapu yang terbang. Sekumpulan tentera yang berpakaian besi perak dan bersenjatakan pedang di sisi mengejar kanak-kanak itu namun dihalang oleh masyarakat yang sesak. Aroma-aroma makanan menguasai udara persekitaran. Jeritan-jeritan para peniaga kuat kedengaran. Demi kepastian, aku pusing memandang ke kanan, kiri, bawah dan akhirnya atas. Langit yang kebiasaanya biru berubah menjadi angkasa yang dihiasi dengan berjuta bintang, tahi bintang dan aurora yang berubah warna setiap saat. Kegaguman dan kehairanan yang kurasakan menyebabkan aku kaku seperti ukiran batu manusia. ’ Di manakah aku?’ soalan yang kelihatan tiada jawapan ini menguasai pemikiranku dalam sekelip mata.
Kekakuan tubuhku berjaya dihentikan apabila seorang lelaki bertopeng menepuk bahuku. ’Woi, Lucas! Kau pergi mana tadi? Jangan berdiri dekat sini, bahayalah!’ kata lelaki tersebut. ’Lucas? Siapa tu?’ jawabku dengan penuh tanda tanya. ’ Apa yang kau merepek ni? Ikut aku cepat kalau kau nak selamat’ jawab laki tersebut tanpa menjawab persoalanku. Lelaki tersebut kemudian menarik tanganku dengan kuat dan membawaku ke dalam hutan yang berdekatan dengan pasaran tersebut. Aku dan lelaki tersebut berdiri di depan gua gelap yang kosong. Tanpa melengahkan masa, laki tersebut memeriksa persekitaran kami untuk memastikan tiada sesiapa yang memerhati dari jauh. Setelah pasti bahawa kami selamat, lelaki tersebut kemudian mengangkat tangan dan meletakkan tapak tangannya tegak menghadap gua tersebut. ’Khuayrin’ lafazan lelaki tersebut menyebabkan sebuah portal seakan-akan black hole muncul di hadapan kami dan dengan segera, kami masuk ke dalam portal tersebut. Portal ajaib tersebut telah membawa kami ke sebuah rumah yang luas, dilengkapi dengan kelengkapan wajib misalnya dapur, ruang tamu dan tandas. Di luar tingkap, kelihatan tasik jernih dan taman yang disuburkan dengan beribu bunga. Janggalnya, rumah tanpa pintu itu kelihatan amat sesuai untuk diduduki oleh manusia biasa.
’Woi, Lucas! Kau sudah gilakah? Kenapa kau berada di pusat bandar semasa aku tiada? Kau sudah lupakah bahawa kau tu masih dicari atas kesalahan yang mampu meragut nyawa kau?’ Pelbagai persoalan dilemparkan oleh lelaki tersebut kepadaku namun diriku hanya mampu memandang lelaki bertopeng tersebut tanpa menjawab soalan yang tidak difahami olehku. Kesepian berlangsung selari dengan waktu. ’Siapakah aku?’ soalanku menghentikan kesepian sebentar tadi. ’ Dimanakah aku? Siapakah dirimu? Mengapa aku dicari?’ akhirnya soalan-soalan yang bermain di mindaku berjaya ku ungkapkan dengan harapan diriku mampu menjumpai jawapan daripada lelaki tersebut. Lelaki tersebut memandangku dan membuka topengnya. Kulitnya yang ibarat salju putih dan matanya yang kelihatan seperti permata biru sebiru lautan yang tajam memandangku telah memukau diriku. Tak dapat dinafikan lagi bahawa wajah tampannya mampu mencuri hati dan membuat para wanita menangis. ’Lucas, penerus generasi ketua magician Colonzius di menara magik, xelov telah didakwa bersalah kerana membunuh ketua magician, bapa kandungnya sendiri dan akan dikenakan hukuman mati apabila ditangkap. Aku, Mathius sebagai rakan karibnya, berusaha untuk melindungi dan membebaskan Lucas daripada difitnah dan dibunuh oleh kerajaan’ jawab lelaki tersebut dengan bijak dalam nada yang serius.
Baru kali pertama aku mendengar nama-nama yang disebut oleh Mathius tersebut namun diriku tidak langsung berasa janggal apabila mendengarnya. Ia seakan-akan nama tersebut merupakan nama yang sememangnya sebahagian daripada kehidupan Lucas sendiri. Sedikit demi sedikit memori Lucas menguasai mindaku, menyebabkan tekanan minda kuat yang tidak pernah kurasai sebelum ini. Satu demi satu wajah dan suara yang tidak pernah ku jumpa dan dengari muncul dalam mindaku. Mindaku terus memainkan memori Lucas seperti kaset video yang berterusan dan tanpaku sedari, mukaku mula dibasahi dengan air mataku sendiri. 'Ayah' mulutku tiba-tiba mengungkapkan perkataan tersebut dengan penuh rasa sedih dan sakit. Hatiku seakan-akan digenggam dan dikoyak menjadi serpihan kertas yang tidak berguna. Pernafasan aku menjadi sesak dan kakiku menjadi lemah menyebabkan aku terus jatuh ke lantai.
Melihat keadaanku, Mathius terus berlari ke arahku dan memeluk diriku yang menangis tanpa henti. Aku dapat merasakan bahawa Lucas amat menyayangi dan menyanjungi arwah ayahnya. Maka, Lucas sebagai pembunuh ayahnya merupakan fitnah masyarakat semata-mata. 'Siapa bunuh ayah? Mengapa ayah tinggalkan Lucas? Lucas rindu ayah' sambung diriku dengan mukaku dibanjiri oleh air mataku yang terus mengalir tanpa henti. 'Tiada gunanya kita menangisi orang yang sudah pergi. Yang penting, kini kita perlu bertarung merungkaikan misteri kematian ayahmu dan menegakkan kebenaran' kata Mathius sambil memujuk diriku yang lemah. Kata-katanya secara tidak langsung telah membakar semangat yang sudah lama terpendam dalam jiwaku. Semangat ini ibarat api marak yang mampu membaham seluruh kota Colonzium. Kemurnian dan kesucian hatiku dipadam oleh raksasa yang wujud daripada dendam dan kemarahan Lucas hasil daripada kematian ayahnya. Pemikiran logikku pudar Dan hanya satu perkara sahaja yang mampuku fikirkan iaitu mencari pembunuh sebenar ayah Lucas. Aku memandang tajam ke arah mata Mathius sambil berkata 'Sesungguhnya, setiap persoalan pasti meninggalkan jawapan, setiap langkah pasti meninggalkan jejak, maka, setiap misteri pasti meninggalkan petunjuk. Biarkanlah api yang membara ini meragut nyawa yang dikehendakinya kerana sesungguhnya api ini tidak akan terpadam dengan sendirinya'. 'Aku akan membunuh peragut nyawa ayahku dan percayalah bahawa kata-kataku ini bukanlah sekadar harapan semata-mata tetapi kebenaran yang akan ku tunjukkan' sambungku lagi. Mathius, saksi kepada keazamanku tergamam mendengar kata-kataku. Setiap butiran perkataan yang diungkapkan ibarat anak panah yang ditujukan ke arah hatinya dan secara langsung membakar semangat dalam sanubarinya. 'Aku bersumpah akan menemanimu dalam setiap kesukaran mahupun kebahagiaan. Sesungguhnya hati ini tekad untuk mengikutmu dan percayalah bahawa sesungguhnya tiada penyesalan mahupun kebebanan yang mampu mengatasi kesetiaan ini' kata Mathius dengan pandangan tajamnya ke arahku. Naluri hatiku dapat merangsang ketulusan dan kebenaran pada sumpah yang menyebabkan bulu romaku meremang itu. ’Jadi, bagaimana kita mampu mencari pembunuh bapa kau sedangkan kau masih dalam carian sebagai suspek utama sekarang?’ Tanya Mathius kepadaku dengan reaksi wajah yang penuh dengan tanda tanya. ‘Pertama sekali, kau ikut sahaja aku ke pusat bandar’ jawabku dengan tenang. ’Pusat bandar?! Apa kau nak buat?’ jerit kawanku itu dengan penuh rasa terkejut bercampurkan perasaan ingin tahu. ’Sesungghnya setiap keinginan yang tinggi pasti memerlukan pengorbanan yang besar, sekiranya kita ingin mencari pembunuh itu, aku perlu melakukan sesuatu’ kataku sambil tersenyum sinis terhadap kawanku itu.
ns3.133.122.6da2