Pada pukul 9 malam...
USTAZ: Pagi tadi berapa orang tak tasmik? Empat kan? Tasmik malam ni ye! Yang lain kalau nak buat murajaah dipersilakan.
HAMIZ: Nak buat tahriri boleh tak,ustaz?
USTAZ: Boleh kalau dah tasmik.
HAMIZ: Baik, ustaz.
Sewaktu kelas dijalankan,Haris menjongket-jongketkan rehalnya. Bunyi rehal itu telah mengganggu Muaz yang duduk di sebelah Haris dan sukar menghafal dalam suasana bising.
MUAZ: Tak payah jongket rehal lah!
HARIS: Biarlah! Orang lain takde pun sibuk!
MUAZ: Bising tau tak??
AMMAR: Apa bising-bising ni? Orang nak hafal lah!
MUAZ: Kau tengok Haris ni!
HARIS: Apa benda entah dia ni!
ALTAF: Dahla, jangan gaduh.
USTAZ: Kenapa tu?
MUAZ: Haris bising ustaz! Jongket rehal,bunyi TAK TAK TAKK!
HARIS: Sikit je,ustaz...
USTAZ: Muaz,kamu duduklah sebelah ustaz ni. Tukar dengan Haziq. Haziq,kamu duduk sana. Boleh je kan?
HAZIQ: Boleh, saya tak kisah ustaz.
MUAZ: Hisy, bising betul!
HARIS: Banyak songeh!
USTAZ: Dah tasmik!!!
Tamat kelas halaqah malam,mereka segera pulang ke asrama untuk mengadakan bacaan Al-Mulk. Kecuali Haris. Haris kerap ponteng bacaan Al-Mulk dan merayau ke mana sahaja dia mahu. Sudah banyak kali ditegur,namun masih berdegil.
HARITH: Eh,Haris. Kau dari mana?
HARIS: Ha? Aku sakit perut lah tadi...
HARITH: Ye ye je kau kan? Dalam bulan ni, berapa kali dah kau ponteng Al-Mulk?
HARIS: Hmm,banyak kali...
NU'MAN: Biar aku jawabkan! Dalam bulan ni,kau dah 17 kali ponteng Al-Mulk! Alasan terciritlah, tertinggal wallet kat surau lah,apa lah...pergh! Boleh jadi ahli politik, tukang belit cerita!
HARIS: Wah! Sedap mulut kau ye? Habis tu? Kau yang berapa juta kali fly aspura semata-mata nak dating ngan awek tu kau tak kira?
NU'MAN: Aku buat kerja clean...kau berapa kali masuk bilik warden kena marah?
HARIS: Habis? Kerja kau yang clean tu berkat sangat ke?
NU'MAN: Perangai kaki ponteng kau tu,penuh berkat ke?
HARITH: Sudahlah!! Ini pun aku dah rasa berdosa sangat sebab dah bersubahat dengan korang! Cubalah bertaubat, muhasabah diri balik! Tak payah nak bangga sangat lah dengan perbuatan mungkar korang tu! Gaduh tak tentu pasal,sampai bila?!
ALTAF: Weh,Haris! Nu'man! Sini rupanya! Ni bincang apa ni?
HARITH: Eh,tak. Kitorang bincang macam mana nak jadikan asrama kita ni mengamalkan...erm...Amar Makruf Nahi Mungkar! Haa..
ALTAF: Oh... patutlah aku dengar mungkar...mungkar.... Ingat apa lah tadi.
NU'MAN: Kau kenapa panggil aku?
ALTAF: Ni,si budak Muaz tu ajak kita satu dorm baca Manzil Kubra untuk adik dorm kita. Dia tiba-tiba demam panas malam ni. Terbaring budaknya!
NU'MAN: Siapa? Adik dorm kita bukannya sorang!
ALTAF: Alah,si Zarif Sigaraga Abracadabra tulah!
NU'MAN: Woi! Zarif Saifuddin Albuquerque! Palatau je kau nama dia en?
ALTAF: Mana aku ingat! Susah! Ha,cepat masuk dorm. Dahla Manzil Kubra, panjang.
NU'MAN: Rajinnya lahai si Muaz tu nak buat Manzil Kubra.
ALTAF: Rajin tak rajin, cepat lah!
NU'MAN: Ha,kau nak ponteng jugak ke?
HARIS: Diamlah!
NU'MAN: Mula lah sentap! Oklah, Harith. Kitorang gerak dulu!
HARITH: Ha,okey.
Sampai sahaja mereka di hadapan dorm Abu Bakar 7, kelihatan sekujur tubuh kecil milik Zarif Saifuddin Albuquerque yang memiliki kacukan darah portugis itu yang sedang terbaring lemah. Kulitnya yang putih melepak itu juga bertukar kemerah-merahan.
MUAZ: Eh,tercegat pulak. Cepat duduk.
NU'MAN: Ni bila demam ni?
MUAZ: Tadi.
HARIS: Alamak,aku mana ada buku Manzil.
MUAZ: Takpe,kau share dengan aku je. Cepatlah!
HARIS: Oh,okey...
Sepanjang manzil dibacakan, Haris yang sedia ada sakit dada itu merasa lebih sakit. Tiba-tiba,dia termuntah di situ.
ALTAF: Eh, Haris! Pergi tandas cepat!
MUAZ: Kenapa pulak tu?
NU'MAN: Biar je dia. Nanti kita bersihkan. Habiskan dulu ni.
MUAZ: Ha,okeylah.
Di dalam tandas,Haris tidak henti-henti memuntahkan darah pekat sambil tangannya memegang dada bahagian kiri yang seolah-olah ditekan sesuatu. Akhirnya,dia terjelepok di atas lantai di hadapan singki sambil mengerang kesakitannya. Kebetulan,Ustaz Faiez selaku warden asrama pada malam itu terdengar suara itu sewaktu meronda.
USTAZ: Siapa yang tak masuk dorm lagi ni? Ya Allah, Haris!!
Haris,bajunya berlumuran darah,air matanya bertakung menahan kesakitan. Memandang tepat ke arah mata Ustaz Faiez.
HARIS: Ustaz......
22Please respect copyright.PENANA5iOPK4XTRz