Orang mukmin yg tiada sebarang kegiatan bermakna dia sedang dalam kelalaian. Kekosongan adalah musuh yg mematikan dan kesenggangan adalah satu kemalasan. Kebanyakan orang yg selalu susah hati dan hidup dalam kecemasan adalah mereka yg terlalu banyak waktu lapang dan sedikit beraktiviti.
Justeru, kamu hendaklah sentiasa bergerak, bekerja, mencari, membaca, membaca Al Quran, bertasbih, menulis atau berziarah. Gunakan waktu sebaik-baiknya dan jangan biarkan satu minit pun terbuang sia-sia.
Ingat, sehari sahaja anda kosong tidak bergerak, nescaya kebimbangan, keresahan, godaan dan bisikan syaitan akan mudah menyelinap dalam tubuh anda. Jika sudah demikian maka anda akan menjadi lapangan permainan para syaitan.
ns3.17.141.193da2