Pukul 10 pagi. Hanisah, dengan rambut yang disanggul ringkas dan baju kurung batik lusuh bercorak bunga-bunga kecil, menghembuskan nafas lega. Rumah kecilnya, warisan arwah suaminya, Ali, sudah kemas berkilat. Habuk dan sisa-sisa kehidupan seharian sudah disapu bersih. Bau harum bunga cengkih dari dulang kecil di sudut ruang tamu menambahkan ketenangan.
Dia merebahkan diri di sofa usang, kain sarungnya sedikit terselak, menampakkan sepasang kaki yang putih dan gebu walaupun telah meningkat usia. Sofa itu sudah lama menemani Hanisah; saksi bisu suka dan duka kehidupannya, mengalami pelbagai peristiwa di atasnya – dari persetubuhan hangat persama suaminya, hingga kepada tangisan pilu kehilangannya.
Tiba-tiba, ketukan kuat di pintu memecahkan lamunannya. Dengan langkah longlai, dia menuju ke pintu.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Hanisah tergamam. Seorang lelaki berdiri tegak di hadapannya. Bukan orang Melayu tetapi wajahnya asing. Mat salleh!. Kulitnya sederhana cerah, bersih, berbeza dari kulit sawo matang penduduk setempat. Tegap, kacak, dan tinggi lampai. Rambutnya berwarna keperangan disikat kemas ke belakang, menampakkan garisan rahang yang tegas. Matanya, oh matanya! Biru laut, dalam dan menawan, merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Hanisah bagaikan terpaku, tidak mampu berkata apa-apa. Lidahnya terasa kelu.
Lelaki itu tersenyum, menampakkan giginya yang putih bersih. Senyumannya mampu mencairkan jiwa Hanisah yang sudah lama kehausan daripada sentuhan kasih sayang.
"Selamat pagi, Puan. Ini rumah Puan Nisa ke?" Soalnya dengan bahasa Melayu yang fasih, sedikit berlogat, tetapi mudah difahami. Kejutan Hanisah bercampur dengan kekaguman.
Hanisah mengangguk, masih terkejut. "Ya... saya Nisa. Awak siapa?" soalnya, suaranya sedikit serak.
"Nama saya James. Saya yang telefon Puan Nisa malam semalam. Ingat tak? Saya... saya ingin berjumpa dengan Puan Nisa." James menjeda, wajahnya sedikit memerah. "Saya diberitahu kawan saya yang Puan Nisa ni mudim yang handal, betul kan?"
Di saat itu, Hanisah teringat akan panggilan telefon seorang lelaki yang agak teragak-agak semalam. Spontan, terukir senyuman lebar di bibir wanita itu.
"Lah. Ingat pakcik Melayu celup mana lah call saya semalam," balas Hanisah seraya tersenyum simpul, "Saya memang mudim. Tapi... handal tu tak pasti pulak." Dia terjenguk-jenguk di belakang lelaki itu, mencari seseorang tetapi tiada sesiapa di situ. Hanya James seorang diri.
"Mana budak yang nak bersunat tu?" Soal Hanisah kehairanan.
James menarik nafas dalam-dalam. "Bukan budak, Puan Nisa. Saya... saya yang ingin bersunat"
Hanisah terkejut bukan kepalang. Seorang mat salleh, segagah dan sekacak ini, ingin bersunat dengannya? Ini adalah pengalaman yang sungguh luar biasa. Dia teringat arwah suaminya, Ali, yang dulunya juga seorang mudim yang disegani. Ilmu itu diturunkan kepadanya, dan dia sudah mengkhatankan banyak budak lelaki. Tapi, ini kali pertama dia berhadapan dengan seorang mat salleh yang ingin bersunat. Dan alasannya ialah...
"James, biar betul? Kenapa James pulak nak bersunat?" Soal Hanisah, suaranya masih ragu-ragu.
"Saya sudah lama tinggal di Malaysia, Puan Nisa. Lebih sepuluh tahun. Sebab tu saya fasih bercakap Melayu. Lagipun. saya ada banyak kawan Melayu Islam di sini dan saya suka budaya di sini. Bagi saya, bersunat adalah satu langkah untuk menjaga kebersihan dan..."
Lelaki itu berjeda seketika. Wajahnya semakin merah, seakan-akan menyembunyikan sesuatu. Hanisah menunggu dengan sabar, sedikit teruja dengan rahsia yang akan dikongsikan.
"Dan apa, James?" Tanya wanita itu, terpinga-pinga.
"Dan... kawan-kawan saya cakap kalau bersunat, nikmat seks akan menjadi lebih seronok. Betul kan, Puan Nisa?"
Hanisah terdiam. Berderau darahnya tiba-tiba.
"Tentang nikmat seks tu, Nisa tak pasti pulak. Tapi James mesti faham, bersunat ini bukan perkara main-main. Sakit dan memerlukan penjagaan yang rapi," Hanisah mengingatkan, sambil memerhatikan dengan teliti James yang berdiri di hadapannya.
"Saya tahu, Puan Nisa. Saya sudah bersedia. Saya percaya Puan Nisa boleh tolong saya." James menjawab dengan yakin, segelintir harapan terpancar dari mata biru lautnya.
Hanisah menghela nafas. Dia merenung wajah James, meneliti kejujuran dalam pandangannya. Kedengaran ada kesungguhan yang tulin di sebalik kata-katanya.
"Baiklah, James. Jemput masuk."
"Terima kasih, Puan Nisa." James tersenyum ceria, menunjukkan giginya yang putih bersih sekali lagi.
James menanggalkan kasutnya dan melangkah kaki masuk ke dalam rumah Hanisah. Ruang tamu yang sederhana besar itu menjadi saksi bisu pertemuan yang aneh, tetapi menjanjikan pertemuan yang mungkin akan mengubah hidup Hanisah buat selama-lamanya.
322Please respect copyright.PENANAnxoR32Fwik