x
No Plagiarism!LHBEqrCHbVUswyS5rKjMposted on PENANA Beberapa bulan selepas peristiwa pahit itu, Lyana kini menjalani hidup yang jauh berbeza. Dia tidak lagi tinggal di bilik sewa, tidak lagi keluar malam atau hidup bebas seperti sebelumnya. Kini, dia kembali ke rumah orang tuanya di kampung, hidup sederhana dan tertutup.8964 copyright protection441PENANAHaitMRxHu5 維尼
Namun begitu, Lyana enggan terus hanyut dalam kesedihan. Dia mula mencari kekuatan. Dengan tekad baru, dia memohon untuk menyertai pasukan RELA sukarela kampungnya. Pada mulanya hanya untuk mengisi masa lapang, tapi lama-kelamaan dia benar-benar menikmati tugasnya menjaga lalu lintas, membantu dalam program-program kampung, dan menjadi sebahagian daripada masyarakat.8964 copyright protection441PENANA3Mros5aLg2 維尼
Uniform RELA yang dipakainya begitu terserlah pada tubuhnya yang langsing dan bertenaga. Bahunya tegap, pinggangnya kemas dibalut tali pinggang, dan setiap kali dia berjalan dengan penuh disiplin, mata-mata lelaki kampung akan mencuri pandang. Dari remaja lepasan sekolah hinggalah ke duda-duda kampung, masing-masing terpesona dengan transformasi Lyana yang kini lebih terbuka dan mesra.8964 copyright protection441PENANAlPvsgadjfO 維尼
Namun Lyana tahu menjaga batas. Dia kini lebih pandai bergurau, tidak mudah melatah seperti dulu. Jika dahulu dia cepat malu dan senyap, kini dia berani ketawa besar, membalas usikan rakan-rakan lelaki, malah ada yang menggelarnya ‘Awek RELA Paling Sporting’.8964 copyright protection441PENANAA10rkR4yQn 維尼
Tetapi di sebalik semua itu, ada sesuatu yang Lyana simpan dalam diam kesunyian. Walau senyum terukir setiap hari, jiwanya tetap kosong. Dia penat berpura-pura kuat. Habis tugas RELA, dia akan terus pulang ke rumah, makan malam dengan keluarga, kemudian masuk tidur. Tiada ruang untuk dirinya sendiri. Tiada tempat untuk lepas lelah atau bersendirian.8964 copyright protection441PENANASUDn10uuwp 維尼
Hinggalah satu hari, dia mendapat tawaran kerja sebagai pembantu pengasuh di sebuah tadika swasta, hampir satu jam perjalanan dari kampung. Gajinya tidak tinggi, tapi cukup untuk menampung hidup. Yang penting di sana dia perlu menyewa bilik sendiri.8964 copyright protection441PENANAx5daUqQ0nc 維尼
“Ayah… mak… Lyana nak cuba pindah kerja ke bandar sikit,” katanya ketika makan malam.8964 copyright protection441PENANAK0loyzzqtW 維尼
Ibu bapanya saling berpandangan. “Jauh juga tu… kuat ke nak ulang-alik?”8964 copyright protection441PENANAUTcIIOLhUA 維尼
“Tak... Lyana nak duduk sana. Sewa bilik, berdikari.”8964 copyright protection441PENANAJyExs3odja 維尼
Mereka diam sebentar, sebelum akhirnya ayahnya mengangguk. “Kalau itu buat kau tenang, cubalah. Tapi jaga diri baik-baik.”8964 copyright protection441PENANA4F7ExcPL3D 維尼
Beberapa minggu kemudian, Lyana berpindah ke rumah sewa kecil di pinggir bandar. Biliknya sederhana cuma katil bujang, almari kecil dan kipas siling. Tapi di ruang sempit itu, dia mula menemui kebebasan yang dia rindukan.8964 copyright protection441PENANAm8gc6CU542 維尼
Di tadika, Lyana disukai oleh kanak-kanak dan rakan sekerja. Wajahnya ceria, suaranya lembut, dan cara dia mengurus anak-anak membuatkan ibu bapa turut selesa dengannya. Di sini, dia bukan lagi ‘bekas penyondol’ yang dihina. Dia hanyalah Cikgu Lyana wanita muda yang manis, berdikari dan disenangi ramai.8964 copyright protection441PENANAzeK78BFYO5 維尼
Dan seperti yang dijangkakan, di kawasan perumahan itu juga ada ramai jiran lelaki bujang pekerja kilang, peniaga kecil, malah seorang guru muda yang tinggal di lot bersebelahan. Dan Lyana mula merasai semula perasaan yang lama hilang: perhatian lelaki… dan keinginannya untuk disayangi.8964 copyright protection441PENANAKO4459k53P 維尼
Dia tidak lagi memburu cinta seperti dulu. Tapi dia juga tidak menolaknya. Dia ingin merasa bebas, bergembira, dan mungkin... mencuba lagi. Namun kali ini, dengan lebih bijak, dan dengan hati yang lebih berhati-hati.8964 copyright protection441PENANAeN0sBtovm5 維尼
Setiap pagi di tadika, Lyana kelihatan sempurna. Senyumannya manis, tutur katanya lembut, dan tangannya penuh kasih ketika mendukung anak-anak kecil yang menangis atau membetulkan tali kasut murid yang terlucut. Ibu bapa senang dengannya. Tapi yang lebih ketara beberapa bapa kepada anak-anak asuhan mula memberi perhatian lebih dari sepatutnya.
445Please respect copyright.PENANACSvviOnBDx
Ada yang menghantar makanan, ada yang sengaja datang lewat untuk mengambil anak, semata-mata untuk berbual lebih lama dengannya. Ada juga yang tanpa segan bertanya, "Boleh saya minta nombor? Sekadar untuk bincang tentang anak saya."
445Please respect copyright.PENANA5FS40U7CjQ
Namun Lyana sudah belajar dari kisah lalu. Dia hanya akan tersenyum dan menjawab dengan tenang, "Maaf ya, urusan anak, boleh terus melalui pengurus."
445Please respect copyright.PENANA5yvIQq8Urm
Dia tidak mahu lagi terperangkap dengan lelaki bergelar suami.
445Please respect copyright.PENANANVQRmnVsDk
Hidupnya berubah lagi apabila pengurus tadika memberinya tawaran yang tidak disangka. “Lyana, daripada bayar sewa luar, baik awak duduk di sini saja. Bilik kosong di belakang tu boleh awak guna. Lebih selamat, dan jimat.”
445Please respect copyright.PENANA05edSISscc
Gembira dengan peluang itu, Lyana segera mengemas dan berpindah. Bilik kecil itu cukup untuknya ada katil bujang, meja kecil, dan bilik air kongsi di luar. Sunyi, tetapi dia bebas.
445Please respect copyright.PENANABEr54Wu1zt
Namun seperti masa lalu, kesunyian itu lama-kelamaan mula mengusik jiwanya. Setiap malam selepas menidurkan anak-anak tadika, dan selepas guru-guru lain pulang, Lyana akan duduk di katil, termenung dalam gelap. Hanya bunyi kipas dan cengkerik menemani. Tiada suara, tiada sentuhan, tiada pelukan.
445Please respect copyright.PENANAFDbtWfOFDJ
Dia mula membuka semula akaun media sosial yang lama ditinggalkan. Tak perlu tunggu lama mesej masuk bertalu-talu. Gambar profilnya dalam uniform RELA dan juga gambar senyuman manisnya cukup untuk menarik perhatian puluhan lelaki.
445Please respect copyright.PENANAIfNrHuQMuS
Malam menjadi ruang peribadi Lyana. Dia akan bersiap diam-diam selepas jam 8.30 malam waktu langit mulai gelap dan tadika sunyi. Selalunya dia akan keluar dengan lelaki yang berlainan setiap kali. Mereka akan menjemputnya di hadapan tadika kereta gelap menunggu dengan enjin masih hidup, radio perlahan memainkan lagu lama.
445Please respect copyright.PENANAPPr1gDX0m2
Bagi Lyana, dia tidak lagi kisah siapa lelaki itu. Ada yang duda, ada yang bujang, ada juga yang tidak banyak bicara. Asalkan mereka membawanya keluar dari kesunyian minum malam, naik kereta pusing bandar, atau hanya berbual di parking sunyi itu sudah cukup.
445Please respect copyright.PENANALAZujvnHVF
Dan jika lelaki itu mahukan lebih? Dia tidak marah. Dia tidak menolak. Selagi dia merasa dikawal, selagi dia rasa punya pilihan, dia akan tentukan sendiri sempadan.
445Please respect copyright.PENANAp3ADTMLz8G
Kerana bagi Lyana, tubuhnya bukan lagi milik cinta. Ia milik dirinya sendiri.
3.129.211.72
ns3.129.211.72da2