Jam 3 pagi. Selepas tubuh dan jiwanya menyatu bersama Shah, Lyana terbaring letih dalam pelukan lelaki itu. Tiada kata, hanya kehangatan yang tersisa. Tapi semuanya terasa sunyi… terlalu sunyi.
Shah menghantarnya pulang dalam diam. Di sepanjang perjalanan, Lyana cuma tersenyum sendiri, menahan perasaan baharu yang tak dapat digambarkan. Ada bahagia, ada harap… walaupun hatinya juga sedikit berdebar tanpa sebab yang jelas.
110Please respect copyright.PENANAg719hJRQdf
Namun, pagi itu, dunia Lyana runtuh sekelip mata.
Ketika dia berjalan laju ke arah skuternya untuk ke tempat kerja, dua wanita yang tidak dikenalinya berdiri di sisi kenderaan itu. Kedua-duanya berwajah bengis, tangan mereka digenggam kuat.
Sebaik Lyana mendekat, “Pakkk!” satu tamparan hinggap di pipinya. Belum sempat dia sedar, satu lagi tamparan menyusul dari sebelah kanan. Bajunya direntap kasar hingga terkoyak sedikit di bahagian kolar.
“Hei! Awak siapa ni?! Kenapa pukul saya?!”
Salah seorang wanita itu menjawab dengan suara yang penuh amarah, “Kau tanya aku siapa? Tengok ni!” Dia menghulurkan telefon terpampang gambar Lyana yang lena tanpa seurat benang, dipeluk erat oleh Shah.
Lyana tergamam. Mulutnya terbuka, tapi tiada kata keluar. Kakinya menggigil. “Macam mana... boleh ada gambar ni...?”
“Aku isteri Shah!” tengking wanita itu. “Kau ni betina tak tahu malu. Penyondol rumah tangga orang!”
Lyana menutup mulutnya dengan tangan, air matanya mula mengalir tanpa dipinta. “Aku tak tahu... Aku sumpah tak tahu... Aku minta maaf...”
Wanita itu menolak Lyana ke dinding. “Kau ingat cukup dengan minta maaf?! Kami boleh laporkan kau pada polis, biar satu kampung tahu kau dah tak suci. Keluarga kau pun boleh tahu. Tengok apa jadi nanti.”
Di saat itu, Shah tiba-tiba muncul masih berpakaian biasa, wajahnya kelihatan resah. Tapi bukannya mempertahankan Lyana, dia berpaling dan berkata kepada mereka semua, “Dia yang perangkap aku. Aku mabuk malam tu. Dia yang ajak naik bilik.”
Darah Lyana serta-merta beku. “Apa…?! Shah… kau… kenapa...?”
Tapi Shah hanya menunduk, pura-pura malu dan takut.
Wanita itu mendekat, kali ini dengan suara lebih perlahan tapi penuh bisa. “Kalau kau nak semua ni selesai… tinggalkan Negeri Sembilan. Hilang dari hidup kami. Kalau tak, kami sebarkan semua gambar ni.”
Dalam ketakutan dan kehinaan, Lyana hanya mampu mengangguk. Tiada apa lagi yang boleh dikata. Dia sudah tidak tahu siapa musuh, siapa kawan. Maruahnya tercalar, tubuhnya dikhianati, dan cintanya dikhianati paling dalam.
Petang itu juga, Lyana mengemas barang-barangnya. Dia tinggalkan bilik sewanya tanpa pamit pada sesiapa. Dia pulang ke kampung bukan untuk melarikan diri, tapi untuk melindungi satu-satunya perkara yang masih dia ada: keluarganya.
Dalam bas yang bergoyang tenang di jalan raya, Lyana duduk di hujung, memeluk beg sandangnya, menatap keluar jendela dengan mata yang bengkak.
Dia tidak tahu bagaimana dia akan mulakan hidup semula. Tapi satu yang pasti dia tidak akan pernah menjadi orang yang sama lagi.