
Bab 1: Musim Sejuk dan Mi Segera
Salji pertama musim itu turun senyap, menutupi bumbung, lorong dan jalan, seperti kapas yang berserakan. Di luar tingkap kecil bilik sewanya, lampu jalan memantul pada permukaan putih, membuatkan segalanya kelihatan damai — seolah-olah dunia sedang berehat dari hiruk-pikuk. Tetapi jiwa Salmah jauh daripada tenang.
Kipas pemanas yang dihadiahkan pelajar senior berdengung perlahan. Nyawanya hampir-hampir tamat. Di atas meja kecil di sudut bilik, terletak satu cawan mi segera yang sudah kembang – menu makan malam Salmah minggu itu. Salmah mengaduknya perlahan, namun dia tidak benar-benar lapar. Perutnya telah belajar untuk menyesuaikan diri dengan kekosongan. Yang sering mengganggu Salmah saban waktu ialah rasa bimbang— bimbang baki akaun banknya mencecah kosong sebelum sempat tiba ke penghujung bukan. Salmah tertekan. Bebanan kewangan semakin menghimpit. Duit biasiswa tidak pernah cukup. Namun Salmah nekad. Dia tidak boleh mengalah.
Salmah adalah pelajar tahun akhir, jurusan kejuruteraan alam sekitar di sebuah universiti terkemuka di Eropah Tengah. Bunyinya mungkin glamor – universiti klasik, pensyarah ternama. Tetapi di sebalik dinding perpustakaan dan ruang kuliah, dia adalah seorang pelajar asing yang bergelut. Menyuluh masa depan dengan cahaya yang semakin malap.
Sejak di tahun pertama, Salmah sudah terbiasa melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup — menjadi pelayan restoran, mencuci pinggan, dan mengemas bilik hotel bajet. Gaji menurut jam cukup untuk bayar sewa bilik, sedikit makanan, dan sekeping tiket tren ke universiti. Setiap kali wang biasiswa dari penaja masuk, ia lenyap sekelip mata untuk menutup bil utiliti, sewa bilik, dan makanan harian yang semakin mahal kerana inflasi yang meningkat. Tambahan di musim sejuk bil alat pemanas melambung tinggi.
Namun dalam segala kesempitan itu, Salmah tidak pernah mengadu kepada keluarganya di kampung yang terletak di Pantai Timur tanahair. Ibunya yakin anak gadisnya hidup selesa di bumi Eropah. "Orang belajar luar negara, mestilah mewah sikit," kata makcik-makcik di kampung. Salmah tidak sampai hati memusnahkan gambaran itu. Tapi jiwanya berperang. Sering kacau.
Setiap kali Salmah menelefon kampung — suaranya ceria, ketawa dibuat-buat. Dia tidak mahu ibu risau. Tidak mahu ayah rasa bersalah kerana tidak mampu mengirim wang saku. Dengan hanya kerja kampung, ayah dan ibunya hanya cukup makan. Kesedihannya ialah rahsia, dan dia memilih untuk menyimpannya sendiri. Salmah juga bukan jenis meminta-minta. Ini sebahagian dari cabaran hidup, tegas Salmah, cuba mencari kekuatan dan enggan mengalah.
Malam itu, selepas menyiapkan suntingan bab kedua tesisnya yang ketiga kali dipulangkan oleh penyelia, Salmah berbaring di atas tilam nipis, merenung siling. Tapi esok, dia tetap akan membuka mata. Tetap akan melangkah keluar ke dalam salji. Megharung sejuk. Menghadap kemungkinan hidup.
Kerana dia tahu, hidup bukan bermakna selesa — tapi tentang berjuang dan bertahan.
Dan belum pun dia tahu, takdir sedang menunggu dia di papan notis kampus.
Bab 2: Kertas di Papan Notis
Hari itu, salji turun lebih lebat daripada biasa. Salmah berjalan laju di lorong kampus, membetulkan tudungnya yang mula lembap ditimpa titisan beku. Tangannya menggenggam fail tesis. Jari-jemarinya hampir beku, meskipun disarung dengan sarung tangan lusuh dari kedai barangan terpakai.
Lorong menuju ke perpustakaan utama lengang. Dia berhenti di hadapan papan notis kayu di dinding Fakulti Seni dan Rekabentuk. Biasanya dia tidak ambil peduli, tetapi hari itu langkahnya terhenti.
Matanya tertancap pada sehelai kertas pudar berwarna kuning air:
MENCARI MODEL SENI
Dibayar mengikut jam. Tidak perlu pengalaman.
Lelaki dan wanita. Rahsiakan identiti jika diminta.
Untuk kelas lukisan figura dan komposisi. Hubungi Prof. Léon, Studio 3.
Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melakukan kerja seperti itu. Tetapi bayaran yang dinyatakan memang menggiurkan, dan ia seolah-olah peluang yang tidak patut dilepaskan. Lagipun, dia sudah mencuba pelbagai jenis pekerjaan - tidak ada yang upahnya cukup lumayan.
Namun, Salmah ragu-ragu. Bolehkah dia benar-benar melakukannya? Dunia seni begitu asing baginya, apatah lagi untuk menjadi seorang model. Setahu Salmah kerja itu memerlukan dia bergaya di hadapan sekumpulan pelajar seni. Tubuh manusia menjadi subjek. Tanpa tirai. Tanpa selindung. Tanpa pakaian. Tubuh sebagai bentuk. Sebagai bayang. Sebagai objek lukisan. Natural. Menjadi tumpuan pelajar senilukis. Semua itu menongkah arus budaya dan didikan yang Salmah terima sedari kecil.
Dalam keadaannya yang semakin terdesak, Salmah cuba memberanikan diri dan memujuk hatinya. Mungkin ini peluang yang dia perlukan untuk melepaskan diri dari kesempitan hidup. Tambahan, Salmah akan berhadapan dengan pelajar-pelajar asing dan tidak Salmah kenali. Salmah memujuk hati, memberi justifikasi.
Dia membayangkan dirinya berdiri di tengah studio, dikelilingi pelajar dari pelbagai bangsa — semua sedang memerhati, merekod, dan melakar.
Sebahagian dirinya mahu berpaling, lari jauh. Tetapi angka-angka dalam dompetnya menyergah logik: sewa belum bayar, makanan makin habis, bil utili mencanak di musim sejuk.
Salmah berpusing semula. Perlahan, dia menghulurkan tangan, menarik helaian notis itu dari papan.
Malam itu, dia menaip satu e-mel pendek kepada Profesor Léon:
Saya berminat menjadi model seni. Boleh saya datang untuk berbincang lanjut?
-Sally
Salmah tekan butang 'Send'. Dan dalam diam, satu pintu mula terbuka.
Bab 3: Pemerhati
Hujung minggu berikutnya, tepat 15 mini sebelum jam sepuluh pagi, Salmah berdiri di hadapan bangunan Fakulti Seni dan Reka Bentuk – struktur batu bersejarah dengan tiang tinggi dan pintu kayu berukir. Nafasnya menggumpal dalam udara sejuk, dan tangannya tersembunyi dalam poket jaket tebalnya.
Lorong masuk ke fakulti itu penuh dengan arca siap dan separa siap, dan lukisan tubuh manusia pelbagai corak dan warna. Dindingnya dipenuhi potret dan figura dalam pelbagai bentuk — dari realisme ke abstrak. Sebahagian besar tubuh yang tergambar di dinding tidak berpakaian. Tiada yang menutup, tiada yang malu. Dunia di dalamnya meraikan bentuk tubuh manusia yang bisa dimengerti dengan penglihatan dan perasaan.
Salmah melangkah perlahan, seperti rusa masuk kampung. Tetapi langkahnya tidak berundur, terus mara.
Salmah menelan liur. Walaupun dia pernah melihat seni tubuh dalam buku dan muzium, ini kali pertama dia melangkah secara peribadi ke ruang yang menjadikan tubuh sebagai objek tumpuan. Dalam diam, dia melintasi koridor itu, menahan nafas, membiarkan derapan butnya bergema di lantai marmar.
Setiba di hadapan Studio 3, Salmah menolak pintu perlahan-lahan. Pintu studio seni itu berdecit perlahan. Suasana di dalam agak hangat, berbanding dengan udara musim sejuk yang menggigit di luar. Cahaya dari tingkap tinggi menyimbah masuk, menari di atas kanvas, pensel, dan berus-berus yang berselerak. Beberapa pelajar yang sebaya dengan Salmah tiba awal dan mengambil tempat masing-masing, bersedia dengan buku lakaran yang besar dan pensel arang. Seorang lelaki pertengahan usia, menyambutnya dengan senyuman.
“Saya Léon . Dan anda tentunya Sally,” ujar beliau.
Professor Léon memberikan sebuah kerusi di sudut dan menjemput Salmah duduk.
“Hari ini kamu perhatikan apa yang berlaku di studio ini.”
Salmah hanya mengangguk, akur.
Kelihatan beberapa lagi pelajar tiba dan tergesa-gesa mengambil tempat duduk. Ada juga yang hanya duduk di atas lantai. Professor Léon tidak melarang.
Beberapa ketika kemudian, tepat jam 10 pagi, muncul seorang wanita muda berambut perang dari belakang tabir mudah alih. Beliau melangkah masuk dengan tenang. Kulitnya halus putih serperti porselin, rambutnya yang ikal mencecah bahu diikat rapi. Sehelai kimono satin berwarna merah darah membalut tubuhnya. Wanita itu berjalan perlahan ke arah platform di tengah-tengah studio, lalu melangkah naik dan berdiri tegap. Beliau menoleh ke arah Professor Léon seumpama memberikan isyarat.
Professor Léon mengangguk kecil lalu menekan punat di pemain CD. Lagu klasik kedengaran memenuhi ruang.
Dengan gerakan selamba dan tenang, model itu terus melucutkan kimono, dan membiarkan ia melurut perlahan ke lantai. Dan di hadapan semua, dia berdiri bogel di atas platform tanpa seurat benang. Hanya tatu corak bunga ros di pangkal paha menghiasi tubuhnya yang terdedah. Dia tidak cuba menutup dada atau cuba menyilang kaki. Dan tidak pula tunduk malu.
Sebaliknya, dia mengangkat sebelah tangan ke atas kepala, satu lagi melurut ke sisi terletak di atas pinggul. Wajahnya bersahaja, matanya redup tertutup separuh. Seperti sedang menghayati waktu dan ruang.
Salmah tergamam, memerhati model cantik itu dari sudut studio. Mata Salmah tertumpu pada wajahnya yang bujur dengan bibir nipis kemerahan. Tiada mekap tebal yang menjadi topeng dan menutupi kejelitaan asli. Alis matanya melengkung halus, umpama anak bulan baru terbit. Matanya kebiruan. Lehernya jinjang. Dari atas, mata Salmah turun ke bawah perlahan-lahan. Pangkal buah dada model itu cantik terbentuk menampakkan lurah. Sederhana besar dengan puting keperangan yang tegang sedikit kerana sejuk atau mungking terangsang kerana diperhati oleh puluhan biji mata. Perutnya landai, bergerak turun naik setiap kali dia menarik nafas. Ke bawah lagi, Salmah melihat bulu halus melingkari kewanitaannya cantik terbentuk dan dijaga rapi. Pahanya pejal dan mulus. Jelas dari hasil kerap bersenam. Kemudian Salmah tertumpu kepada betisnya yang melengkung kemas dari belakang lutut hingga ke tumit. Anggun. Bergaya. Penuh yakin.
Salmah menelan air liur dan menarik nafas dalam-dalam. Dia menggenggam hujung jaket nya. Pelbagai perasaan timbul — cemas, kagum, hairan, dan sedikit cemburu. Cemburu bukan pada kecantikan model itu, tetapi pada ketenangan dan penguasaannya terhadap ruang di tengah-tengah tumpuan setiap yang hadir. Cara dia berdiri, tanpa ragu, bersahaja dan tanpa rasa gementar.
Dan yang paling mengejutkan Salmah, tiada siapa di sekeliling memandang dengan nafsu, tiada senyum sinis, tiada menahan ketawa. Tiada pula suara-sura nakal. Semua pelajar menunduk, fokus pada kertas masing-masing, melakar dengan khusyuk. Seperti tubuh itu hanyalah subjek — yang perlu dirakam garisnya dan bayangnya. Diterjemahkan sebagai karya seni di atas helaian kertas. Para pelajar memandang model itu dengan penuh hormat.
Salmah menoleh ke arah Professor Léon. Wajah lelaki itu juga penuh tumpuan, tidak berubah walau sedikit. Ruang ini memang dicipta untuk melihat tanpa menghakimi. Professor Léon akan bergerak melihat hasil kerja setiap pelajar sambil memberikan komen dan cadangan.
Salmah berasa dadanya berat. Dirinya tersentuh oleh keberanian dan keyakinan tubuh bogel itu. Bergaya tanpa malu. Tanpa tabir. Tanpa selindung. Seperti baharu dilahirkan. Dan tatu di pangkal pahanya seakan berisytihar —“ini tubuhku, ini adalah aku.”
Salmah mengalihkan pandangan, tapi fikirannya terpaku pada keadaan model yang telanjang bulat di tengah-tengoh kelompok pelajar seni. Dia terfikir tentang tubuhnya sendiri—yang sering disorok, dilindung, dibungkus berlapis-lapis, dirahsiakan seolah-olah ada sesuatu yang salah dengannya. Betisnya yang dia rasa terlalu besar, pahanya yang tidak cukup pejal, pusatnya yang kosong, dan dada yang dia selalu perhatikan diam-diam di depan cermin tapi jarang benar diterima dengan hati yang terbuka.
“Bagaimana rasanya berdiri seperti itu?”86Please respect copyright.PENANAfNVipohgDt
Bukan sekadar telanjang—tapi yang lebih utama bebas. Bebas dari malu, dari persepsi, dari penilaian orang ramai, dan bebas dari suara-suara kecil dalam kepala yang menilai setiap inci dirinya.
Tiba-tiba, tubuh model itu bukan sekadar objek seni. Ia menjadi cermin. Cermin kepada ketakutan Salmah, kepada keinginan yang belum pernah dia ucapkan walau dalam hati sendiri.
“Mampukah aku?” bisik hatinya, tertanya-tanya.
Sebaik kelas berakhir, Professor Léon merapati Salmah dan bertanya.
“How do you find the session.”
“I got the idea.” jawan Salmah, sedikit gugup.
“Don’t worry. There is always the first time. You can pose with your clothes on, if that makes you more comfortable,” tambah Professor Léon.
Salmah hanya menggangguk lemah.
86Please respect copyright.PENANAMKxyIpBZEf