
Sesi Temuduga: Permulaan Dunia Baru
Ita duduk tenang di ruang tamu rumah urutnya yang baru siap dibina. Aroma vanila dan lavender memenuhi udara. Fail permohonan terbuka di pangkuannya dia sedang menilai bukan sekadar kemahiran, tetapi aura dan potensi menggoda dalam diri calon.
Dua wanita akhirnya terpilih.
Lyn, 24 tahun. Penampilannya menggoda secara semula jadi. Sosial, yakin, dan memiliki bentuk tubuh yang sering buat mata lelaki tertancap lama. Kulitnya cerah mulus, tidak terlalu tinggi, tetapi tubuhnya... cukup untuk mencuri nafas.
Yati, 26 tahun. Berani mengambil risiko demi perubahan hidup. Tudungnya? Sudah biasa on-off, dan hari itu, dia datang dengan rambut terurai sederhana. Katanya, “Saya dah biasa dengan urut lelaki, facial pun saya buat. Saya tak malu sentuh lelaki, Kak Ita.”
Ita hanya senyum. Mereka bukan sekadar calon pekerja. Mereka pelengkap visinya.
Beberapa hari berikutnya, sesi latihan bermula. Ita sendiri turun mengajar teknik urutan badan, bagaimana mengendalikan pelanggan dengan penuh rasa dan intuisi. Paling penting, rawatan batin seni belaian yang bukan hanya fizikal, tapi penuh psikologi dan permainan halus.
Lyn dan Yati cepat tangkap. Ada ketikanya mereka tertawa kecil, bergurau sesama sendiri, tapi tetap fokus. Ita tahu, mereka sudah bersedia.
Beberapa Hari Kemudian…
Petang itu, selepas pelanggan terakhir berlalu, mereka bertiga duduk berehat sambil menikmati teh panas. Lyn yang sejak tadi membetulkan rambutnya tiba-tiba bersuara, matanya bersinar dengan idea.
"Kak Ita… Buatlah uniform kerja," katanya sambil mengenyit sedikit.
Ita angkat kening. “Okey… Nice idea. Cadangkan?”
Lyn tersenyum nakal, melurut anak rambut ke belakang.
"Kita buat yang menarik, kak. Kain satin paras paha, ada belahan kiri… Baju kolar V yang luas sikit, lengan pendek. Satin jugak, biar nampak classy, tapi… seksi."
Ita tersenyum nipis, matanya kemudian berpaling ke arah Yati yang sedang menghirup teh.
“Saya on je kak,” Yati balas perlahan, suaranya sedikit dalam.
“Nanti saya salin kat sini. Datang kerja pakai biasa dulu. Tak nak orang luar nampak… Biarlah khas untuk dalam sini je.”
Ita ketawa kecil, puas hati.
"Bagus. Saya suka. Nanti saya buatkan. Biar pelanggan rasa macam masuk dunia lain setiap kali melangkah ke sini."
ns3.19.75.212da2