Hari demi hari, pusat urutan Ita semakin laris. Setiap hari ada saja pelanggan baru, dan pelanggan tetap pula makin bertambah. Kini, Ita sudah tidak bekerja sendirian. Dua orang tukang urut wanita yang terlatih telah menyertai pasukannya. Ruang kecil itu semakin meriah, malah kadang-kadang tidak menang tangan melayan pelanggan.
Appointment terpaksa diatur lebih awal ada yang sanggup menunggu seminggu semata-mata untuk merasai "sentuhan emas" Ita.
Namun, bagi segelintir pelanggan tetap, itu belum cukup.
Suatu petang yang tenang, ketika Ita sedang mengurut bahu dan tengkuk seorang lelaki pertengahan usia pelanggan tetap yang sudah biasa dengan sentuhannya lelaki itu tiba-tiba bersuara, nadanya perlahan dan penuh maksud.
“Boleh tak… buat lebih privasi untuk dapatkan urutan dari you?” bisiknya sambil menoleh sedikit. “Saya faham… sekarang ramai pelanggan. Tapi, untuk yang dah biasa dengan you, mungkin you boleh sediakan servis lebih eksklusif. Mungkin bukan di sini. Di rumah ke… tempat lain yang betul-betul privasi. Booked terus, tak perlu tunggu giliran.”
Ita hanya tersenyum manis, tangan masih ligat menekan urat lelaki itu dengan penuh kemahiran.
“Nanti saya pertimbangkan ya…” jawabnya lembut, tapi dengan pandangan mata yang mengandungi seribu maksud.
Beberapa hari selepas itu, Ita berada di bandar. Dia mahu membeli beberapa keperluan minyak aromaterapi dan kain sarung baru untuk spa. Dalam sibuk melintas jalan, matanya tertangkap satu sosok wanita duduk di tepi kaki lima. Wajahnya redup, pakaiannya lusuh, namun mata itu… masih hidup, masih ada maruah.
“Assalamualaikum…” sapa Ita, sambil menghulur sekeping not RM100.
Wanita itu terkejut. “Eh? Banyak ni… terima kasih… banyak…”
Ita tersenyum. “Dah makan?” soalnya.
Wanita itu geleng perlahan.
“Jom makan dengan saya. Saya belanja.”
Mereka duduk di sebuah restoran kecil tidak jauh dari situ. Ita memesan makanan, dan sambil makan, dia bertanya perlahan, menyelidik latar belakang wanita itu. Rupa-rupanya wanita itu pernah bekerja di spa terkenal. Pandai urut, ada basic facial, malah pernah uruskan pelanggan VIP. Namun hidupnya musnah selepas suaminya melarikan semua simpanan. Dia tiada wang untuk ke tempat kerja, akhirnya dibuang begitu saja.
“Kalau saya tawarkan kerja, awak nak?” soal Ita tenang.
“Err… boleh ke? Saya ni dah lama tak pegang pelanggan.”
“Boleh je. Awak akan kerja dengan saya. Nanti saya bagi duit pendahuluan, awak naik Grab ke tempat saya. Tapi kerja ni… awak kena fokus. Kadang-kadang balik lewat malam. Kalau betul awak nak ubah hidup, awak kena korbankan masa.”
Wanita itu diam sejenak. Kemudian dia angguk perlahan.
“Okey… saya sedia cuba.”
"btw apa nama awak?" tanya ita
wani, dan akak? tanya wanita itu
saya ita kata ita
Setelah mula ke alam spa
Wani berdiri di hadapan cermin panjang, memerhati dirinya yang kini jauh berbeza dari hari pertama dia ditemui Ita. Rambutnya disisir rapi dan digulung sedikit di hujung, menyerlahkan bentuk wajahnya yang bujur sirih. Ita sendiri yang memilihkan kain batik lembut dan kebaya pendek, cukup menutup tapi cukup juga untuk membuatkan mata lelaki tidak berkedip.
"Minyak ni untuk leher dan bahu… biar pelanggan rasa tenang bila dihidu. Dan yang ini," Ita menunjukkan sebotol kecil berwarna jernih, "minyak khas untuk urutan sensual. Sapu nipis di tangan dan jemari… biar bila sentuh, terasa seperti aliran arus kecil menyelinap masuk ke tubuh mereka."
Wani menelan liur perlahan. Dia tahu, ini bukan urutan biasa. Tapi dia sudah bersedia. Ita telah melatihnya selama seminggu bukan sekadar teknik tekanan urat, tapi juga seni sentuhan, cara bercakap, cara menggoda dengan mata, dan juga bagaimana membaca nafas pelanggan sebagai petunjuk nafsu yang sedang menyala.
Ita perhatikan Wani dari jauh. Gerak tubuhnya lembut, suaranya manja bila menyambut pelanggan, dan paling penting…tangannya tidak gugup lagi ketika menyentuh kulit lelaki. Ita tersenyum dia tahu, Wani sudah bersedia.
“Mulai minggu depan, bilik ni kamu punya,” kata Ita, menunjuk ke sebuah ruang berhias tenang dengan tirai sutera, lampu malap, dan bau harum semerbak dari diffuser eksklusif.
Wani menatap bilik itu dengan mata yang bersinar. “Terima kasih, Kak Ita. Saya takkan sia-siakan kepercayaan ni.”
Walaupun bisnes berjalan lancar dan tiga orang pekerjanya sudah mampu berdikari, Ita punya impian yang lebih besar.
Setiap malam selepas pelanggan terakhir pulang, Ita duduk bersendirian di belakang rumah sambil meneliti pelan kecil di dalam buku nota: sebuah rumah urut khas, tersembunyi dari dunia luar, hanya untuk pelanggan elit dan hanya dia yang akan menyentuh mereka.
“Satu bilik saja cukup… dengan pintu masuk rahsia. Siapa yang masuk, hanya aku dan dia yang tahu…” bisik Ita sendiri, jari-jarinya menyentuh lakaran kasar di buku itu.
Dia kini sedang giat mencari tanah bukan di tengah bandar, tetapi di pinggir kota, yang cukup terpencil tapi masih mudah diakses oleh mereka yang tahu cara mencari.
Di rumah urut itu nanti, tidak ada bunyi selain dengusan nafas dan desahan halus.
Hanya dia, pelanggan yang terpilih… dan sentuhan yang tidak mungkin dilupakan.