Assalamu’alaikum dan Selamat Sejahtera.
11538Please respect copyright.PENANAEU0mqYNUp6
Saya faham, ramai yang ternanti-nantikan episod-episod seterusnya Cikgu Siti. Dukacita dimaklumkan, bahawa penghujung bagi penantian anda masih belum kunjung tiba.
Saya harap pembaca sedia maklum, saya selaku penulis bersama dan @shah_black selaku penulis utama/asal, yang kami menulis cerita ini hanya sebagai suka-suka sahaja. In fact, karya Cikgu Siti turut diciplak dan disiarkan di wattpad. 6 episod pertama adalah penulisan @shah_black dan 6 episod kedua adalah penulisan saya dan @shah_black bersama.
Apabila menulis sesuatu cerita, perlunya ada idea dan inspirasi. Kalau tak, penulisan tersebut jadi mandom dan tak bermaya. Boring. Juga masa... masa yang lapang. Buat masa ini, saya semakin sibuk, masa yang terhad dan kurang dapat beri perhatian kepada cerita ini.
Bagi sesiapa yang pernah membaca karya Tukar Anggota Tubuh saya, sebenarnya karya ini dari episod 1-10, telah pun siap setahun yang lalu (sekitar September 2021), hanya sedikit suntingan yang diperlukan untuk menyiapkan cerita ini. Cuma tambahan episod Epilog mengambil masa 2 hari seusai episod 10 diterbitkan. Itu pun saya menyunting beberapa kali lagi, untuk menamatkan cerita ini. Walau pun views dan like yang rendah, tapi saya rasa puas, sebab cerita ini sudah tamat.
@shah_black telah pun memberi hak penulisan kepada saya untuk menyambung cerita ini. Apa-apa pun, saya anggap ini adalah hak bersama, sekiranya beliau mahukannya kembali hak tersebut, saya sedia memulangkannya. Beliau ada projek lain dan bolehlah ikuti projek penulisan beliau yang terkini di wattpad.
Berkenaan dengan cerita Cikgu Siti ini, buat masa ini, penerbitan episod-episod seterusnya akan ditangguhkan pada masa yang belum ditetapkan. Sebabnya, saya lebih suka siapkan cerita terlebih dahulu, dan kemudiannya menerbitkan setiap episod secara tidak berkala. Sebabnya, saya tahu penamat cerita dan rasa lebih yakin untuk menerbitkan cerita dalam keadaan penamat cerita iaitu episod terakhir sudah tersedia ada.
Sebagai sedikit tinjauan sekilas (sneak peak review), setakat ini, episod 13 telah pun mencapai kira-kira 90%, episod 14 kira-kira 50% dan episod 15 kira-kira 100%. Tiada episod (setakat ini) selepas episod 15, hanyalah lontaran-lontaran idea bagaimana naratif cerita ini boleh dimajukan. Memandangkan hak penulisan ini telah diberikan oleh @shah_black kepada saya, jika ikut cara saya, memang episod 13-15 tidak akan diterbitkan selagi mana cerita ini tidak habis ditulis. Jika episod akhir episod 20, tunggu sampai siap episod 20 ler baru saya terbit episod 13. Jika episod akhir episod 100... lu fikir la sendiri (go figure yourself). Kalau nak cepat... hehehe... anggap je cerita ini sudah selesai. Settle.
Kesimpulannya, berhentilah mengharap. Atau... buat jer cerita guna imaginasi korang sendiri. Kongsikan di sini, kat ruangan komen kat bawah ni. Saya sama je dengan korang sebenarnya. Lepas Cikgu Siti selesai 6 episod pertama, saya cadangkan @shah_black untuk ubah beberapa perkara dan beliau menerima dan mengubahnya. Boleh bandingkan dengan karya yang diciplak airin_sofea kat wattpad. Selepas itu, @shah_black benarkan saya berkolaborasi dengan beliau dan kami hasilkan lagi 6 episod yang kedua. Sama je, cuma saya bagi extra effort. Usaha lebih sikit ini yang membezakan saya dengan korang kot.
Cikgu Siti universe dah berkembang agak besar. Semakin kompleks, rumit dan payah untuk manoeuvre. So nak kena urus, nak kena manage cerita yang semakin besar seperti Cikgu Siti ini memang perlu fokus dan concentration yang tidak berbelah bagi. Mesti korang perasan, ada beberapa lubang plot (plot holes) dan juga ketakselanjaran (discontinuties) di dalam cerita Cikgu Siti. Sebagai penulis, saya cuba sedaya upaya mengurangkan kecacatan pada plot dan naratif sebanyak dan sebaik mungkin.
Satu lagi isu yang mungkin korang tak perasan, nak tulis cerita yang best, kena ada research. Kena ada penyelidikan. Supaya cerita yang dikarang, dapat digambarkan di minda pembaca secara realistik. Bukan kerja mudah. Contohnya, korang pun boleh perasan, tulisan @shah_black memang awesome, memang wordsmith. Cara beliau tulis tu, boleh menterjemahkan garapan idea dan inspirasi kepada bentuk penulisan dengan efektif. Kalau saya tulis, hmmm... sendu. Banyak rujukan yang perlu saya baca, salin dan olah. Banyak yang berulang-ulang, terutamanya babak hangat. Hmmm. 😏😒🤔
Sama je dengan cerita Dendam Hasutan Nafsu, sebenarnya pencetus idea asal, mahukan karyanya ditulis. Saya cuma menyunting karya beliau, boleh kata 90% memang idea dan inspirasi pencetus idea tersebut. Cuma saya tambah sikit bagi “zas” sikit.
Apa-apa pun, kita tulis suka-suka, bukan bermotifkan keuntungan bagai ke apa. Jadinya, janganlah mengharap apa-apa. Views dan like yang tinggi, sememangnya itu adalah satu perangsang, satu motivasi, tapi bukan menjadi asbab untuk penulisan cerita ini diteruskan. Mungkin, bila ada masa dan kesempatan yang lapang, tiada tekanan kerja atau apa-apa jelah, mungkin ketika itulah, cerita Cikgu Siti ini akan disambung semula.
Selalunya, kebanyakan penulis jarang menceritakan kisah di belakang tabir. Saya rasa may be sebab tak best... pada saya, tak ada value pun nak cerita perkara belakang tabir. Rasa macam membebel, berleter iya jugak. Tapi korang asked for it... so you get it lah kot. Saya tulis juga sebab may be, may be ada pembaca cerita Cikgu Siti ini yang tak faham-faham. Terutamanya soalan cliche yang tak berapa cepu emas... "bila nak sambung cerita ni?" dengan variasi soalan ini yang pelbagai... Hah, korang try ler jawab! Intermission ini, dah pun menjawab soalan ini, kalau tak perasan, boleh scroll ke atas dan baca semula. Moga-moga yang tak faham-faham tu bukan korang lah ye, sebab korang dah baca pun sampai ke bawah ni. Kira mesej dah sampailah tu. Terima kasih sebab rajin membaca sampai sini dan maaf sekiranya tersinggung perasaan.
Curahan hati,
kembarasejagat11538Please respect copyright.PENANAmn44BnsZwC
*Dalam bahasa Indonesia, curahan hati dikenali sebagai curhat.
ns 172.70.135.209da2