Mata aku terpaku disudut katil. Mengigil. Ya itu yang aku rasakan. Mengigil dan mengeletar. Tanganku masih ditombol pintu. Sebak hanya Allah yang mengetahuinya. Perit bila cinta bertepuk sebelah tangan. Perlahan-lahan aku melangkah ke dalam bilik. Titisan air mata yang menitis cuba ditahan.
1020Please respect copyright.PENANABHGizrEUTq
"Abang,"panggilku lirih.
1020Please respect copyright.PENANAIaRyFNjPzq
Helmi terkejut dengan sentuhanku. Pantas selimut yang hampir terjatuh ditarik menutup tubuhnya yang terdedah.
1020Please respect copyright.PENANAnmVFw4IQad
"Bila Fea balik," suaranya cukup gugup ku dengari. Aku memerhati tingkahnya yang sedang melindungi seseorang dibelakangnya.
1020Please respect copyright.PENANAaZ00i9iuFM
"Dah lama. Setengah jam dimuka pintu. Tak perlu abang selindungi perempuan belakang abang tu. Fea nak ambil baju dan izinkan Fea pergi,"
1020Please respect copyright.PENANAZqbyMpXe1t
Aku melangkah ke almari. Baju dan barangan penting aku ambil. Empangan yang aku cuba tahan akhirnya pecah juga. Allah. Sakit hati bila suami yang dicintai mendakap perempuan lain. Tega kau Helmi.
1020Please respect copyright.PENANAZD1pS0g0jc
"Nak pergi mana?"
1020Please respect copyright.PENANAT0tx0LWpkt
"Yang pasti jauh dari sini dan abang. Terima kasih untuk ini," aku mengerling ke arah katil. Helmi sudah lengkap berbaju.
1020Please respect copyright.PENANAp5gYEEmlG2
"Aku minta maaf," kata maaf dari Helmi menghentikan langkahku. Semudah itu kau ucapkan kata maaf. Tanpa perasaan. Sungguh benar tiada cinta dihatimu Helmi. Aku kembali mengadap Helmi dibelakang. Mukanya aku pandang dengan penuh rasa cinta dan sayang. Pipinya aku sentuh penuh kasih.
1020Please respect copyright.PENANAkS76MkSRSD
"Helmi... Aku tahu aku mulakan ikatan kita dengan penipuan. Aku hanya mahu memiliki kau. Aku beri cinta aku tanpa dusta. Sekelip mata kau membalasnya. Hati aku tak kuat. Aku rasa memang kau mahukan perpisahan,"
1020Please respect copyright.PENANAHQ9hFB6qcb
"Memang aku nak kita berpisah. Dari awal aku tak setuju kahwin dengan kau. Kau perangkap aku. Aku tahu kau yang panggil orang masjid tangkap kita. Terdesak sungguh kau. Dan tadi tu bukan balasan untuk kau. Satu je aku nak kau tahu aku memang tak terima kau. Maaf selama ni aku hanya berpura,"
1020Please respect copyright.PENANApZ2tRcrEBN
Pap! Pintu ditutup. Aku kaku disitu. Kenyataan yang cukup menyakitkan. Baru enam bulan usia perkahwinan kita. Kau tak pernah cuba bukakan hatikau. Yang kau mahu hanya tubuh aku. Baiklah Helmi. Aku hargainya. Pantas aku melangkah ke kereta. Aku menangis semahu-mahunya. Setelah reda tangisan aku memulakan perjalanan ke kampung. Tiada hala tuju sebenarnya. Aku berhenti di tanah perkuburan islam. Aku duduk bersimpuh di kedua-dua kubur orang tua ku.
1020Please respect copyright.PENANAOaLEjPWXIW
"Ibu maafkan Fea. Fea degil," aku sembamkan muka di atas tanah. Bila memikir kesilapan diri, terasa diri cukup bodoh. Butakan hati demi cinta. Ibu mula menyisihkan aku apabila aku ditangkap basah. Tidak lama kemudian ibu meningal dunia kerana serangan jantung. Nanar aku dibuatnya.
1020Please respect copyright.PENANAXSpf290jG6
Terik mentari memancar ke arah wajahnya. Sudah pukul sepuluh pagi. Aku mula mengemas hasil jualan hari ni. Hampir dua bulan sudah aku meniaga nasi lemak dan tengah hari pula aku bekerja sebagai promoter di sebuah pasaraya. Dua bulan jugaklah aku digantung tak bertali. Aku mengeluh lemah. Aku mengusap perutku. Ikutkan hati mahu sahaja aku meminta fasakh tapi kehadiran dia membantas. Selepas sembilan bulan nanti aku pasti nekad.
1020Please respect copyright.PENANA7ppGeqMn6c
Tiba-tiba bahu aku ditepuk dari belakang. Aku berpaling. Terkesima sesaat dibuatnya.
1020Please respect copyright.PENANAT3TpQEDBLv
Bertudung labuh dan berjubah. Huhu siapa tak kenal mak mentua sendiri. aku diamkan diri.
1020Please respect copyright.PENANAfn3o5HNri2
"Melamun pulak budak ni. Pergi mana? Lama tak balik rumah mak?"
1020Please respect copyright.PENANAG26Yll5BMX
Sergahan Mak Eton membuat aku terus menyalaminya. Terkejut sebenarnya. Jauh mak mentuanya datang ke mari. Dari Jitra ke Taiping. Jauhlah sangatkan.
1020Please respect copyright.PENANAwNu3Eh7kO2
"Sibuk. Kerja banyak," bohongku.
1020Please respect copyright.PENANAGTmq66UfAL
"Eloklah tu. Sama saja dengan Helmi. Tak reti nak balik. Jumaat depan balik rumah mak. Jangan ada alasan. Mak tak boleh lama. Mak ikut rombongan datang sini,"
1020Please respect copyright.PENANAuPzY6i1yRO
Aku memerhati langkahan mak mentuaku. Ciuman dipipi masih terasa. Hanya dia seorang sahaja yang berlapang dada menerima aku sebagai menantu express. Jumaat depan? Tak balik serba salah. Helmi pun tak balik ke lepas aku tinggalkan rumah?
1020Please respect copyright.PENANAdwn1ioH453
Selesai majlis doa selamat aku membantu sanak saudara mengemas didapur. Baru ku tahu rupanya mentua ku akan berangkat ke mekah. Dan aku pelik sangat ahli keluarganya seolah menerima aku sepenuh hati tidak seperti dahulu. Mungkin sudah dibrainwash.
1020Please respect copyright.PENANAHmzgcQ0fb6
"Helmi tak balik ke Fea," soalan yang menyentakkan aku. Apa aku nak jawab ni. Mesej di aplikasi Whatapps pun dua bulan lepas. Entah khabar apa si suami pun aku tidak tahu.
1020Please respect copyright.PENANA05VH8eIQgE
"Balik tapi lambat sikit," bohongku ke kak Salmah. Aku cepatkan pekerjaanku kerana lepas ini aku mahu melihat sawah padi dibelakang rumah.
1020Please respect copyright.PENANAZmMSOm7SiW
Aku duduk sambil memeluk lutut. Hijau terbentang luas cukup mendamaikan. Cukup teruja apabila Helmi membawa aku pulang untuk pertama kali. Dulu dia ada disebelah. Rindu? Tipulah tak rindu. Bayangan rindu hilang diganti dengan bayangan diatas katil. Hati kembali sakit. Katil dia sudah ada penganti. Dia bepaling ke belakang. Mak eton berjalan ke arahnya.
1020Please respect copyright.PENANAZDQESbJnlo
"Kenapa duduk sorang? Helmi tak sampai lagi ke?"
1020Please respect copyright.PENANAuQ1DFZJUX0
Aku hanya mengeleng. Nak je buat muka tapi dikawal. Aku hadiahkan senyuman dan kembali memandang sawah.
1020Please respect copyright.PENANAMusnF3Vdf9
"Mak dapat rasa senyuman itu paling ikhlas tadi. Walaupaun dekat dalam rumah tadi Fea tersenyum tapi mak tahu tu terpaksa. Mata tu nampak sedih. Tak cerita dekat mak ke. Biar yang lain membenci tapi mak tak,"
1020Please respect copyright.PENANAIyL1sikjbG
Aku kelu. Kenapa Mak Eton baik sangat. Aku sudah merampas kebahagian anaknya. Aku sudah malukan keluarganya. Dia tetap melayan aku dengan baik.
1020Please respect copyright.PENANAIQeNspPadR
"Biar yang dulu kesilapan. Jadikan esok sebagai pembetulan," tambah Mak Eton.
1020Please respect copyright.PENANAXcgtjYViBp
"Helmi..." aku menyebut nama yang sudah aku tinggalkan sisa. Aku diam sejenak sebelum meyambung.
1020Please respect copyright.PENANARe2yfoKJ05
"Fea akui kesilapan dalam memiliki Helmi. Memang Fea yang perangkap Helmi. Fea yakin dia boleh jaga dan cintakan Fea. Rupanya Fea silap. Sikitpun dia tak cintakan Fea," air mata ku gugur.
1020Please respect copyright.PENANAOdvXY45wew
"Jangan pernah berhenti berdoa. Doa tu senjata mukmin," pesan Mak Eton.
1020Please respect copyright.PENANAr86pc1zkL2
Aku menggeleng. Aku lelah sudah sebenarnya. Aku berhenti berdoa sejak dia dalam pelukkan wanita lain. Hati aku mati.
1020Please respect copyright.PENANACRybcBbLR5
"Andai jadi perpisahan di antara kami nanti. Fea tak kan lupakan mak. Mak adalah mak mentua terbaik," aku memeluk Mak Eton.
1020Please respect copyright.PENANAcfAflikcsp
"Jangan cakap macam tu. Mak sentiasa doakan hubungan korang. Dah jangan nangis. Mak nak masuk dalam rumah ni. Jangan duduk sini lama-lama,"
1020Please respect copyright.PENANAkMlcxV0TYZ
Aku mengangguk mendengar pesan Mak Eton.
1020Please respect copyright.PENANAgy8OUHZsxm
"Aku silap tafsiran Helmi. Tiada cinta mahupun tanggungjawab dalam diri kau. Aku memilih kau kerna hanya kau tahu kisah silam aku dan aku tahu kisah silam kau. Bukankah kita adil? Ya dulu aku murah namun cinta aku terhadap kau tak murah Helmi,"
1020Please respect copyright.PENANA7qdrTWCNUa
"Mahal sangatkah cinta kau tu?"
1020Please respect copyright.PENANAd4BAlLBGqi
Aku berpaling ke arah empunya suara. Kenapa dia muncul? Aku bingkas bangun. Entah mengapa hati aku terlalu marah. Ditambah dengan soalan yang ditanya cukup sinis bagiku.
1020Please respect copyright.PENANADgCS410vTv
Tanganku diraih olehnya. Aku menjegilkan mata. Mengarahkan suruh dilepaskan.
1020Please respect copyright.PENANAnwk5zLZQGD
"Kau masih isteri aku,"
1020Please respect copyright.PENANATjReyfbpgA
"Jangan risau esok aku akan pastikan aku bukan isteri kau,"
1020Please respect copyright.PENANAVs4lZJZede
Muka Helmi berubah.
1020Please respect copyright.PENANAkDkcrU1JjS
"Aku balik sebab kau. Merata aku cari kau. Nasib along tanya kenapa aku tak balik? Kau drive sorang-sorang ke? Tahu tak bahaya?"
1020Please respect copyright.PENANAYW6ESVkLNZ
Aku merentap pergelangan tangan. Aku senyum sinis.
1020Please respect copyright.PENANAsYtZrDLuT9
"Dua bulan aku seorang diri ke mana hala. Tak payah acah-acah cari padahal kau dalam dakapan perempuan,"
1020Please respect copyright.PENANAJ5ddeLiB59
Aku berjalan meninggalkannya. Aku memasuki bilik. Aku mengemas apa yang patut. Rasanya malam ini juga aku akan pulang ke Taiping. Sepatutnya dari awal lagi aku memikir kebarangkalian aku akan berjumpanya. Aku duduk di tepi katil. Muka diraup. Pilu dia muncul tanpa kata maaf malah bertanya semahal mana cinta aku?
1020Please respect copyright.PENANA4TeW8eBks5
"Kau nak pergi mana?"Helmi bertanya.
1020Please respect copyright.PENANAvdXyvg5p48
Aku memandang tajam ke arahnya. Dia mengunci pintu bilik. Aku bangun dan mengundur kebelakang apabila Helmi menapak ke arah ku.
1020Please respect copyright.PENANA4pqMSUTemU
"Apa yang aku nampak dulu cukuplah untuk membuktikan kau tak layak terima cinta aku. Tolong lepaskan aku. Sampai bila kau nak simpan aku. Aku tak berguna untuk kau," akhirnya aku meluah rasa.
1020Please respect copyright.PENANA4mSrGzId7v
Helmi melutut. Kaki aku di pegang. Aku melihat wajahnya. Ada titisan jernih sedang keluar. Drama apa pula sedang dia mainkan ini.
1020Please respect copyright.PENANAyr2kb5Z1yx
"Fea aku rindu. Jujur aku rindu. Dua bulan aku sasau. Aku cari kau satu penang. Tempat-tempat kita suka pergi dulu. Aku mengaku silap aku tidur dengan perempuan tu. Aku terlalu marahkan kau. Aku tak sangka kau tergamak panggil orang masjid untuk tangkap kita. Kita kawan lama tapi kau buat aku macam tak ada maruah,"
1020Please respect copyright.PENANAC21iSODN47
Aku menarik kakiku dari dipegangnya. Aku senyum sinis mendengar luahannya.
1020Please respect copyright.PENANAiIpEIwMkh6
"Aku ajak kau kahwin tapi kau tak nak. Ini je jalan aku nampak. Aku sanggup buat sehingga aku hilang ibu sendiri. Sudahlah. Itu kisah dulu. Aku minta izin untuk kau lepaskan aku dengan cara baik. Kau mulakan hidup baru. Aku pun macam tu,"
1020Please respect copyright.PENANAcp7cCoZJcG
"Aku tak nak. Aku nak mulakan apa yang aku tamatkan dulu," tubuh Fea dipeluk.
1020Please respect copyright.PENANA1Lygw1c5on
"Aku tak dapat nak tolong kau. Hati aku kecewa sangat Helmi. Tiap kali pandang kau aku nampak dia,"
1020Please respect copyright.PENANAcxjB3crW6w
"Fea tolong..."
1020Please respect copyright.PENANA4lItdMktLQ
"Maaf aku tak mampu," aku menggeleng.
1020Please respect copyright.PENANAFIRO2fOZUL
"Aku akan lepaskan kau dengan syarat stay dengan aku malam ni. Hanya untuk malam ini. Tolong jadi isteri aku malam ini dan aku janji aku akan lepaskan kau esok," kata Helmi. Tubuhnya melurut ke bawah. Sedih. Sebak. Sebegitu aku rasa dulu.
1020Please respect copyright.PENANAAlRvCMkIBJ
"Baiklah. Hanya malam ini. Pastikan esok kau tunaikan janji kau,"
1020Please respect copyright.PENANALTaXXn0FJJ
Selesai makan malam Helmi menapak ke bilik dahulu. Aku masih lagi dimeja makan. Sejak berbadan dua aku kerap makan. Ikutkan nafsu sekarang mahu sahaja dia masak kentang goreng. Tapi memikir dia dirumah orang. Niat dibatalkankan.
1020Please respect copyright.PENANAnK0al7e1v4
"Tak kenyang lagi ke?"
1020Please respect copyright.PENANAG3gQ0Fus2p
Aku memandang Helmi sambil mengigit kulit ketam. Aik tadi bukan dah masuk bilik ke? Aku hanya menggeleng. Ketam masak lemak kut sayang nak angkat punggung.
1020Please respect copyright.PENANA7gFqibqWRf
Helmi duduk sebelah aku. Dia menolong aku mengupas isi ketam.
1020Please respect copyright.PENANA1apIyrPFNW
"Kuat makan eh sekarang. Badan pun macamdah naik je,"
1020Please respect copyright.PENANAUerUIOffdS
Aku menjeling tajam. Main badan pulak dia. Tapi memikir rahsia yang tersimpan aku diamkan saja.
1020Please respect copyright.PENANA7Tda9ZXN0P
"Senang hati memanglah kuat makan. Tak senang hati tak makan," padu aku menjawab. Aku bangun basuh tangan dan terus ke bilik.
1020Please respect copyright.PENANAzKCwAGzo5A
"Lepas tinggal abang senang hati ke?"
1020Please respect copyright.PENANAojeKrgVClX
"Senang juga sebab tak kena sayang orang dah. Sayang diri sendiri ja," aku membalas tanpa memandang. Aku menarik toto jenama narita. Kemudian aku hamparkan di tepi katil. Bantal aku ambil satu.
1020Please respect copyright.PENANAF2LSIxVHnE
"Tak sudi ke tidur sekali,"
1020Please respect copyright.PENANAS0IY0fQS7b
"Tak payahlah. Lagi pun awak bukan suka kena peluk. Nanti kena tolak macam dulu. Baik Fea tidur bawah. Jangan lupa esok kita ke mahkamah," aku terus menarik selimut hingga ke atas kepala.
1020Please respect copyright.PENANADGzn5QTgdS
Aku tahu Helmi tidak tidur. Apabila aku mengalihkan badan aku terasa seperti tersentuh sesuatu. Rupanya dia duduk bersila sambil memerhati aku tidur. Aku bangun apabila terasa mual dan pening kepala.
1020Please respect copyright.PENANAKFPBmilT2I
"Kenapa," soalnya.
1020Please respect copyright.PENANARx4H74HLiQ
"Apa tu?" soalnya lagi.
1020Please respect copyright.PENANA8ZSgVOXDjy
Aku mengambil minyak jenama Virgin Muhammad sambil menitik di atas tangan. Kemudian aku menyapu disekitar muka sambil berselawat. Bau oren lembut menyedapkan deria bau ku. Virgin Muhammad extrak dari 7 pati terbaik. Antaranya minyak zaitun dan habatul sauda serta bidara.
1020Please respect copyright.PENANAXVnhs9Y5SB
"VM. Untuk kesihatan kecantikan dan sihir. Fea amalakan ini.lupa tadi terus tidur. Selalu pakai sebelum tidur," jawabku kembali baring. Helmi berada dihujung kepala ku.
1020Please respect copyright.PENANAEwf16VUKpQ
"Patut makin cantik. Kulit pun bersih je sekarang," helmi memuji.
1020Please respect copyright.PENANASGCebUePdv
"Cantik atau tak dia masih orang yang sama. Orang yang awak tak cintakan. Okey saya nak tidur,"
1020Please respect copyright.PENANAlGmDt1Yum6
Hari yang dijanji sudah berlalu. Helmi sudah melafazkan cerai. Kini aku menghitung detik lima bulan lagi. Aku nampak dia terduduk saat aku memberitahu diriku kini hamil. Tiada apa yang mampu aku lakukan. Hatiku tak mampu untuk memaafkannya. Pagi ini tidak ramai pelanggan yang kunjung tiba. Aku melihat jalan. Honda berwarna hitam berhenti didepan gerai. Aku cukup kenal gerangan empunya.
1020Please respect copyright.PENANAGGQVatPf3N
"Assalamualaikum. Anak papa sihat ke. Jaga mama baik-baik tak?"
1020Please respect copyright.PENANAWBHnHGaUPP
Aku tak tahu sama ada mahu senyum atau tak. Helmi keluar dari kereta terus bertanya ke arah perutku yang kian membesar. Muka ku dipandang dengan penuh cinta. Aku tak mampu untuk membalasya.
1020Please respect copyright.PENANARuAJF9lr3e
"Dah habis satu Penang, abang mencari. Kini perak pulak abang jelajahi. Dan abang jumpa Fea,"
1020Please respect copyright.PENANAoGRoHhLLKl
"Tak mengapalah. Baguslah tu,"
1020Please respect copyright.PENANAdi5Z0wFWCE
"Abang dah tak mampu untuk terus jadi sang mantan,"
1020Please respect copyright.PENANANHDAHwUh73
"Nak nasi lemak ke. Fea bungkuskan,"
1020Please respect copyright.PENANAxM8gEAQ9IO
"Yalah. Tolong bungkuskan cinta Fea sekali lagi. Abang akan tunggu Fea dan baby hingga akhir hayat abang,"
1020Please respect copyright.PENANAukudIHvM7u
Aku menyerahkan nasi lemak kepadanya. Aku cuba berlagak biasa. Biarlah masa yang menentukannya. Biarlah aku terus menjadi Sang Mantan.
ns216.73.216.23da2