>01/03/2020 3:10pm8094Please respect copyright.PENANAoZbVkDShfc
"Macam mana bro? Minat tak?" tanya Hisham sambil menghirup kopinya di depan Farhan.
"Hmmm... Aku tak pasti lah. Aku ni dahlah takde pengalaman menguruskan perniagaan" balas Farhan sambil menggaru kepalanya.
"Farhan, kau anggap macam investment je. Kau hanya invest, tak payah uruskan. Kita ni jadi macam pemegang saham, orang lain akan urus untuk kita. Lagi satu, kau pun dah ada anak sorang kan? kos kehidupan kau tu pasti akan bertambah. Takkan kau nak support family kau dengan gaji biasa je kan?" soal Hisham sambil menepuk bahu Farhan.
"Mmmm,... Betul jugak cakap kau tu..." Farhan dalam hatinya masih risau dengan risiko pelaburan kedai elektronik gadget yang dicadangkan oleh Hisham, tapi dia juga faham apa yang dimaksudkan oleh kawannya. Isterinya telah meletakkan jawatan sebagai ustazah di sebuah sekolah rendah sejak kelahiran anak pertama mereka kerana ingin menumpukan perhatiannya untuk menjaga anak mereka. Walaupun gaji Farhan memang cukup untuk membiayai keluarganya tapi dia juga mahu meningkatkan kualiti kehidupan isteri dan anaknya.
"Tak payah fikir lagi bro... Percaya lah, Confirm untung. Kedai handphone dan gadget macam ni bukan susah nak handle." kata Hisham lagi sambil menepuk dadanya dengan penuh yakin.
"Baik lah... Tandatangan kat sini kan?" Farhan menekan butang pennya. Setelah berfikir panjang ditambah lagi dengan pujukan Hisham, akhirnya dia bersetuju dengan tawaran tersebut walaupun dalam fikirannya masih sedikit tak yakin dengan pelaburan tersebut.
"Ya... Di sini... Ya.... Satu lagi di sini. OK!!! SIAP!!! Kau transfer 30 ribu ke dalam akaun aku, lepastu aku akan laburkan 20 ribu lagi. So kita dua orang ada total sebanyak 50 ribu. Weeehh! Kita jadi boss lah... Hahaha!" gelak Hisham.
Aku hanya tersenyum melihat Hisham bersorak-sorak. Aku sebenarnya bukan nak jadi kaya, aku cuma nak dapatkan pendapatan sampingan supaya kehidupan anak dan isteri aku lebih selesa dan mewah.
Selepas selesai perjumpaan dengan kawan karibnya, Farhan terus balik ke rumah, tidak sabar untuk berjumpa dengan isteri dan anaknya.
>01/03/2020 5:35pm
"Assalamualaikum sayang, abang dah balik..." kata Farhan sambil membuka kasutnya di depan pintu rumah.
"Waalaikumsalam abang, kenapa lama sangat balik hari ni?" tanya Solehah usai menyalami tangan suaminya kemudian menutup pintu rumah.
"Sorry lah sayang... tadi jumpa Hisham dekat gerai so abang pun berbual kejap dengan dia" balas Farhan.
"Hisham? Kawan sekolah menengah abang tu? Bukan dia dah pindah ke bandar lain ke?" tanya Solehah.
"Ya... Tapi dia dah berhenti kerja di sana dan dia rancang untuk mulakan bisness baru di sini bersama abang. Dah lama dia ajak abang untuk join dia" Farhan mengeluarkan satu envelope dan menunjukkan satu cetakan dokumen yang baru ditandatangani tadi.
"Perniagaan Kedai Gadget Elektronik?? Tak perlu menguruskan.... Hanya perlu melaburkan duit... Untung balik dalam jangka masa 3 bulan...." Solehah membaca satu demi satu ayat dalam dokumen tersebut.
"Best kan?" kata Farhan yang selesa duduk di atas sofa.
"Abang tak takut rugi ke?" Solehah melihat suaminya yang nampak sangat yakin.
"Jangan risau... Hisham tu kawan abang sejak sekolah menengah. Dia tak akan tipu abang, dia pun abang tengok yakin dengan bisness ni." jelas Farhan.
"Astaghfirullah!? 30 ribu!? Abang!!! Abang pasti ke ni!?" Solehah hampir terjerit selepas terbaca jumlah wang yang dilaburkan oleh suaminya. Bukan dia tak yakin dengan suaminya, dia tahu gaji suaminya sebagai pegawai pembantu juruteknik walaupun dalam sektor swasta agak tinggi, namun jumlah 30 ribu bukanlah jumlah yang sedikit
"Sayang... Abang pun tahu jumlah tu banyak. Dah banyak kali Hisham kira dan tunjuk pada abang. Selepas tiga bulan, kita akan dapat balik modal kita dan lepas tu akan mula untung." Jelas Farhan sambil memandang isterinya yang sedang risau itu.
"Tapi...." Solehah tetap risau dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya tetapi tidak sampai hati untuk membantah.
"Sayang, abang bukannya mimpi nak jadi kaya. Abang hanya nak dapatkan pendapatan lebih untuk keluarga kita. Untuk sayang... untuk Faiz..." Farhan memeluk bahu Solehah dan mencium pipinya.
Solehah yang tadi nampak risau tersenyum dengan kata-kata manis suaminya. Tiada lagi bantahan darinya, dia yakin dengan keputusan suaminya, dan tugasnya sebagai isteri adalah menyokong usaha suaminya.
"Err... Faiz dah tidur ke?" tanya Farhan sengaja untuk menukar topik perbualan.
"dia baru tidur tadi sebelum abang sampai lepas minum susu" balas Solehah.
"Ohh... Tapi abang belum minum lagi" kata Farhan
"Awlolo, kesian suami sayang ni, abang nak minum apa? Sayang buatkan" Solehah seperti selalu menanya suaminya
"Abang nak susu"
"Susu? Sejak bila abang suka susu? Setahu Leha abang suka kopi, tak kopi, nescaffe" soal Solehah kehairanan dengan suaminya.
"Bukan susu itu, tapi susu yang nie" balas Farhan dengan sengihan sambil merenung buah dada isterinya. Dia akui, buah dada isterinya semakin membesar sejak mengandung dan selepas melahirkan anak pertama mereka.
"Isshh!! Abang ni!!! Malas nak layan lah!" Solehah mencubit lengan Farhan lalu menuju ke dapur. Muka berubah kemerahan sebab malu. Tau sangat maksud suaminya yang suka menyakat.
"Ehehehe, gurau je. Janganlah marah..." gelak Farhan lalu mengikut isterinya ke dalam dapur.
>01/03/2020 10:40pm
Farhan membaring diri atas katil, sekali lagi membaca semua syarat-syarat dalam dokumen perlaburan sementara menunggu isterinya. Sejak pulang tadi, Farhan tiba-tiba rasa amat bernafsu dan ingin bermesra dengan isterinya, hampir sebulan dia menahan tapi dia rasa serba salah selepas melihat muka isterinya yang lesu selepas menidurkan anak mereka.
"Penat ke?" tanya Farhan sambil memegang tangan Solehah.
Solehah hanya mengangguk kepalanya sambil tersenyum, matanya nampak tidak bersemangat dan dia merasa sangat letih.
"Sorry abang...Leha tahu abang nak, tapi kebelakangan ni Leha memang penat.." Solehah sebenarnya sudah tahu niat suaminya tetapi badannya memang letih sangat. Sejak kelahiran anak pertama mereka, Farhan dan Solehah jarang meluangkan masa untuk bermesra kerana kebanyakan masa dan tumpuan telah diletakkan atas anak mereka.
"Tak apa, abang faham. Come... Sayang mesti dah mengantukkan. Nanti tengah malam kalau Faiz menangis, biar abang yang handle. Ok?" kata Farhan, membawa
isterinya dalam pelukan.
Solehah mengangguk kepalanya. Terasa bahagia sangat untuk tidur dalam pelukan suaminya yang amat memahami dan mencintainya.
Farhan sangat mencintai isterinya, dia teringat kembali masa pertama kali mereka berjumpa ketika belajar di salah satu Universiti tempatan, masa tu mereka sedang melakukan study group, kali pertama dia pandang Solehah, hatinya telah jatuh. Dalam diam Farhan hanya menyimpan rasa, lagi-lagi Solehah boleh dikira muslimah disebabkan penampilannya yang sentiasa bertudung labuh. Banyak juga lelaki yang cuba mendekat dengan Solehah tapi semuanya ditolak. Tamat sahaja pengajian, Farhan tekad melamar Solehah, dan tak disangka yang Solehah juga sebenarnya menyimpan perasaan terhadapnya.
3 tahun selepas mendirikan rumahtannga mereka masih belum dikurniakan cahaya mata, boleh dikatakan setiap minggu pasti mereka berhubungan, Farhan juga sentiasa memuaskannya. Tapi Solehah takut yang dirinya tidak mampu memberikan Farhan zuriat. Solehah frust dan hampir berputus asa, tapi dia sentiasa dipujuk oleh Farhan. Akhirnya Pada tahun lalu, dia mengandungkan anak pertama mereka, dan disebabkan itu Solehah tekad meletakkan jawatannya untuk menjaga anak sulong mereka. Dan selepas melahirkan Faiz, dapat dirasakan yang rumahtangga mereka semakin bahagia.
>10/03/2020 11:00am
Seminggu selepas Farhan menghantar duit pelaburan kepada Hisham, Hisham akan sentiasa menunjukkan gambar-gambar kedai yang sedang diubah suai dan progress mereka
kepada Farhan melalui whatsapp.
Kadang kala, Farhan juga akan melawat ke kedai tersebut bersama Hisham. Dia amat berpuas hati melihat kemajuan kedai tersebut. Farhan mengucap syukur dalam hati kerana semua berjalan lancar.
>18/03/2020 10:20am
Namun siapa sangka, disebabkan oleh penularan virus Covid-19 yang tiba-tiba merebak ke Malaysia, kerajaan teleh memutuskan untuk melaksanakan MCO secara tiba-tiba akibat peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang naik mendakak, Farhan sangat risau dengan keadaan perniagaan mereka dan menelefon Hisham untuk mendapat informasi mengenai kedai mereka.
"Helo? Assalamualaikum Sham, macam mana dengan kedai kita? Sekarang semua perniagaan tak dibenarkan beroperasi. Berapa lama kita boleh bertahan kalau macam ni?" tanya Farhan dengan gelisah.
"Waalaikumsalam bro, jangan risau. Kan kita ada modal sebanyak 50 ribu, aku ada tambah lagi 30 ribu, jadi total 80 ribu semuanya. Boleh tahan lebih kurang tiga bulan. Biar aku handle je, tak ada masalah. Aku ada hal sekarang, nanti apa-apa, aku roger kau..." belum sempat Farhan membalas, Hisham telah meletakkan telefon.
Farhan lega, tapi dia hairan. Hisham tambah lagi 30 ribu? Mana dia dapat duit banyak macam tu? Takkan dia ada share dengan orang lain lagi? Tapi mustahil sebab dalam dokumen tu memang nama mereka berdua sahaja. Walaupun runsing memikirkan hal tersebut, tapi dia tetap lega.
Solehah yang mendukung anaknya melihat dari tepi tanpa bersuara, dia tahu Farhan pasti rasa sangat risau dengan duit yang dilaburkan. Dia hanya mampu berdoa supaya semuanya berjalan lancar.
>23/03/2020 2:00pm
Beberapa hari sudah lepas sejak hari pertama MCO dilaksanakan, dan sudah beberapa kali juga Farhan cuba menghubungi Hisham tetapi telefonnya tidak dijawab. Farhan semakin risau dan runsing memikirkan tentang kawannya dan kedai tersebut.
Pada waktu petang, ketika Farhan sedang menikmati kopi di ruang tamu, dia menerima panggilan daripada Ridzuan, Ridzuan adalah pengurus kedai mereka.
"Hello? Assalamualaikum Encik Farhan" tanya Ridzuan melalui telefon.
"Waalaikumsalam, Ya? Kenapa tu Ridzuan?" tanya Farhan.
"Encik Farhan, maaf saya ganggu encik Farhan, tapi encik Farhan tahu tak kat mana encik Hisham? Sudah hampir seminggu saya tak dapat hubungi dia." tanya lelaki tersebut.
"Hisham? Saya pun tak dapat contact dia. Ada masalah ke?" balas Farhan.
"kita memang dalam masalah besar encik Farhan. Tukang ubahsuai kedai minta hutang kat kita, semua stock yang kita beli pun tak sampai tapi dealer tu kata encik Hisham sudah terima stock. Bukan tu saja, ada banyak orang lagi yang minta hutang dari kita" kata Ridzuan.
"Apa!!??" Farhan terkejut, mulutnya ternganga, fikirannya masih tidak sempat untuk menerima tamparan yang datang secara tiba-tiba.
"Ada apa salah faham ke? Ataupun apa-apa yang tersilap? Bukan kita dah bayar semuanya!?" tanya Farhan lagi.
"Saya pun tak tahulah encik Farhan... sekarang semua orang kata encik Hisham belum bayar mereka lagi. Ada juga orang yang kata encik Hisham tu dah melarikan diri..." balas Ridzuan. Farhan terkesima.
Solehah yang baru keluar dari bilik mandi merasa hairan dengan suaminya yang berdiri kaku di ruang tamu.
"Abang... Kenapa berdiri kat sana je?" tanya Solehah dengan hairan. Farhan menoleh kepalanya dengan perlahan, wajahnya pucat, tak bermaya, dia melihat ke isterinya dengan dua mata yang tidak bersemangat.
"Hi... His... Hisham... Di... Dia... larikan diri dengan semua duit pelaburan kita..." kata Farhan dengan suara yang tergagap dan lemah jatuh terduduk di atas sofa.
8094Please respect copyright.PENANAnJKk7is0hr