“Yahoo, akhirnya kita sampai gak kat sini. Langkawi~!” kata Nurul, seorang gadis bertudung yang aktif. Tubuhnya lincah bertenaga walaupun baru sahaja menempuhi penerbangan ke pulau Langkawi. Ini kerana Nurul sering bersukan dan menjalani hidup yang sihat. Nurul gemar memakai tudung instant, kemeja lengan pendek dan seluar jeans. Namun dia lebih selesa memakai seluar trek sahaja pada waktu kasual.
“Ai.. Ko ni Nurul, tak kenal erti penat, tau. Aku dengan Wani dah penat ni, kan?” kata seorang lagi gadis bernama Mira, sambil menoleh ke arah seorang lagi rakannya yang bernama Wani. Mira pula seorang yang peramah dan pandai berpidato. Dia juga yang paling bijak di dalam kumpulan tersebut. Mira memakai tudung shawl, baju blouse serta kain panjang.
“Alhamdulillah...” Wani mengucapkan syukur sambil mengangguk. Seorang yang cantik, manis dan pendiam, sesuai dengan perwatakan seorang muslimah. Di dalam kumpulan bertiga itu, tudung Wani lah yang paling labuh, diunjurkan menutupi dadanya. Wani memilih jubah untuk dipadankan bersama tudung labuhnya.
Mereka bertiga merupakan rakan baik sejak dari zaman belajar lagi. Ketika di universiti, mereka bertiga sering pergi ke kuliah bersama-sama. Selepas tamat belajar, masing-masing membawa haluan sendiri membina kerjaya. Ini merupakan reunion kecil-kecilan bagi mereka bertiga.
“Kau dah tanya pasal aktiviti snorkelling kita esok? Ada bot tak?” tanya Nurul kepada Mira.
“Dah, aku dah telefon tadi. Esok kita kena pergi kat jeti pukul 9.00 pagi,” jawab Mira.
“Insya-Allah, kalo kita dapat bersiap awal. Aku takut Nurul tak bangun je. Hehe..,” Wani bergurau.
“Isy, mana ada, kau ni. Aku bangun awal la esok!” kata Nurul sambil tangannya memegang bahu kedua sahabatnya, sambil bergerak menuju ke hotel.
***
Keesokan harinya, mereka bergerak menuju ke jeti seperti yang ditetapkan. Ketiga-tiga mereka telah bersiap untuk berpakaian mandi. Sungguhpun melakukan aktiviti air, mereka tidak berpakaian seperti orang Barat. Mereka mengenakan burkini, iaitu pakaian renang yang sesuai untuk muslimah. Burkini ini diperbuat dari bahan yang elastik. Sungguhpun alur kain itu mengikut potongan badan, tetapi kain yang flowy itu tetap menunjukkan kesederhanaan seorang muslimah. Burkini juga disertakan bersama bahagian yang menutupi kepala, seolah-olah seperti memakai tudung. Oleh itu, aurat rambut mereka juga tidak kelihatan.
Mira mengenakan burkini berwarna ungu. Bahagian bajunya berlengan panjang dan mempunyai zip di bahagian hadapan. Dipadankan bersama leggings hitam yang menayangkan keindahan kakinya.
Nurul pula memakai burkini sporty berwarna hitam. Bahagian bajunya kelihatan seperti jaket sukan, manakala seluarnya seakan seluar trek.
Wani pula memakai burkini yang longgar supaya tetap nampak sopan ketika melakukan aktiviti air. Bahagian tudungnya dianjurkan ke luar menutupi bahagian dadanya. Dia cuba menjaga auratnya sebaik mungkin.
Setibanya di jeti, mereka disambut oleh dua orang pemandu bot. Mereka memperkenalkan diri sebagai Shah dan Atan. Shah merupakan lelaki di dalam usia lingkungan 30-an. Mempunyai tubuh yang tegap dan sasa. Atan pula lebih muda sekitar 20-an, memiliki tubuh yang fit walaupun kurus. Kulit mereka berdua sedikit gelap, mungkin kerana sudah lama melakukan kerja-kerja di laut.
“Assalamualaikum. Cik adik ke yang telefon saya semalam? Perkenalkan, nama abang, Shah. Yang ni pulak, Atan, adik saya.
“Waalaikumussalam. Ya, saya lah yang telefon semalam. Eh, nampaknya cuma kita tiga orang je? Orang lain takde ke?” tanya Mira.
“Bot yang lagi satu dah bergerak tadi. Tinggal bot ni je la yang last. Tak apa, tempat yang akan abang bawak tu, memang tarikan pelancong. Nanti kat sana akan jumpa ramai orang la,” jawab Shah.
“Erm.. aku takut sikit la. Kita tiga je perempuan, diorang ni dua lelaki,” bisik Wani kepada kawan-kawannya, kerisauan.
“Aku rasa tak ada ape kot. Sekarang bukan musim cuti sekolah, memang tak ramai orang. Lagipun, macam yang dia cakap la, kat spot snorkelling nanti, mesti ada orang lain,” kata Nurul menenangkan Wani.
“Ya. Lagipun, aku tengok abang tu senyum, macam baik je. Aku rasa its ok la,” tambah Mira.
Lalu mereka bertiga lantas menaiki bot untuk pergi ke spot snorkelling yang terkenal di pulau Langkawi itu.
***
Pemandangan laut yang cantik dan air yang jernih memukau mata Mira, Nurul dan Wani. Mereka menangkap banyak gambar di atas bot serta di dasar laut. Kehadiran pelancong-pelancong lain di kawasan itu membuatkan mereka tidak risau akan keselamatan dirinya.
Setelah hampir dua jam snorkelling dan bermandi manda, mereka bertiga timbul ke permukaan air menghampiri bot yang ditunggu oleh Shah dan Atan. Shah menyambut mereka bertiga sambil tersenyum.
“Macam mana, nampak banyak ikan tak?” tanya Shah.
“Ada la sikit-sikit, tapi tak banyak macam dalam iklan tu,” jawab Mira.
“Biasa la. Sebab bila dah ramai orang, ikan-ikan semua lari. Cik, adik bawak pegi ke tempat lagi satu, nak? Kat situ air lagi tenang. Dulu bila kecik-kecik, adik dan abang Shah selalu menyelam kat area sana,” kata Atan kepada Mira.
“Ha, nak la wei. Jom kita pegi sana,” jawab Nurul spontan.
“Hurm... boleh la kot. Tadi pun tak banyak gambar. Wani ok tak?” tanya Mira.
Wani hanya menganggukkan kepala. Dalam hatinya terdapat sedikit kegusaran. Tetapi melihatkan rakannya yang teruja, dirinya menurut sahaja.
Lalu mereka bertiga naik ke atas bot. Atan menghidupkan enjin, dan Shah memandu bot beredar pergi dari kawasan snorkelling itu.
***
Bot mereka sampai ke sebuah lagun yang tenang. Tempat tersebut amat terpencil. Airnya amat tenang dan hanya memiliki batu besar membentuk kawasan yang terlindung dari angin laut yang kuat. Shah memperlahankan bot mereka, lalu pusing menghadap Mira, Nurul dan Wani. Atan pula berada di belakang. Dia mematikan enjin bot, lalu mengeluarkan pisau Rambo yang tersembunyi di belakang bot itu. Dengan pantas, Atan meraih dan memeluk tubuh Wani dari belakang. Sebelah tangannya erat memegang kedua tangan dan tubuh Wani, manakala sebelah tangannya mengacukan pisau tajam itu tepat ke leher Wani.
“Eeek, ape ni? Lepaskan aku!” teriak Wani. Dia terkejut. Wani cuba meronta, tetapi rontaannya tertahan melihat sebilah pisau tajam di lehernya.
“Woi, apa kau nak buat tu hah? Lepaskan kawan aku!” Nurul berkata tegas.
“Semua diam!! Jangan cuba nak berlagak pandai. Sekarang, semua kena ikut cakap aku. Kalau tak, aku kelar leher perempuan tu, dan campak dalam laut. Ha ha ha,” kata Shah sambil mengacukan sebilah parang pendek pada Nurul dan Mira.
“Encik.. saba encik. Tak elok buat macam ni. Jangan buat apa-apa pada kami,” Mira cuba memujuk mereka.
“Arghh, aku tak kira. Sekarang, semua letak tangan kat atas kepala. Cepat!” kata Shah. Perwatakannya bertukar serta merta, dari seorang yang peramah menjadi seorang yang bengis.
“Wei, sial kau!” Nurul menyumpah sambil meronta, tetapi tubuhnya dipegang oleh Mira.
“Nurul, sabar Nurul. Sekarang bukan masanya melawan. Tengok tu, nyawa Wani dalam tangan mereka,” Mira berbisik kepada Nurul. Dia cuba menenangkan rakannya. Sebenarnya di dalam hatinya turut gementar, tetapi Mira cuba bertenang dan memikirkan cara untuk melepaskan diri.
“Ha, dengar cakap kawan kau tu, kan senang. Lagipun kat tengah-tengah laut ni, mana kau mau lari? Sekarang cepat, letak tangan semua atas kepala. Cepat!” jerit Atan, sambil tetap mengacu pisaunya ke leher Wani. Wani menahan sakit akibat pelukan Atan yang amat erat. Dia mulai menangis.
Shah membuka sebuah kotak lalu mengeluarkan sebungkus zip tie, beberapa gulung duct tape hitam, serta beberapa helai kain. Dia pergi ke arah Mira lalu meraih dan meringkus tangannya ke belakang tubuhnya. Dengan pantas dia mengikat kedua tangannya menggunakan zip tie. Ditarik erat zip tie tersebut agar ikatannya kuat dan kemas. Shah menggunakan dua zip tie untuk memastikan tangan Mira betul-betul tidak dapat bergerak. Ikatan zip tie juga dikenakan pada pergelangan kaki Mira juga.
“Encik.. jangan buat semua ni. Kesiankan kami.. Mmmppphhh....,” Shah menarik selembar duct tape lalu melekatkannya pada mulut Mira. Mira terbungkam tidak dapat bercakap. Mata Mira pula ditutup dengan sehelai kain hitam.
Kemudian Shah beralih ke arah Nurul. Dia meringkus tangan Nurul, tetapi lebih sukar daripada Mira. Nurul cuba mengeraskan tangannya, tetapi dapat dipaksa juga oleh Shah. Shah terpaksa mengikat tangan Nurul menggunakan empat utas zip tie, kerana bertapa lasaknya Nurul. Kaki Nurul pula diikat empat utas zip tie.
“Pelan-pelan la sikit, sakit la sial! Mmmppphhh...” Nurul berkata kurang ajar kepada Shah, namun tidak diendahkannya. Dengan segera mulutnya ditampal plaster duct tape, seperti Mira. Sehelai kain juga diikat menutupi mata Nurul.
Tiba giliran Wani pula. Shah berasa sedikit mudah untuk mengendalikan Wani, kerana perwatakan dirinya yang lebih lemah lembut. Seutas sahaja ikatan zip tie dikenakan pada Wani. Sambil menangis keesakan, mulut Wani terkumat-kamit membaca doa, tetapi Shah segera menampal mulutnya juga menggunakan duct tape. Seperti Mira dan Nurul, mata Wani turut diikat kain.
Ketiga-tiga gadis itu dikumpulkan di ruangan tengah bot. Mereka dibaringkan seperti kedudukan janin, sambil tangan dan kaki mereka terikat. Mulut mereka ditampal plaster, mereka tidak dapat bercakap. Mata mereka semua juga ditutup. Mereka tidak dapat tahu ke arah manakah mereka akan dibawa pergi. Sebuah kain kanvas ditutup menyelimuti tubuh badan mereka semua. Atan menghidupkan enjin bot, lalu Shah memandu bot tersebut ke sebuah destinasi yang tidak diketahui, bersama-sama tiga orang gadis Melayu.
Bersambung...
ns 172.71.222.136da2