Di Kuala Lumpur, aku menyewa sebuah rumah di sebuah flat di tengah kota raya. Ia dekat dengan tempat kerjaku. Dekat dengan bas dan jalan pun tidak terlalu lama. 14987Please respect copyright.PENANAaD62eNw4Zd
Seronok bersendirian cuma bertahan 2 bulan dan aku mula berasa bosan. Seorang diri menyebabkan aku mula mencari teman. Di tingkat 4, banyak rumah yang telah kosong namun ada juga beberapa yang masih ada menyebabkan aku tidak sunyi.
Antara jiranku ada seorang duda. Maklumat itu pun aku dapat hasil ‘membawangku’ dengan seorang aunty India 5 pintu dari rumahku. Aku dapat tahu Kamal namanya. Isterinya telah lama meninggal dunia. Anaknya cuma seorang dan tinggal bersama nenek dan datuknya. Aunty India itu kata tubuhnya tegap dan menyebabkan hatinya terkutik. 14987Please respect copyright.PENANAcBQscuNiYP
Ya, terkutik, itulah bahasa yang dia guna. 14987Please respect copyright.PENANAxhVxC12VOG
Aku tersenyum lucu mendengar aunty India yang tua itu berkata demikian.
ns18.224.59.3da2