
" boleh la mak , lagi pun ila bukan duduk sorang , ila tinggal dengan zati sekali . "
" Berapa kali mak cakap dah ni , mak cakap tak boleh tak boleh ila ."
Aku masih lagi tak berjaya memujuk mak . Sudah 3 hari aku meminta keizinan kepada kedua orang tuaku untuk membenarkan aku berhijrah ke kuala lumpur namun ditolak mentah-mentah oleh mak , berbeza dengan ayahku yang lebih mudah memberikan keizinan .
Aku tidak berputus asa , apa pun yang jadi aku mahu juga merealisasikan impianku untuk bekerja di kota roya itu . Aku mendekatkan diriku dengan mak yang sedang sibuk menggoreng ikan di dapur . aku berdiri di sebelahnya dengan riak wajah yang sedikit masam .
Aku : kenapa mak tak bagi ila kerja kat kl ? - aku bertanya kepada mak .
Mak : kau perempuan ila , umur kau tu baru je 21 . Kalau kau duk jauh dengan mak abah ni , siapa yang nak tengok-tengokkan kau ? Kl tu bukan dekat , apa-apa jadi kat kau susah mak dengan abah nak datang . Ermm .. abang kau tu elok je kerja kat sini , boleh je hidup . Kau jangan mengada-ngada ila . -
275Please respect copyright.PENANAm2QodWyi9O
mak memberikan jawapannya dengan agak panjang lebar . Suaranya sedikit tegas . Dia menjawab tanpa melihat pun wajahku , matanya masih fokus mengalihkan ikan yang sedang digorengnya di kuali .
Aku : kan ila dah cakap , ila duduk dengan zati . Bukannya mak tak kenal zati tu . Lagi pun dia dah lama kerja kat kl tu , mesti dia dah biasa kat sana . Mak tak payah risau , ila boleh jaga diri ila kat sana . - aku masih lagi cuba menyakinkan mak walaupun aku tahu mak masih lagi dengan pendiriannya , namun aku tidak mahu mengalah .
Ikan di kuali sudahpun garing . mak segera mengalihkan ikan itu ke dalam piring dan dia membawa piring itu ke meja makan yang tidak jauh dari dapur . Aku mengekori mak dari belakang seperti anak kucing mengikut ibunya .
Mak sedang menyiapkan menu tengah hari di atas meja . Sekejap lagi abah akan pulang dari tempat kerjanya untuk singgah makan . Sambil mak menyusun pinggan dan piring di atas meja , dia kembali menyambung perbualan tadi .
Mak : sekarang ni mak nak tanya , kenapa kau beria nak kerja kat kl tu ? Kat sini pun banyak kerja . Tu kerja kilang dengan abang kau pun boleh . - mak bertanya kepadaku . Kali ni nadanya tidak setegas tadi .
Aku : gaji kecik la mak . Kerja kat kl zati cakap kalau rajin ot boleh dapat dua ribu lebih . Kilang tempat abang tu berapa je gaji dia .
Mak : sama je ila kalau kau kira-kira balik . Duduk sana kau kena bayar sewa , makan kena sendiri , pergi kerja balik kerja lagi . Hujung-hujung baki gaji kau tu sama je dengan apa yang kau dapat kat sini . Duduk sini kerja je kat sini . Rumah tak payah bayar , makan abah kau bagi , kerja abang kau boleh hantar .. dah , mak tak bagi .. -
Mak menghabiskan bebelannya dengan satu jawapan yang masih lagi tak memuaskan hatiku . Segala perkataan yang keluar dari mulut mak membuatkan telingaku tidak mesra menerimanya . Mak menjawab dengan nada yang bersahaja namun sudah cukup membuatkan wajahku masam mencuka . Namun aku masih lagi mahu mencuba memujuknya
Aku : Tapi mak , ila dah janji dengan zati . Dia cakap manager dia tengah tunggu ila datang interview . Kalau ila tak jadi , ila takut zati kena marah dengan manager dia .. - aku bersuara dengan nada yang sedikit perlahan tapi kedengaran sedikit mendesak .
Mendengar jawab balas dariku , mak segera mengalihkan wajahnya kearah ku . Riak wajahnya yang dari tadi agak tenang tapi kali ni bertukar sedikit marah . Aku menjadi sedikit takut melihat reaksi mak .
Mak : kau pandai-pandai berjanji dengan orang kenapa ni ila !? Kau jangan nak buat keputusan sendiri , kau masih lagi bawah jagaan mak ayah kau tau ! Selagi kau belum kahwin , selagi tu segala apa yang kau nak buat , kau kena tanya dengan mak atau abah kau ! Mak tak peduli , kawan kau zati tu kena marah ke apa ke , mak tetap tak bagi . Kau jangan buat mak marah suhaila ! .
Kali ni mak memarahi aku dengan bersungguh . Setelah tiga hari berturut-turut aku memujuk mak dan mak tak mengizinkan , kali ni mak memarahi aku kerana kedegilanku itu . Air mataku mula mengalir di hadapan mak . Air mata menandakan takut dan kecewa selepas mak memarahiku tadi . Tidak terdaya aku menatap wajahnya yang sedang marah . Dengan air mata di pipi aku berjalan laju menuju ke bilik meninggalkan mak keseorangan di meja makan .
Sampai di bilik ku hempaskan punggungku ke tilam dan mengelap air mata yang makin laju mencurah ke pipi . Aku jarang dimarahi oleh mak dalam seumur hidupku , namun apabila sesekali mak menaikkan suaranya , aku pasti akan menangis .
Air mata yang mengalir itu disulami dengan sedikit esakkan yang dikeluarkan dari mulutku . Seketika , aku akhirnya merasakan impianku untuk berhijrah ke bandar kuala lumpur mulai lenyap dari fikiran . Tiada guna lagi aku mengharap kerana mak masih lagi bertegas untuk tidak mengizinkan aku hidup berdikari di bandar besar itu .
.
.
.
.
.
.
.
Sudah sejam aku bersendirian di dalam bilik tanpa dipedulikan oleh mak . Aku sudah tidak lagi menangis tetapi wajahku masih lagi menujukkan kesedihan dan kekecewaan . Dengan perlahan aku mengambil henfon yang terletak di meja solek lalu aku menghantar whatsapp kepada zati .
"Zati , sory aku tak jadi duduk dengan kau kat kl , mak aku tak bagi . Dah tiga hari aku cuba pujuk tapi mak aku still tak bagi .. sory zati . "
Itulah bait2 ayat yang aku hantar kepada zati dengan harapan zati tidak kecewa denganku . Jika zati kecewa pun itu tidak sama tinggi dengan kekecewaan yang sedang aku alami ini .
Niatku untuk berhijrah ke Kuala lumpur perlahan-lahan aku perlu lupakan . Walaupun aku kecewa dengan keengganan mak yang tidak membenarkan aku hidup berdikari di bandar itu , namun tidak pula aku sampai hati untuk melawan kata-katanya kerana aku bukanlah seorang anak yang seperti itu . Sudahku cuba untuk memujuknya namun mak masih lagi dengan jawapan yang sama .
275Please respect copyright.PENANAzzqBxXna88
Jawapan dari mak dan abah begitu berbeza . Masih lagi aku ingat kali pertama aku meluahkan hasratku kepada abah tiga hari lepas , abah hanya bertanya dua-tiga soalan dan selepas itu abah mengizinkan . Namun pada hujungnya , abah meminta aku meminta izin juga pada mak .
Kini setelah berkali-kali mak tidak mengizinkan , aku sudah malas untuk memujuknya lagi . Aku merasakan lebih elok sahaja aku mendengar kata-katanya . Duduk sajalah di mersing ini dan bekerja sahaja di sekitar sini . Walaupun itu bukan keinginanku namun sebagai anak aku harus mendengar kata-katanya .
Mersing , johor . Ya itulah daerah yang aku tinggal sekarang sejak dari aku kecil . Di satu kampung itu , ayah dan mak membesarkan aku dan abang . Aku hanya mempunyai abang sahaja yang kini berumur 25 tahun dan masih lagi bujang . Dia bekerja di kilang getah di bandar mersing . Abah pula bekerja sebagai kerani am rendah di salah satu jabatan kerajaan , manakala mak tidak bekerja dan menjadi suri rumah sahaja . Kehidupan kami tidaklah kaya dan tidaklah miskin pula , boleh dikatakan kami hidup bersederhana sahaja . Oleh kerana kesederhanaan itulah membuatkanku mahu mengubah nasibku untuk mencuba nasib bekerja di kuala lumpur . Namun kini itu hanyalah impian yang ku fikir sudah menjadi kenangan .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Tok tok tok tok " ..
Aku terdengar pintu bilikku diketuk beberapa kali . Aku terjaga dari tertidur siang setelah berbaring mengenang nasib tadi . Aku segera bangun dari katil lalu membuka pintu dan ku lihat abah berdiri terjegat di hadapan pintu itu .
Dengan tanpa meminta izin , abah memasuki bilikku dan dia duduk di kerusi meja solek . Abah tersenyum melihatku yang masih berdiri di kaki pintu bilik . Dengan wajahku yang sedikit basi , aku cuba memberikan senyuman kepada abah namun aku tahu senyuman itu sedikit kelat . Aku cuba menyembunyikan kekecewaanku daripada diketahui abah .
Abah : ila dah makan ? - abah mulakan perbualan sambil masih lagi duduk di kerusi meja solek itu . Suaranya perlahan dan tenang sahaja .
Aku : belum .. - jawabku ringkas . Aku memandang abah dan melarikan anak mataku ke bantal di atas tilam yang berada di sebelah kerusi yang abah duduk .
Abah : ermm .. kenapa tak makan ? Dah pukul 6 dah ni . Tadi abah balik makan tengah hari , mak cakap ila kat dalam bilik . Lepas tu abah pergi kerja balik . Ni abah dah balik pun ila masih kat dalam bilik lagi .. tak lapar ke ?
Aku sedikit terkejut mendengar kata-kata abah tadi yang mengatakan sekarang dah pukul 6 . Itu bermakna sudah lebih kurang 5 jam aku tertidur . Patutlah perutku sedikit berkeroncong sekarang ..
Aku : tertidur tadi bah . Penat kot kemas rumah tadi . Ingat nak baring-baring kejap je , tiba-tiba terlelap pulak . Ni abah cakap dah pukul 6 baru ila prasan . Patutlah perut tetiba lapar . Hehe .. - aku menjawab pertanyaan sambil cuba berketawa kecil kepada abah .
Abah : hurmm .. dah pergi makan . Dah habis makan nanti , ila kemas-kemas la kain baju , nanti nak duduk kl kan ?
Aku terkejut mendengar ayat abah . Kata-katanya itu membuatkanku pelik dan sedikit hairan . Aku perhatikan abah yang masih lagi duduk di kerusi meja solek itu . Wajahnya masih sama tenang dan bersahaja . Reaksinya itu berlawanan sama sekali dengan reaksiku sekarang . Wajahku sedikit keliru dengan dahiku yang berkerut menandakan aku sedang memproses apa maksud yang abah cuba sampaikan tadi . Aku tidak berkata apa-apa dan abah meneruskan lagi kata-katanya .
Abah : hurmm .. mak cerita kat abah tengah hari tadi . Mak cakap mak marah ila sebab ila desak-desak mak nak kerja kat kl .
Aku : ila tak desak mak bah . Ila pujuk je . Mak marah ila sebab ila cakap ila dah janji dengan zati nak pergi kl sedangkan mak tak izikan pun . - aku menjelaskan situasi yang terjadi di antara aku dengan mak tenga hati tadi . Suaraku perlahan dan tenang sahaja sambil memandang wajah abah . Aku masih lagi berdiri di kaki pintu bilik sejak dari tadi .
Seketika selepas mendengar penjelasan aku , abah kembali bersuara dengan satu pertanyaan :
Abah : urmm .. ni abah nak tanya . Ila betul-betul boleh jaga diri kat sana ?
Pertanyaan itu kembali membuatkan ku sedikit terkejut . Satu soalan yang seakan memberi keizinan kepadaku untuk aku tinggal di kuala lumpur . Pertanyaan abah itu aku menjawab dengan anggukan sahaja sambil aku masih memandang wajahnya .
Abah : janji dengan abah tak buat perangai bukan-bukan kat sana ? Kerja betul-betul dan cari duit betul-betul .. janji ?
Aku mengangguk lagi buat kali kedua . Kali ni anggukan aku lebih bersungguh cuma wajahku tidak menunjukkan sebarang riak senyuman . Abah menyambung kata-katanya selepas itu .
Abah : okay .. ila boleh pergi kl . Abah dah bincang dengan mak tengah hari tadi . Abah dah yakinkan mak kau tu dan mak dah setuju . Tapi ila kena pegang janji ila tadi tau ? - abah habiskan kata-katanya ..
Kata-kata abah itu terus membuatkan wajahku yang sejak dari tengah hari tadi masam berubah menjadi tersenyum panjang sekarang ini . Impian yang aku rasakan telah lenyap tengah hari tadi sudah segar semula di fikiranku . Senyum di wajahku ini tidak dapat ku sembunyikan dari abah , lalu aku mengampirinya dan memeluk erat tubuhnya .. abah membalas pelukan ku . Seketika kami berpeluk dan air mataku jatuh lagi tapi kini air mata menandakan kegembiraan ..
Aku : terima kasih abah . Ila janji ila kerja rajin-rajin dan jaga diri kat sana . - kata aku kepada abah selepas kami melepaskan pelukan . Aku tersenyum memandang abah sambil mengelap pipiku yang basah dengan air mata .
Abah : dah .. pergi makan lepas tu pergi jumpa mak .. - kata abah pula sambil tersenyum juga .
Abah kemudian meninggalkan aku dan beredar dari bilik . Di bilik itu aku seperti mahu menjerit kegembiraan kerana akhirnya aku berjaya mendapat kebenaran dari mak untuk berhijrah ke kuala lumpur . Sudah tentu ianya dengan bantuan dari abah .
Sebelum aku keluar mahu makan dan berjumpa dengan mak , aku segera mencapai henfonku untuk memberitahu zati akan hal ini .
Aku membuka aplikasi whatsapp dan ku lihat zati membalas mesej yang berbaur sedih yang aku hantar tengah hari tadi .
"Oohh takpela ila . Mak kau tak bagi nak buat macam mana . Kau sabar la ok . Mana tahu nanti2 mak kau bagi kan .. " . - whatsapp balas dari zati yang dihantar semasa aku tidur .
Aku tersenyum melihat mesej zati itu . Aku membalasnya semula dengan berita yang gembira pula . Pastinya berita itu membuatkan zati terkejut kerana tak sampai sehari , mak sudah berubah fikirannya .
Setelah aku membalas semula mesej kepada zati , aku segera mencari mak di rumah . Aku lihat mak sedang menonton tv di ruang tamu berseorangan . Aku dapatkan mak dan aku ucapkan terima kasih kepadanya . Aku duduk di sebelah mak dan memegang erat tangannya sambil mengeluarkan pelbagai janji supaya mak tidak lagi risau dengan pemergianku ke kuala lumpur nanti . Mak tekun menendengar janji-janjiku dengan wajah yang tenang . Dan dengan wajah seperti itulah dia memberikan pelbagai pesanan layaknya seorang mak kepada anaknya . Aku mengangguk-angguk setiap pesanan yang dilemparkan oleh mak dengan seikhlas hatiku .
275Please respect copyright.PENANA9YrgP9FSIV
275Please respect copyright.PENANAIDAja4Tzmr