
Pagi ini setelah bersiap-siap memakai baju kerja , aku sudah bersedia untuk memulakan hari pertamaku bekerja sebagai personal assistant di syarikat veritas recovery group (VRG) .
Sedang aku menyolek buat kali terakhir di hadapan cermin , pintu bilikku diketuk dan sudah pastinya ketukan itu datang dari zati .
Aku segera membuka pintu bilikku dan menemui zati . Ini kali pertama aku melihat zati dengan satu cara pandangan yang aneh dan sedikit tidak selesa , namun aku cepat-cepat membuat reaksi berpura-pura senyum kepadanya . Aku tidak mahu zati merasa syak wasangka kepadaku apabila memberikan pandangan pelik terhadapnya , walaupun di dalam hati ini aku tiba-tiba merasa janggal apabila memandang wajahnya . Semuanya berpunca kerana kejadian awal pagi tadi .
Zati bertanyakan sama ada aku sudah bersiap atau belum dan aku membalasnya dengan mengatakan 'sudah' ..
Selepas itu zati mengajakku keluar dari rumah dan bergerak ke tempat kerja . Perjalanan kami ke ofis dengan menaiki grab yang sudah ditempah oleh zati tadi . Sepanjang perjalanan itu , zati seperti biasa akan ramah berbual denganku , dan aku cuba membalas perbualannya seperti selalu juga . Aku mahu membuang ingatan kejadian awal pagi tadi buat seketika kerana pada hari ini aku perlu fokus dengan hari pertamaku bekerja . Aku tidak mahu perihal maksiat zati itu membuatkan fikiranku terganggu .
Perjalanan kami mengambil masa selama 25 minit dan akhirnya kami tiba di perkarangan bangunan ofis yang terletak di cheras .
Setiba di ofis , seperti yang diarahkan oleh azman pada malam semalam , aku perlu masuk ke bilik pejabatnya terlebih dahulu . Di ruang legar ofis itu , aku dan zati berpisah untuk memulakan tugas kerja masing-masing .
"Tok tok tok" .. - aku mengetuk pintu bilik azman dan aku terdengar suaranya yang menyuruh aku masuk ..
Azman : haaaa suhaila , hurm awal awak datang , masuk kerja pukul 9 , ni baru pukul 8.45 .. - kata azman yang sedang duduk di kerusi kerjanya . Dia memandang aku yang sedang terjegat berdiri di hadapan mejanya .
Aku : eeerr hehehe .. - itu sahaja yang aku mampu jawab .
Azman : hurm baguslah kalau awak datang awal macam ni , dan saya harap awak teruskan datang awal ye . Jangan baru2 saja . Hehe .. - kata azman sambil dia memberikan kata peringatan ringan kepadaku ..
Aku hanya mengangguk tanda faham kepada azman .. azman menyuruh aku duduk dan tak lama selepas itu datang pula seorang wanita yang berusia dalam lingkungan lewat 30an .
Azman : sofea , ni saya introduce kat awak staff baru kita . Nama dia suhaila .. dalam seharian ini , saya nak awak ajar dia tentang selok belok menjadi seorang PA . Dia akan menjadi PA kepada boss kita mulai hari ini .. - kata azman kepada sofea dengan nada yang bersahaja namun terserlah ciri-ciri kepimpinan melalui gerak tubuhnya .
Sofea : faham encik azman .. - balas sofea dengan menunjukkan rasa hormatnya .
Sofea memandang aku sambil tersenyum dan kami berdua bersalaman ..
Setelah diberikan sedikit taklimat dari azman , aku dibawa oleh sofea ke dalam bilik mesyuarat . Di dalam bilik itu , aku di ajar oleh sofea tentang pelbagai perkara mengenai tugas-tugas seorang personal assistant . Aku mencatit segala butir-butir penting di dalam buku yang aku bawa dari rumah tadi .
Sofea ialah seorang senior clerk di ofis ini , dan dia juga agak mahir dalam bidang tugas-tugas personal assistant . Jadi disebabkan itu , azman menyuruh dia mengajar aku sehingga pandai .
Sesi training itu berlangsung sehingga waktu makan tengah hari .
.
.
.
.
Pada jam 1 tengah hari , aku dan zati bersua kembali . Kami bersama-sama melangkah menuju ke salah satu cafe yang berada tidak jauh dari bangunan ofis .. kami hanya berdua sahaja ketika ini .
Setelah memesan makanan , aku dan zati berborak . Perbualan yang kami borakkan lebih menjurus kepada hal training aku sepanjang pagi tadi ..
Sedang aku dan zati ralit berborak , kami disapa oleh azman . Dia terus duduk di sebelah zati yang berhadapan denganku .
Azman : sory , saya bosan makan sorang-sorang .. boleh saya join korang ? - kata azman seperti meminta izin . Dia memandang aku dan zati sambil tersenyum .
Aku dan zati saling berpandangan . Zati tersenyum lalu dia mengatakan "sure" kepada azman ..
Jadinya , di meja yang aku sedang duduk ini , telah ditambah oleh azman yang datang secara tiba-tiba tadi . Aku memerhatikan sahaja azman dan zati yang mula rancak berborak sesama mereka sambil aku hanya berdiam .
Di hadapanku ini terjelas kemesraan yang terjalin di antara azman dan zati , namun kemesraan mereka hanyalah sekadar berborak , tidaklah pula sehingga berpegangan tangan seperti yang aku nampak semalam . Tapi apa yang aku pasti sekarang , mungkin hubungan mereka tersangat rapat , kerana zati hanya memanggil nama azman dengan gelaran 'man' sahaja . Kalau di ikutkan , zati perlu memanggil azman itu dengan gelaran encik kerana lelaki itu berjawatan manager , manakala zati hanyalah sebagai debt collector sahaja .
" Ah mesti la dorang couple . Kalau tak takkan la semalam aku nampak dorang pegang-pegang tangan" - getus hatiku sendirian sambil memandang henfon yang menjadi peneman sunyiku ketika ini .
Tak lama selepas itu makanan aku , zati dan azman telah pun sampai . Kami menjamu selera bersama-sama ..
Sambil-sambil makan itu , azman dan zati masih lagi rancak berborak . Kebanyakkan isi topik mereka berkisarkan mengenai kerja . Aku pula masih menjadi pemerhati tidak rasmi kepada mereka sambil mulutku mengunyah nasi putih paprik yang aku pesan tadi .
Sedang aku makan sambil mendengar perbualan di antara zati dan azman , azman terus berkata sesuatu kepadaku -
Azman : haaa suhaila , sebelum saya terlupa , lepas habis lunch ni awak terus masuk ke bilik boss ye . Tadi boss cakap dengan saya dia nak jumpa dengan awak sekejap . - kata azman dengan menyampaikan perkara itu kepadaku .
Aku : ohh , so lepas tu saya kena masuk kat bilik meeting tu balik ke encik azman ? - aku bertanya untuk mendapatkan kepastian .
Azman : hurmm yang tu saya tak sure . Awak jumpa dulu dengan boss lepas tu baru kita tahu macam mana . - balas azman bersahaja sambil dia tersenyum kepadaku . Aku membalas senyuman azman sambil mengangguk tanda faham . Zati pula memandang aku dengan senyuman yang bersahaja .
Azman meneruskan perbualannya denganku lagi .. kali ni dia bertanya mengenai namaku pula -
Azman : hurmm .. awak ada nama ringkas tak suhaila ? Bukan apa , saya nak panggil awak suhaila tu macam panjang sangat , hahaha .. - kata azman dengan di akhiri sedikit gelak tawa kecilnya .
Aku mahu menjawab pertanyaan azman itu tadi , namun belum sempat mulutku bersuara , zati tiba-tiba mencelah .
Zati : awak panggil dia ila je sebab saya panggil dia pun dengan nama tu . - kata zati memandang wajah azman dan kemudiannya dia menjeling ke arahku .
Aku membalas jelingan zati itu sambil memberikan sedikit kerutan dahi tanda tidak berpuas hati kepadanya yang secara tiba-tiba menyampuk perbualan aku dan azman tadi .
Azman melihat gelagat aku yang berada di hadapannya dan secara automatik aku membuat wajah tenang semula .. azman kembali berkata tak lama selepas itu -
Azman : ohhh ila .. tapi kenapa buat muka macam tu . Tak boleh ke saya panggil ila jugak ?
Aku memandang wajah azman dan kemudian memandang wajah zati yang berada di sebelahnya . Zati ketika itu sedang tersenyum sambil membuat memek muka seperti sedang mengejek aku . Begitulah zati yang kadang-kadang suka untuk mengenakan aku .
Aku : bukan tak boleh , cuma selalunya orang yang rapat jer yang panggil saya ila . Kalau orang yang jarang-jarang saya jumpa ni , saya biasa bahasakan diri saya suhaila .. - jelasku kepada azman dengan nada yang tenang .
Azman : oohh .. so tak boleh la saya nak panggil ila ye ? - tanya azman lagi ..
Aku : kalau encik azman tergeliat lidah atau letih nak panggil nama "suhaila" tu , takpe .. boleh je panggil saya ila . Saya ok je . Hehe .. - kataku dengan tenang dan santai .
Azman tergelak kecil mendengar jawapanku , dan kami menyambung berborak sambil menjamu selera . Cuma kali ini aku sudak tidak merasa terpinggir lagi kerana kami berbual bertiga pula , tidak seperti awal tadi . Hasil dari berborak antara aku , zati dan azman , membuatkan aku kini perlahan-lahan hilang rasa seganku terhadap azman . Kami menjamu selera dan berbual sehingga tamat waktu makan tengah hari ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku , zati dan azman kembali ke ofis semula setelah selesai waktu makan tengah hari . Zati seperti biasa meneruskan kerja di ruangan kerjanya , sambil aku ditemani oleh azman menuju ke bilik boss .
Sampai di situ , aku dan azman masuk ke dalam bilik menghadap boss . Aku dan azman duduk bersebelahan yang bertentangan dengan meja boss . Di meja itu aku ternampak satu nama yang terukir di plat kayu - " datuk johan mustafa" .
"Alamak , boss aku ni datuk ke ?" Soal aku di dalam hati . Apabila melihat gelaran 'datuk' itu membuatkan aku menjadi gementar kerana belum pernah seumur hidupku berbual dengan datuk , apatah lagi sekarang ini aku perlu membantu menguruskan kerjanya pula . Itu membuatkan jantungku bergerak dengan laju secara tiba-tiba . Aku perhatikan wajahnya yang sedang membelek fail dihadapan aku dan azman .
" Agak-agak berapa umur datuk ni ek ? Nampak macam tak tua sangat . Ermmm tiga puluh lebih ada la kot .. " bisik hatiku sendirian dengan secara tiba-tiba aku menyibuk meneka umur boss aku itu .
Setelah beberapa ketika datuk johan membelek fail yang dari tadi dipegangnya itu , akhirnya dia menutup fail itu semula .
Dia memandang wajah azman dan aku sambil mengukir sedikit sahaja senyuman .
Datuk johan : sory bizi sikit tadi . - kata datuk johan dengan nada yang tenang tetapi terlihat sedikit keletihan pada wajahnya .
Azman : its ok .. ni haa i introduce , suhaila , your new PA , boss .. - kata azman kepada datuk johan .
Aku memandang datuk johan sambil tersenyum . Satu senyuman yang aku tidak tahu rupanya bagaimana kerana pada ketika itu aku sedang gugup , gementar dan sedikit merasa takut . Entahlah ..
Datuk johan membalas senyuman aku itu dengan senyuman yang ikhlas . Aku mengangguk-angguk kepalaku kepadanya tanda memberi hormat .
Seketika kemudian datuk johan bersuara menyambung lagi perbualan -
DJ : ohh ini suhaila yang awak cakap semalam tu ye man ? -tanya datuk johan kepada azman .
Azman hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan datuk johan itu . Kemudiannya azman dan datuk johan berbual mengenai kerja sambil aku memerhatikan sahaja . Perbualan itu berlangsung lebih kurang 10 minit , dan selepas itu azman meminta diri untuk keluar meninggalkan aku bersama datuk johan berdua sahaja di dalam bilik itu . Sebelum bergerak keluar , sempat azman mengangguk perlahan beberapa kali kepadaku sambil memberikan senyumannya , dan aku membalas perbuatan yang sama kepada azman juga .
Kini aku dan datuk johan berada berdua sahaja di dalam bilik ofis yang agak luas dan mewah itu . Datuk johan memulakan kata-katanya kepadaku -
DJ : so suhaila , saya tak nak interview awak sebab azman sudahpun interview awak semalam kan ? - kata datuk johan dengan nada suaranya yang agak macho persis jamal abdillah .
Aku hanya mengangguk sambil memandang wajah datuk johan yang berada di hadapanku itu .
Datuk johan menyambung lagi -
DJ : hurmm .. macam mana training tadi , ok ?
Aku : ok datuk . - jawabku ringkas , senyuman di wajahku tidak henti aku ukirkan . Fikirku , kalau dua jam kami berborak begini dan aku masih tersenyum , alamatnya krem pipiku nanti ..
Datuk johan memerhatikan aku dengan tenang . Seketika kemudian dia menyambung kata-katanya .
DJ : macam ni suhaila . Ermm lagi senang nak panggil awak apa ye ? - tanya datuk johan lagi .
"Hurmm dia ni sama macam adik dia la pulak , tak nak panggil nama penuh aku" .. bisik hatiku selepas mendengar pertanyaan dari datuk johan itu tadi .
Aku : errr kawan-kawan panggil saya ila je datuk .. - jawabku dengan sedikit tenang namun perasaanku masih lagi gugup apabila menatap wajahnya .
DJ : ohhh ila . Nama saya johan . Hurm .. saya tak nak awak panggil saya datuk sebab semua staff kat ofis saya ni , dorang panggil saya boss sahaja dan saya lebih selesa dengan panggilan macam tu . So u can call me boss okay ? - terang datuk johan dengan sedikit panjang lebar .
Aku : baik boss , saya faham .. -balasku ringkas ..
DJ : macam ni ila . Tujuan saya panggil awak ni sebab saya nak awak belajar dengan cepat pasal selok belok menjadi seorang PA . Saya serahkan jawatan kosong ni kepada azman supaya dia dapat mencarikan seorang PA yang bagus untuk membantu kerja-kerja saya . Semalam azman bercerita pasal awak kepada saya dan memberitahu yang awak tiada pengalaman menjadi seorang PA . tapi dia convincekan saya yang awak ni budak pandai dan boleh belajar dengan cepat . So saya percayakan azman dan saya harap awak boleh buktikan kepada saya yang awak dapat belajar dengan cepat . Boleh ? - kata datuk johan dengan nada yang sedikit tegas namun tidaklah nampak garang di raut wajahnya .
Aku : inshaAllah boleh boss . Saya janji untuk belajar dengan cepat dan takkan kecewakan encik azman dan boss .. - jawabku dengan yakin . Entah dari mana datangnya kelancaran dan keyakinan aku untuk berkata sebegitu pun aku tidak tahu . Mungkin kerana aku betul-betul mahukan jawatan ini , jadinya , dengan secara automatik aku menjawab dengan bersungguh-sungguh .
Datuk johan tersenyum mendengar jawab balas yang agak nampak menyakinkan dariku . Dia menyambung lagi kata-katanya .
DJ : ok saya suka confident macam tu .. hurm . Ila , saya ni perlukan awak cepat untuk bantu uruskan hal kerja saya . Sejak PA lama saya resign , banyak kerja yang saya handle sendiri . So saya dah buat keputusan untuk saya sendiri yang akan mengajar awak tentang selok belok menjadi seorang PA . Saya rasa kalau saya yang direct mengajar awak lagi senang dan cepat untuk awak faham sebab hanya saya yang faham apa yang saya mahukan..... .. hurmm so macam mana ? -
206Please respect copyright.PENANAwpQgaugBkA
terang datuk johan dengan niat memberitahu tujuannya menyuruh aku berjumpa dengannya pada ketika ini .
Aku : faham datuk . Kalau itu yang terbaik , saya ikut saja .. - balasku ringkas . Tak mungkin aku mahu mempersoalkan atau tidak bersetuju dengan keputusannya pula .
Selepas mendengar jawapan balas dariku , datuk johan kelihatan ceria , lantas dia mengambil beberapa fail dan dokumen lalu dia duduk disebelahku untuk memulakan sesi training aku bersamanya .
Di sebelahnya , aku duduk mendengar dan mencatit segala apa yang di ajar oleh datuk johan . Dia mengajarkan aku tentang pengurusan masa dan jadual untuk membantu kerja hariannya , serta tentang bab dokumentasi dan pentadbiran yang perlu juga aku mahir dalam waktu yang cepat .
Setelah lebih kurang sejam datuk johan mengajarku secara teori , dia memberikan pula beberapa fail dan dokumen untuk aku cuba siapkan . Katanya " real situation training" akan membuatkan aku lebih cepat belajar . Aku mengangguk tanda faham .
Aku di arahkan oleh datuk johan untuk membawa beberapa fail dan duduk di satu meja dan kerusi ofis yang lengkap dengan komputer yang disediakan di tepi pintu bilik . kata datuk johan , mulai hari ini , di situlah ruangan kerjaku dan aku boleh menggunakan komputer itu .
Aku pada mulanya agak kekok apabila diberitahu yang aku akan duduk berdua bersamanya di dalam bilik ofis itu . Namun setelah aku berfikir yang ini adalah atas urusan kerja dan di luar bilik ini ada lagi beberapa staff yang membuat kerja di situ , jadinya tidaklah aku berfikir secara negatif .
Datuk johan meminta aku menyiapkan dokumen-dokumen dan fail-fail yang aku bawa dari mejanya tadi . Dia kembali ke mejanya semula dan sempat berpesan kepadaku dengan berkata jika tidak faham boleh sahaja bertanya kepadanya .
Pada ketika ini , aku mulai menyiapkan segala isi-isi dokumen dan fail yang berlapik di atas mejaku . Datuk johan masih mengamalkan menyimpan fail yang berbentuk hard copy dan ada sesetengah darinya berbentuk soft copy .
Dengan fokus yang penuh aku cuba menyiapkan tugasan yang berbentuk "real situation training" ini . Ianya tidaklah sesusah mana bagiku . cuma ada satu dua perkara sahaja yang aku perlu dapatkan pengesahan dari datuk johan , itu pun bukan kerana aku tidak tahu , cuma sedikit keliru sahaja .
Detik berlalu minit demi minit dan jam demi jam , aku masih lagi tekun menyiapkan kerja-kerja yang ditugaskan oleh datuk johan . Sedang aku fokus membuat kerja , henfonku berbunyi menandakan ada mesej dari whatsapp .. aku membuka henfonku lalu melihat zati bertanya aku di mana pada ketika ini .
Masa melihat mesej di henfon , baru aku sedar yang jam sudah menunjukkan pukul 6.05pm . Sudah lima minit waktu bekerja telahpun habis . Aku memandang ke arah datuk johan yang sedang membuat kerja di mejanya yang terletak di hadapan tingkap bilik . Selepas itu aku memandang skrin henfonku semula lalu membalas mesej dari zati itu tadi -
" Aku kat bilik bos ni . Tengah buat kerja . " - aku membalas whatsapp zatti secara ringkas .
Dengan pantas zati membalas semula -
" Uishh pukul berapa dah ni . Cakap je la dah habis kerja . Kau nak balik " .
" Ish tak berani la aku ti . Muka dia dah la tengah serius sekarang ni . Lepas tu hari ni kan 1st day aku . Takkan aku nak nak cakap macam tu kat dia . Takut la aku .. " aku membalas semula mesej zati .
" Hurmm .. so macam mana ni ?" - zati bertanya ..
Setelah membaca mesej zati itu , aku berfikir sejenak , lalu aku membalas lagi mesejnya -
" Takpelah , kau balik dulu la ti . Aku balik naik grab je jap lagi . "
"Betul ni ?" - tanya zati untuk mendapatkan kepastian daripadaku .
"Yer . Takkan aku nak suruh kau tunggu . Aku pun tak tahu bila boleh balik ni .. takpe kau balik dulu . Jangan risau k . " - jawabku dengan yakin .
" Ok la , aku balik dulu tau ila . Apa2 kau call atau wasap aku ok ? - pesan zati kepadaku .
"Ok.. " - jawabku ringkas dan menamatkan mesej antara aku dan zati .
Aku meletakkan henfonku semula di atas meja lalu memandang datuk johan yang sedang serius menaip di komputernya .
" Dia ni tak nak balik ke ? Kalau tak nak balik pun , takkan tak nak suruh aku balik ? Dah habis time kerja kot . " - bebel aku sendirian di dalam hati .
Setelah beberapa saat aku membebel dalam hati , mahu tak mahu aku teruskan kembali kerja yang masih berbaki di hadapanku ini .. aku cuba menyedapkan hatiku dengan berkata , " mungkin macam ni lah kot kerja sebagai PA . Selagi bos tak balik aku tak boleh balik " .. aku beranggapan sedemikian supaya mulai dari saat ini , aku perlu setkan dalam otak yang waktu pulang kerja aku mungkin tak sama dengan zati . Aku kembali meneruskan kerjaku dengan fokus ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Matahari yang menyinari dari tingkap bilik ofis datuk johan mulai menurun tanda waktu maghrib akan tiba . Serentak dari itu cahaya bilik ofis mulai malap kerana sejak dari siang bilik itu tidak dinyalakan lampu . cahaya matahari dari tingkap besar bilik itu sudah mampu menerangi keseluruhan ruang bilik datuk johan .
Datuk johan yang baru sahaja perasan tiba-tiba sahaja cahaya biliknya mulai malap , terus menghentikan kerjanya lalu dengan cepat dia berpaling ke arah tingkap dan ke arah jam yang dipakai ditangannya . Pada ketika itu aku melihat datuk johan sedikit kelam kabut .
Aku segera berpaling mukaku dari memandang datuk johan dan berpura-pura sedang membuat kerja di komputer .
Tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kasut yang menghampiri mejaku . Datuk johan berdiri dihadapanku dengan wajah yang sedikit serius .
DJ : ila . Dah pukul 7.15 ni . Kenapa awak tak balik lagi ? - tanya datuk johan dengan nada yang biasa tetapi bass yang timbul dari tekaknya itu amat lunak aku dengari .
Aku : err .. saya tunggu boss suruh saya balik . - jawabku dengan jawapan sebegitu kerana aku tiada jawapan yang tepat yang boleh aku beri kepadanya .
Datuk johan menepuk dahinya sedikit apabila mendengar jawapan dariku tadi . Dia kemudian membalas -
DJ : laaa .. awak tahu kan time balik pukul berapa ? - tanya datuk johan kepadaku ?
Aku mengangguk-angguk membalas pertanyaan datuk johan itu .
DJ : hurmm .. ila . Saya ni kalau tengah buat kerja memang fokus dan saya tak perasan keadaan sekeliling . Jadinya , kalau dah sampai time awak balik kerja , awak bagi tahu sahaja kepada saya dan selepas itu awak baliklah . Kecuali , kalau saya masih perlukan bantuan dari awak , saya akan mintak awak stayback . Tapi yang itu saya akan kira awak sebagai OT . Faham ? - datuk johan memberikan penjelasannya kepadaku .
Aku : faham boss .. - jawabku ringkas ..
DJ : dah jom balik .. ermm kejap . Ni awak balik ni naik apa ? - tanya datuk johan .
Aku : errr naik grab boss .. jawabku dengan ringkas lagi .
DJ : hurm . Takpelah jom saya hantarkan awak balik . - datuk johan menawarkan untuk menghantar aku pulang .
Aku : eh takpe boss , saya balik naik grab je .. hehe .. - balasku dengan senyuman yang sedikit segan .
DJ : takpe .. jom saya hantar awak balik .. - datuk johan tetap dengan keputusannya mahu menghantar aku pulang juga .
Oleh kerana aku melihat kesungguhan datuk johan itu , aku bersetuju dengan pelawaannya , lantas aku menganggukkan kepala tanda bersetuju .
Selepas itu aku dan datuk johan bersiap-siap untuk keluar dari bilik . Ketika melangkah keluar , aku perhatikan sudah tiada lagi staf yang berada di dalam ofis ini . Aku dan datuk johan menaiki lif dan terus menuju ke kawasan parking kereta .
Aku di bawa masuk ke dalam kereta datuk johan - sebuah kereta mewah toyota land cruiser , Sesuai dengan jawatan dan gelarannya sebagai seorang boss dan datuk .
Datuk johan bertanyakan alamat rumahku dan aku memberikan info itu kepadanya di dalam kereta . Setelah menetapkan alamat aku di dalam waze , datuk johan memandu keretanya bersama aku yang sebagai penumpang yang berada di sebelahnya .
Ketika datuk johan baru sahaja memandu , aku bermonolog sendirian di dalam hati -
" Selalunya kat tv datuk-datuk ni ada driver . Tapi dia ni takde pulak . Hurmm .. dia ni jenis low profile kot .. ermmmmm tak pun jenis kedekut pun boleh jadi jugak ." - aku sedang cuba bersangka-sangka sesuatu terhadap datuk johan , dan aku perasan sangkaan aku ni sedikit buruk kepadanya .
"Ish kau ni ila , dengan bos sendiri pun nak bersangka buruk" . - aku dengan cepat menepis sangkaan aku sendiri selepas itu .
Di dalam kereta , aku dan datuk johan tidak banyak berbual . Pada masa ini baru aku perasan yang bos aku ni bukanlah jenis yang banyak cakap sangat . Di dalam kereta , dia hanya bertanyakan hal-hal yang penting sahaja kepadaku , dan hal itu bukanlah berbentuk peribadi , ianya lebih kepada pertanyaan kerja .
Sedang aku duduk diam di dalam kereta sambil dipandu oleh datuk johan disebelah , dengan tiba-tiba datuk johan bertanyakan sesuatu kepadaku -
DJ : ila , awak lapar ?
Aku terpinga-pinga mendengar pertanyaan dari bos aku itu . Tidak tahu bagaimana aku mahu menjawabnya .
Aku : eerr . Kenapa boss ? - aku tidak menjawab soalan datuk johan itu tadi , malah aku bertanya semula kepadanya .
DJ : saya lapar . Saya rasa nak pergi makan . Jom ? - datuk johan mempelawa aku untuk makan malam bersamanya .
Aku berfikir seketika selepas mendengar pelawaan dari datuk johan itu tadi . Aku takut untuk menerima ajakan tersebut kerana aku khuatir kalau-kalau isterinya akan dapat tahu nanti aku keluar makan malam dengannya . Aku tak mahu menjadi perosak rumah tangga orang .
"Tapi dia dah kahwin ke ? . Ish takkan tak kahwin lagi kot . Muka dah macam hujung-hujung 30 tu mestilah dah kahwin . Lagi pun muka dia not bad , nice looking jugak , so mestilah dah kahwin kan ." - fikir aku sendirian dengan masih belum lagi memilih sama ada mahu menerima pelawaan datuk johan itu tadi atau tidak .
DJ : ila . Nak ke tak ? - tiba-tiba suara bass datuk johan kembali menerjah telingaku .
Aku : hah boss . Ok-ok . Kat mana nak makan ? - aku dengan spontan memberikan persetujuan tanpa berfikir . Mungkin kerana terkejut mendengar suara datuk johan tadi membuatkan aku menjawab secara membabi buta seperti itu .
DJ : area rumah awak tu ada 1 cafe yang kadang-kadang bila saya lalu saya akan berhenti makan kat situ . So kita makan kat situ je , lagi pun dekat je dengan rumah awak kan .. lepas makan-makan saya hantar awak balik terus . - datuk johan memberikan cadangannya kepadaku .
Disebabkan aku sudahpun menerima pelawaan darinya secara tidak ikhlas itu tadi , aku mengangguk sahaja tanda setuju .cuma aku bernasib baik kerana katanya , tempat makan yang bakal aku dan datuk johan pergi ini terletak berhampiran sahaja dengan kawasan rumahku .
Datuk johan tersenyum kecil apabila melihat aku mengangguk setuju . Dia meneruskan kembali pemanduannya , tapi kali ini destinasi itu berubah ke cafe yang datuk johan nyatakan tadi .
Setelah dalam beberapa minit memandu , aku dan datuk johan sudah sampai ke cafe yang dikatakan berdekatan dengan kawasan rumahku itu tadi . Oleh kerana aku baru sahaja dua hari duduk di KL ini , maka aku tidak pasti cafe yang baru sahaja aku melangkah masuk ini betul-betul berdekatan dengan rumahku atau tidak . Aku hanya percaya bulat-bulat sahaja kepada ayat bosku itu tadi .
.
.
.
.
.
.
Sampai di dalam , aku dan datuk johan mengambil tempat duduk dan memesan makanan .Setelah itu , 1aaku dan datuk johan berbual kosong buat seketika . Selepas dari itu , datuk johan lebih banyak melihat skrin henfonnya . Aku melihat dia membalas mesej , kemudian kadang-kadang ada panggilan yang masuk dan dia menjawabnya . Perbualan itu aku dengari lebih kepada bentuk bisnes .
"Oohhh macam ni ek jadi boss , jadi orang kaya , jadi datuk . Bizi je memanjang ." - gomelku sendirian di dalam hati . Aku mengambil henfonku lalu aku ingin menghantar whatsapp kepada zati .
" Hurm , tak payahla . Kang kalau aku bagi tahu aku tengah makan dengan boss , confirmlah kantoi buta-buta jer ." - bisikku di dalam hati . Niatku untuk mesej zati dengan tujuan ingin memberitahu keberadaanku ketika ini , dengan cepat aku patahkan . Bukanlah aku mahu menyorok apa-apa dari sahabatku itu , namun aku tak nak dianggap perempuan gatal yang mudah sahaja menerima pelawaan makan malam dari seorang lelaki yang baru dikenali .
Aku membatalkan sahaja niatku untuk mesej zati , dan secara kebetulan selepas itu , makanan yang dipesan oleh aku dan datuk johan telahpun tiba di atas meja .
Dengan penuh berselera , aku dan datuk johan yang berada di hadapanku mula melakukan santapan . Masing-masing pada ketika itu sedang fokus menikmati hidangan di dalam pinggan . Aku lihat datuk johan makan dengan tertib . Dari gaya makannya sahaja , aku sudah nampak yang datuk johan ini mempunyai karismanya yang tersendiri . Pada hari pertama sahaja , aku sudahpun sedikit kagum terhadapnya .
Setelah lebih kurang 20 minit menikmati hidangan , aku dan datuk johan akhirnya selesai menghabiskan kesemua menu yang kami oder itu tadi .
Sambil menghadam perut , datuk johan mengajak aku berborak . Aku membalas boraknya dengan hormat . Datuk johan banyak bercerita mengenai syarikatnya kepada aku dan aku mendengarnya dengan tekun . Hasil dari apa yang diborakkan oleh datuk johan itu , sedikit sebanyak aku dapat juga mengetahui latar belakang syarikatnya itu . Dia juga bercerita tentang hubungannya dengan azman yang mempunyai persaudaraan adik beradik itu . Aku berpura-pura terkejut apabila datuk johan memberitahu yang azman itu adalah adik kandungnya , sedangkan petang semalam zati sudahpun memberitahu kepadaku terlebih dahulu .
Lama kelamaan borak kami yang dari tadi berkisarkan hal kerja dan bisnes , kini menyinggah ke topik peribadi pula . Datuk johan bertanyakan mengenai latar belakang aku dan keluargaku . Aku menceritakan latar belakangku dan sedikit mengenai latar keluargaku . Datuk johan mendengar dengan penuh minat .
Setelah aku bercerita mengenai latar belakangku , datuk johan pula bercerita mengenai latar belakangnya tanpa aku perlu bertanya .dari ceritanya aku dapat tahu perihal peribadinya dan keluarganya juga . Cuma dia tidak bercerita tentang statusnya sama ada masih bujang atau tidak . Dari situ aku faham yang hal itu mungkin terlalu peribadi untuk dirinya bercerita kepadaku .
Setelah mendengar sedikit cerita peribadi datuk johan , kami berbual kosong pula . Bermacam topik yang kami bualkan , dan aku lebih banyak mendengar dari berkata . Setiap butir bualan yang datuk johan sampaikan , aku mendengar dengan tekun dan ikhlas .
" Hurmm banyak cakap pulak dia ni . Tadi kat dalam kereta nampak macam orang yang tak banyak mulut . Ermm .. misteri jugak orangnya boss aku ni . Susah nak predict . " - kataku dalam hati sambil telingaku masih fokus mendengar bualan dari datuk johan yang berada di hadapanku pada ketika ini .
Borak punya borak , aku dan datuk johan tidak perasan sudah lebih dua jam kami berada di dalam cafe . Dek kerana aku mulai selesa berborak dengannya membuatkan aku terleka jam sekarang sudahpun menghampiri pukul 10 malam .
Datuk johan juga baru perasan akan hal itu . Dia meminta maaf kepadaku . Janjinya untuk menghantar aku pulang sejurus sahaja selepas makan tidak dia tepati . Namun bagiku itu bukanlah satu hal yang besar kerana ada hikmah juga aku dan datuk johan berborak lama sebegini . Sekurang-kurangnya aku sudah tidak lagi merasa gementar dan terlalu segan menghadap dirinya . Cuma perasaan hormat aku sebagai pekerja kepada boss masih lagi aku pegang erat .
.
.
Tak lama selepas itu , datuk johan membayar bil makanan dan menghantar aku pulang . Benar kata datuk johan , cafe yang kami berdua kunjungi tadi terletak tidak jauh dari kawasan rumahku , hanya 5 minit sahaja jarak masanya .
Setelah sampai di kawasan rumah , aku meminta diri untuk keluar dari kereta . Sempat juga aku berterima kasih kepada datuk johan kerana sudi membelanja aku makan dan membawa aku pulang . Datuk johan juga berterima kasih kepadaku kerana sudi menerima pelawaannya . Setelah kami berbalas kata-kata terima kasih dan membalas senyuman , aku keluar dari kereta dan pulang menuju ke rumah . Kereta datuk johan juga mula beredar dari kawasan rumahku .
Aku melangkah masuk ke dalam blok apartment dan menaiki lif . Mulutku tidak henti dari tersenyum mengenangkan saat-saat makan malam dan sesi borak aku bersama datuk johan . Dalam seumur hidupku , ini kali pertama aku makan malam dan berborak panjang secara berdua dengan seorang lelaki di kedai makan . Ya , itulah aku - gadis kampung yang agak "kekampungan" dan naif .
ns216.73.216.146da2