
Perhatian : kisah ini ditulis dan dikembangkan jalan ceritanya dengan perlahan-lahan . Ini bukan cerita erotik yang kejap-kejap main kejap-kejap main .. ada perkembangan watak dan jalan cerita yang disusun secara panjang . Berkemungkinan kisah ini tidak sesuai kepada insan yang mahu klimaks awal . Selamat membaca ..
.
.
.
.
Pejam celik pejam celik , kini sudah dua minggu aku bekerja sebagai PA kepada datuk johan . Dalam masa dua minggu itu , aku sudah hampir mahir tentang selok belok menjadi seorang PA kepada bosku itu .
Kepantasan aku belajar dengan cepat membuatkan datuk johan memuji diriku dan dia juga mengatakan berpuas hati dengan hasil tugasku yang dikiranya cemerlang . Aku lega dan sedikit berbangga dengan pujian yang dilemparkan dari datuk johan itu . Namun pujian itu tidaklah membuatkan aku leka , aku masih lagi mahu menajamkan kemahiran untuk menjadi seorang PA yang lebih cemerlang .
Minggu lepas datuk johan membincangkan aku perihal gaji yang bakal aku nikmati . Kata datuk johan , disebabkan aku adalah staf baru yang tiada pengalaman , aku diberikan tempoh percubaan selama 3 bulan dengan gaji pokok rm2700 , tidak termasuk elaun-elaun . Jika aku diperlukan untuk stayback atau travel , ada lagi imbuhan tambahan yang aku akan nikmati . Apabila dikira-dikira gaji pokok dan elaun-elaun yang aku dapat dalam tempoh percubaan itu , gaji bersihku boleh mencecah rm5500 . Satu angka yang teramat besar untukku .
448Please respect copyright.PENANAXHVIG8aD2O
Tambah datuk johan lagi , jika aku berjaya dalam tempoh percubaan ini , gaji pokokku akan dinaikkan menjadi rm3600 . Aku juga masih lagi akan tetap mendapat elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan seperti ketika dalam tempoh percubaanku sekarang ini . Jadi apabila dikira-kira , gaji bersihku yang bakal aku nikmati jika berjaya dalam tempoh percubaan ini , adalah sebanyak rm 6400 - itu tidak termasuk lagi jika ada imbuhan travel dan imbuhan stayback ..
Maka benarlah kata zati tempoh hari bahawa kerja sebagai PA di syarikat ini memberikan gaji bulanan yang lumayan dan kerjanya tidaklah serumit mana . Oleh disebabkan itu , aku sangat bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam tempoh percubaanku ini . Segala kerja yang disuruh oleh datuk johan , aku akan cuba siapkan dalam jangka masa dateline yang diberikan olehnya .
.
.
.
.
.
Itu adalah cerita minggu lepas . Saat ini aku sedang duduk berhadapan dengan datuk johan di cafe yang sama kami berdua makan malam buat kali pertama tempoh hari .
Ini sudah masuk kali keempat aku dan datuk johan bermakan malam di situ dalam masa dua minggu . Makin lama aku merasa makin selesa berbual dengannya , tidak seperti kali pertama .
Setiap hari apabila aku bekerja rapat dengan datuk johan , aku makin mengenali hati budinya . Walaupun dia seorang yang berpangkat besar dan mempunyai gelaran datuk , namun dia juga seorang manusia yang mempunyai sifat rendah diri yang menebal . Tetapi apabila menyentuh soal kerja , datuk johan adalah seorang bos yang sangat fokus dan serius dalam pekerjaannya . Namun begitu dia bukanlah seorang boss yang garang dan suka memarahi para pekerjanya pula , cukup sahaja dengan gaya tegasnya sudah membuatkan aku dan para pekerja yang lain merasa hormat kepadanya .
Ciri-ciri seperti itu membuatkan aku semakin lama semakin kagum terhadap bosku itu .
.
.
.
.
.
Sekarang ini setelah jam menunjukkan pukul 9.30 malam , aku dan datuk johan bergerak pulang ke rumah masing-masing .
Seperti sudah menjadi kebiasaan , datuk johan akan menghantar aku pulang ke apartmentku selepas makan malam kami berdua . Setelah masing-masing mengucapkan terima kasih , aku bergerak pulang masuk ke dalam blok apartment .
Ini kali keempat aku dihantar pulang oleh datuk johan . Dan kali keempat ini , aku masih tersenyum keseorangan di dalam lif ketika mengenangkan sesi makan malam aku dengan bosku itu .
" Kau jatuh cinta dengan dia ke ila ?" - tanyaku sendirian di dalam hati sambil berdiri di dalam lif .
" Hurmm merepak la ila . Takkan kau jatuh cinta dengan boss kau tu ? Mengarut je . Entah-entah orang tu dah kahwin . " - aku berkata sendiri lagi di dalam hati .
" Tapi .. kalau kau tak jatuh cinta dengan dia , kenapa kau senyum-senyum sendiri setiap kali dia hantar kau balik ? .. hurmmm .. aaahhhh malas la fikir " - aku mengakhiri dialog antara aku dan diriku sendiri . Aku malas nak berfikir panjang soal kenapa aku tersenyum setiap kali dihantar pulang oleh datuk johan . Aku membuat keputusan biarlah senyuman itu sekadar senyum tanpa perlu aku kaitkan dengan apa-apa perasaan .
"Ting" - loceng lif berbunyi menandakan aras rumahku telahpun sampai . Aku bergerak keluar daril lif dan berjalan menuju ke pagar rumah .
Aku mengambil kunci rumah di dalam beg tanganku. Sempat juga aku perhatikan waktu yang terpapar di jam tanganku ini - 9.40PM .
Setelah mendapatkan kunci dari beg , aku mula membuka pagar dan sebaik aku membukanya , pintu rumahku dibuka dari dalam dan satu kelibat yang aku kenal sedang terjegat memandang aku dengan wajah yang terkejut . Dan sudah tentu aku juga terkejut memandangnya .
Aku : encik azman !!?? - aku memanggil nama itu . Ya kelibat itu adalah azman , manager tempat aku bekerja . Dengan muka yang sedikit pucat dan senyuman yang kelat , azman memakai kasut kulitnya yang terletak di rak , lalu dia berjalan sebelah aku dan beredar pergi .
Di kaki pintu di dalam rumah pula , aku perhatikan zati yang juga sedang terkejut memandang wajahku . Aku melihat zati hanya berpakaian singlet dan seluar pendek ketat paras peha .
Aku memandang zati dari atas dan bawah tubuh badannya . Dadaku berasa berombak dengan laju , wajahku terkejut bercampur marah .
Aku : zati !!?? - aku memanggil nama sahabatku dengan terketar-ketar ..
Zati tidak menyaut panggilanku , wajahnya masih lagi terkejut , tetapi dia sudah tidak berani menatap wajahku . Ditunduk wajahnya memandang ke arah lantai .
Selepas beberapa saat , aku melangkah masuk ke dalam rumah dan pergi meninggalkan zati yang masih lagi berdiri terjegat di kaki pintu .
Langkahan aku bergerak dengan laju , aku mahu segera masuk ke dalam bilik kerana aku sedang merasa marah kepada zati . Namun langkahan aku terhenti apabila zati memanggil namaku .
Aku berdiri di tepi ruang tamu dan berpaling ke arah zati semula . Aku berikan satu pandangan tajam kepadanya . Zati dengan cepat menutup pintu rumah dan menghampiriku .
Zati : ila . Dengar dulu aku explain .. - zati memulakan bicaranya dengan nada yang perlahan . Ada riak wajah gusar yang terbit dari mukanya .
Aku : explain apa lagi zati ?!! Azman ada dalam rumah , kau dengan pakaian macam ni . Kau nak explain apa dengan aku ?!! - soalku dengan nada yang marah tapi tidaklah dengan volume yang tinggi kerana aku tidak mahu jiran-jiran mendengar pertelingkahan kami .
Zati : ila . Dengar aku explain dulu .. - zati cuba memberikan pejelasannya kepadaku , namun aku tidak mahu mendengarnya dan terus memotong kata-katanya ..
Aku : tak payah la zati , kau janganlah nak bodohkan aku pulak .. Untuk pengetahuan kau , dua minggu lepas , malam sehari sebelum aku start kerja , aku terbangun dari tidur untuk ke tandas !! Aku lalu bilik kau dan aku terdengar suara kau dengan seorang lelaki . Suara apa tu zati ?!!! Suara kau buat maksiat kan ?!!!
Masa tu aku pergi ke arah pintu rumah dan aku tengok ada kasut laki kat rak luar tu . Masa tu aku dah tahu zati yang kau sedang bermaksiat di dalam rumah ni !! Aku nak halang tapi aku tak mampu . Akhirnya aku membuat keputusan untuk melupakan sahaja hal tu dan berpura-pura buat takde ape-ape depan kau . Masa tu aku berharap kau berubah . Mati-mati aku ingat harapan aku tu jadi kenyataan , sebab lepas hal kejadian dua minggu tu aku dah tak nampak lagi kasut laki kat rak luar rumah tu .
Tapi malam ni aku terjumpa lagi kasut tu buat kali kedua , dan akhirnya aku tahu dah siapa lelaki yang bermaksiat dengan kau tempoh hari . Kau tak payah nak explain apa-apa lagi zati !!! ---
Aku menyudahkan kata-kata amarahku kepada zati dan aku bongkarkan rahsia yang cuba dia sorokkan kepadaku selama ini . Dengan titisan air mata , aku masuk ke dalam bilik meninggalkan zati . Zati pula ? Dia masih lagi berdiri di tempat yang sama sambil menangis teresak-esak ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi ini aku sampai awal di tempat kerja . Pukul 8.15 pagi aku sudah berada di dalam bilik ofis datuk johan . Aku bergerak dari rumah ke ofis berseorangan tanpa zati kerana disebabkan aku masih lagi marah kepadanya .
Sekarang ini aku sedang menaip notis berhenti kerja kepada datuk johan . Aku telahpun berfikir panjang malam tadi , dan aku merasakan ini adalah langkah yang terbaik . Dek kerana perasaan marah yang membuak-buak , aku sudah tidak boleh lagi memandang wajah zati . Aku tak dapat menerima sikapnya itu . Jadi lebih baik sahaja aku pergi meninggalkan dia . Aku lebih rela meninggalkan pekerjaan yang aku sayangi ini dan pulang semula ke kampung , daripada melihat wajah zati yang akan membuatku memandangnya dengan perasaan marah dalam tempoh yang sangat lama .
Setelah selesai menaip , aku print notis itu dengan menggunakan mesin printer yang terletak di luar bilik datuk johan .
Aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 8.45am . Selalunya datuk johan akan tiba pada pukul 8.50 atau 8.55am . Aku memegang kertas notis peletakkan jawatanku sambil duduk di kerusi kerjaku . Aku menunggu ketibaan datuk johan dengan sabar .
Setelah beberapa minit , aku terdengar pintu bilik dibuka , dan ya , datuk johan baru sahaja sampai pada pukul 8.55am . Seperti biasa , aku akan menyambut datuk johan dengan berdiri dan memberikan salam kepadanya .
Datuk johan terus menuju ke mejanya .. aku memerhatikan gerak geri datuk johan . Seperti kebiasaan , pada awal-awal dia duduk di kerusinya itu , datuk johan akan membuka komputer dan menunggu air kopinya sampai ke meja .
Setelah beberapa minit , air kopi datuk johan telahpun sampai ke mejanya . Dia mula menghirup air itu perlahan-lahan . Dari reaksinya , aku melihat mood datuk johan dalam keadaan baik seperti biasa .
" Hurm .. aku rasa sekarang time yang sesuai " . - aku bermonolog dalam hati setelah melihat situasi datuk johan itu amat tepat untuk aku ganggu masanya sekejap ..
Dengan langkah yang teratur dan kertas notis yang aku pegang di tangan , aku berdiri di hadapan datuk johan yang sedang bermain henfon .
Aku : boss .. - aku memanggil datuk johan . Aku memberikan sedikit senyuman selepas itu .
Datuk johan terperasan aku memanggilnya . Dengan segera , dia meletakkan henfonnya di atas meja .
DJ : haaa ila . Ada apa ni ? - tanya datuk johan dengan nada yang tenang .
Aku terus meletakkan kertas notis yang telah aku lipatkan ini di atas meja datuk johan . Aku memandangnya dan memberikan senyuman yang kelat . Pandangan aku sekejap sahaja , lalu aku melarikan anak mataku ke arah pemandangan di luar tingkap yang berada di hadapanku ini . Datuk johan memandang wajahku dengan sedikit pelik . Aku perhatikan dia memandang lipatan kertas yang sedang terletak di atas mejanya . Dia bertanya kepadaku tanpa memegang dan membuka kertas itu .
DJ : nak berhenti kerja ke ? - datuk johan memulakan kata-katanya dengan meneka , dan tekaannya itu tepat sekali .
Aku sedikit terkejut mendengar tekaan datuk johan itu . Tanpa sentuh dan tengok , dia sudah tahu apa isi kandungan kertas itu . Namun apabila difikirkan juga , apa lagi niat seseorang pekerja apabila datang dengan wajah yang aneh dan membawa sehelai kertas di hadapan bosnya itu ? Sudah tentulah pekerja itu mahu meletakkan jawatannya .
Aku mengangguk tanda mengiyakan tekaan datuk johan itu tadi . Kali ini aku memandang wajahnya , tapi dengan pandangan yang kosong . Datuk johan juga memandang wajahku ,namun aku lihat wajahnya masih lagi dalam keadaan yang tenang .
DJ : sebab ? - tanya datuk johan lagi . Pertanyaannya itu tersangat ringkas .
Aku : ada hal family di kampung boss .. - aku memberikan jawapan yang bohong kepadanya .
"Lantaklah bohong pun , yang penting aku dapat berhenti kerja" .- aku berkata sendirian di dalam hati .
Datuk johan hanya mengangguk-angguk setelah mendengar alasanku itu tadi . Tak lama selepas itu , dia kembali bertanya lagi .
DJ : hurmm okay .. tapi memang sebab family ? Bukan sebab lain ?
Aku : bukan boss . Memang sebab family . - aku masih lagi berbohong .
DJ : sure ? Tak baik tau menipu . Saya tak pernah menipu awak lagi ni . - tanya datuk johan lagi dengan nada dan wajah yang sangat tenang . Dia mahu kepastian daripadaku . Pada saat ini , aku merasa sedikit pelik .
" Kenapa pulak dia ni ? .. dia tahu ke aku bohong ? Atau dia tahu ke sebab sebenar aku nak berhenti kerja ni ? Kalau betul dia tahu , macam mana dia tahu , siapa yang bagi tahu ? Takkan azman kot ? Takkan azman berani nak bagi tahu kat dia kot . ? - aku bermonolog sendirian lagi . Segala persoalan yang disebabkan kepelikan yang aku rasakan tadi bertubi-tubi masuk ke dalam fikiranku dengan sangat laju , namun aku tidak menemui jawapannya . Aku segera menjawab pertanyaan datuk johan itu tadi -
Aku : sure boss . Memang sebab family .. - aku masih lagi berbohong . Fikirku , apa nak jadi pun jadilah , aku takkan sesekali bercerita hal yang sebenar kenapa aku mahu berhenti .Ini semua kerana azman , aku tidak mahu memberitahu hal aku bergaduh dengan zati adalah punca aku berhenti kerja . Dan sudah tentu nama azman akan terpalit sekali . Aku tak nak babitkan nama azman dalam hal aku berhenti kerja ini . aku berharap juga , datuk johan tidak mengetahui akan hal ini walaupun aku sudah merasa pelik dengan pertanyaan darinya sejak dari tadi .
Datuk johan kembali bertanya lagi -
DJ : betul sebab family ? Bukan sebab lain ? Contoh disebabkan azman , ataupun disebabkan kawan awak zati ? - datuk johan memberikan contoh sebab yang lain kepadaku .
Mendengar kata-kata datuk johan itu membuatkan aku menjadi terkejut . Aku memandangnya dengan wajah yang sedikit aneh dan curiga . Aku berfikir , dari mana dia tahu ? Setelah beberapa detik , aku yakin azman yang menceritakan kepadanya semalam . Kalau bukan dia , takkan zati ? Itu jauh sekali !
Aku tidak membalas pertanyaan dari datuk johan itu tadi . Lidahku kelu . Aku hanya memandang wajahnya dengan perasaan yang sedikit keliru .
Datuk johan pula masih lagi memberikan ketenangan yang terpancar di wajahnya . Dia menyuruh aku duduk di hadapannya . Setelah duduk , aku ditanya lagi . Kali ni dengan satu pertanyaan yang aku pasti bahawa dia sudah tahu segala-galanya mengenai peristiwa semalam .
DJ : kenapa awak tak nak dengar explain dari zati semalam ? - tanya datuk johan ringkas ..
Aku : buat apa nak tanya . Dah terang lagi bersuluh , dorang buat maksiat . - aku memberanikan diri berkata sebegitu kepada datuk johan , cuma aku tidak memandang wajahnya . Mataku melihat karpet di lantai . Fikiranku kembali terbayang akan persitiwa semalam .
DJ : mana awak tahu dorang buat maksiat ? Awak ada bukti ? - soal datuk johan lagi . Soalan itu seakan menguji kesabaranku . Namun aku perlu menjawab dengan rasioanal pada ketika ini .
Aku : takde .. - jawabku ringkas sambil memandang wajah datuk johan . Jika tadi muka ku kosong tanpa makna , tapi kali ni aku mempamerkan wajah yang masam kepada boss aku itu .
DJ : sebab tu awak kena dengar explaination dari zati semalam , sebab awak pun takde bukti kan ? .. ermmm .. takpe , dengar apa yang saya nak explain ni .
Datuk johan mula memberikan penjelasan kepadaku berkaitan peristiwa semalam . Mahu tidak mahu aku mendengarnya juga . Pada mulanya aku mendengar seperti endah tak endah sahaja . Namun makin lama penjelasan dari datuk johan makin mendalam , dia kemudiannya menyakinkan aku dengan menunjukkan beberapa keping gambar dari galeri henfonnya .
Pada pertengahan cerita datuk johan , aku mulai keliru , namun pada akhirnya aku memahami keseluruhan konteks penjelasannya kepadaku .
Setelah mendengar segala penjelasan dari datuk johan , aku yang merasa marah kepada zati sejak dari semalam terus berubah menjadi merasa bersalah terhadapnya pula ..
DJ : begitulah ceritanya ila . Saya tak tipu awak , dorang memang dah berkawhin . Saya dah tunjuk bukti gambar sijil nikah dorang tadi kan ? - datuk johan meneruskan lagi kata-katanya .
Aku hanya mengangguk tanda faham dan mengiayakan kata-kata datuk hisham itu tadi . Aku kini mulai dibelenggu rasa bersalah . Namun tak lama selepas itu aku bertanyakan sesuatu kepada datuk Johan -
Aku : tapi kenapa dorang tak duduk serumah je selama ini ?
Datuk johan tersenyum memandangku , dia kemudian menjawab .
DJ : diorang memang duduk bersama selama ini . Rumah yang awak duduk tu , rumah zati dan azman lah . Ermm .. selama ni dorang duduk serumah sampailah satu hari tu zati berbincang dengan azman yang dia nak bawak awak datang ke kl bekerja sekali dengannya .
Kata zati kalau awak datang KL , dia nak awak duduk dengan dia sebab dia risau jika ada perkara buruk berlaku kalau awak duduk kat tempat lain . Tapi dalam masa yang sama , dia tak mahu awak tahu yang dia sudah berkahwin . Alasan zati ialah dia belum bersedia untuk bagitahu awak .
So dipendekakan cerita , selepas zati dan azman berbincang , azman setuju untuk keluar sementara dari apartment tu dan dia duduk dengan saya sekarang ini . Tujuannya adalah untuk memberikan laluan kepada awak duduk di rumah itu bersama zati .
Tapi itulah nafsu kan , kadang-kadang dorang berdua nak jugak bermesra macam pasangan nikah yang lain . Azman cakap sepanjang awak duduk dengan zati , ada beberapa kali dia mengajak zati check in di hotel , tapi zati tak nak .. zati bagi alasan yang dia tak mahu meninggalkan awak sorang-sorang kat dalam rumah pada waktu malam . So hanya inilah sahaja cara dorang berdua nak melepaskan kasih sayang , iaitu dengan cara azman mencuri-curi masuk ke dalam rumah tu . Tapi nasib tak baik , semalam dorang terkantoi dengan awak , walaupun dorang tak bersalah pun dalam hal tu . Hehehe .. ------
Panjang lebar datuk johan menceritakan hal rumah kepadaku . Aku mendengar dengan tekun . Makin lama aku mendengar , dadaku semakin dipukul-pukul dengan perasaan bersalah kepada zati . Aku menundukkan wajahku tanda kesal . Air mata di pipiku muka mengalir . Air mata penyesalan dan rasa bersalah yang tinggi kepada sahabatku zati .
Sedang aku menundukkan wajahku ke bawah sambil mengalirkan air mata , datuk johan kembali bersuara lagi -
DJ : sudahlah ila , jangan menangis . Awak tak bersalah pun dalam hal ni . Cuma ada sedikit salah faham saja antara awak dan zati .. listen . Zati jumpa saya malam semalam .. dia cakap dia tak marahkan awak pun ..
Aku memandang wajah datuk johan sambil mengelap pipiku yang masih lagi mengalirkan air mata .. datuk johan hanya tersenyum kecil memandangku . Dia menyambung lagi -
DJ : macam ni . Hari ni saya bagi awak free cuti . Awak balik dan jumpa zati . Dia pun tak datang kerja tu , mc katanya . Hehe .. pergilah berbaik-baik dengan dia balik okay ? - datuk johan memberikan keizinan untuk aku pulang dan bercuti pada hari ini .
Dengan sedikit kegembiraan setelah mendengar tawaran cuti dari datuk johan itu tadi , aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan segera pulang ke rumah untuk mendapatkan zati .
Penyesalan dan rasa bersalah diriku terhadap zati sangat menebal sekarang .. sudah tidak sabar untuk aku meminta maaf kepadanya ..
Aku melangkah keluar dari bangunan ofis dengan laju sambil tanganku memegang henfon dan menempah grab untuk pulang ke rumah . Sambil menunggu grab tiba , aku termenung mengenangkan kebodohanku yang tidak mahu langsung mendengar penjelasan dari zati semalam . Malah aku memarahinya pula dengan kata-kata yang agak tajam sekali ..
Di dalam temenung sambil menunggu grab tiba , aku bermonolog sedirian di dalam hati -
"Zati , maafkan aku ...."
Air mataku mengalir lagi
448Please respect copyright.PENANA0xi0sd2iMC
448Please respect copyright.PENANApAHpkj0aB0