Dua bentuk patung yang diperbuat dari tanah liat, dibaringkan didalam ruangan sebuah bilik khas. Dan beberapa orang Sami mengelilingi patung itu. Sambil membaca bait-bait mantera dalam bahasa thailand. Dan ketua sami tersebut mula memasukkan sesuatu kedalam badan patung tanah liat itu. Dan mula menyambung membaca mantera kembali.
Bacaan mantera dibuat selama 7hari 7malam berturut-turut tanpa putus oleh sami-sami tersebut. Hinggalah sepasang patung yang diperbuat dari tanah liat itu mula berubah bentuknya menjadi seperti seorang manusia tanpa wajah.
"Patung tu dah sempurna, esok malam kau boleh bawa balik kerumah kau. "Berikan barang makan kepadanya sekali.
Air susu, air putih, nasi putih, telur ayam kampung 7 bijik, dan setanggi 12 batang. Buat selama 7hari 7malam jangan putus." Pesan Ketua Sami pada seorang lelaki yang sedang duduk bersila dihadapannya dari dalam wat siam.
"Dan jangan sesekali kau beri dia darah, tak kiralah darah apa sekali pun. Contoh kalau tangan kau luka, jangan kau pegang badannya. Kalau kau terpegang jugak. Cepat-cepat bawak kemari." Pesanan terakhir dan berupa Amaran dari tok sami itu kepada permuda tersebut.
"Baiklah... Saya faham Tok." Balas permuda itu. Dan mula beransur dari situ.
......................................................................
......................................................................
"Jom cepat... Sebelum orang kampung sedar."
"Ye... Ye.. Kejap.... Aku tengah masukkan barang ni semua. Sabar!"
"Cepat lah sikit... Kau nak kena tangkap ke?"
"Yelah.. Yelah... Takut sangat kau ni pun. Jom-jom...."
"Gila.... Jalan dalam kampung pun nak bawak laju. Nasib tak kena tadi." Kata Somchai yang sedang mengelak keretanya daripada bertembung dengan sebuah motosikal yang dipandu secara melulu dihadapannya.
"Ayah... Mak... Somchai dah balik dah."
Memang sudah menjadi rutin kebiasaan bagi dirinya yang akan menyapa ayah dan ibunya bila tiap kali pulang dari kerja.
"Mak.... Ayah....!!!" Laung Somchai pada ibu dan ayahnya dari dalam rumah.
"Pelik... Mana perginya? Kereta ada kat luar." "Pintu tak kunci masa aku masuk tadi."
"Dalam bilik kot diorang ni."
"Mak... Ayah...." Panggil Somchai sekali lagi dengan tangannya mula memulas tombol pintu bilik ibu dan ayahnya.
Kaku dirinya seketika dimuka pintu bilik ayah dan ibunya. Bila memandang ayah dan ibunya berlumuran dengan darah. Lututnya mula longlai dan pandangannya mula gelap. Tanpa sedar, dirinya mula rebah kelantai.
......................................................................
Hampir sebulan lamanya Somchai mengurung dirinya dari dalam rumah dan tidak bergaul dengan orang sama sekali. Ada juga jiran dan kawan-kawannya yang datang melawat Somchai, namun tidak dilayan. Mungkin amat terkesan dengan peristiwa yang di lihat Somchai. Yang mana ibu dan ayahnya dibunuh dengan kejam. Yang paling menyedihkan ibunya dirogol sebelum ditikam oleh penjenayah tersebut. Dan semua barang berharga didalam rumah itu turut diambil oleh penjenayah tersebut.
Sehinggalah pada satu hari, datang seorang sami tua dirumahnya. Niat sami itu adalah untuk membantu Somchai.
"Knockkk... Knockk..." Pintu rumah Somchai diketuk dari luar.
"Pergi... Pergiii.... Jangan ganggu aku. Pergi...!!! Teriak Somchai.
"Aku datang ni nak bantu kau Somchai."
"Bantu apa...!!!...Pergi...!!!"
"Bukak dulu pintu ni... Aku Tok Nam dari kampung sebelah."
Sebaik saja mendengar nama Tok Nam, Somchai mula membuka pintu rumahnya. Somchai tahu Tok Nam adalah seorang sami terhebat dikampung sebelah. Segala hal yang berkaitan dengan benda mistik. Tok Nam lah orangnya yang paling sesuai untuk berhubung.
"Masuklah Tok Nam...." Pelawa Somchai.
"Ermmm..... Jangan kau susah hati sangat, aku boleh bantu kau."
"Diri kau pun tak terurus sudah. Semangat kau untuk hidup pun dah hilang." Kata Tok Nam pada Somchai yang dilihatnya sugul dan kemurungan. Dengan keadaan didalam rumah itu seperti rumah tinggal.
"Begini lah Somchai... Esok kau bawa kan abu mayat kedua orang tua kau pada aku."
"Dan biar aku mandikan kan kau sekali untuk pulihkan semangat kau yang telah lama hilang." Ujar Tok Nam pada Somchai yang hanya diam membisu sambil matanya memandang kearah lantai.
"Aku balik dulu Somchai...Esok aku harap kau datang tempat aku ye?" Kata Tok Nam sebelum dia melangkah keluar dari rumah Somchai.
"Baik Tok Nam..." Balas Somchai ringkas sambil matanya yang berkaca itu mula menatap wajah Tok Nam didepan pintu rumahnya.
......................................................................
......................................................................
Azan subuh mula berkumandang dari speaker surau yang terletak tidak jauh dari Taman perumahan tersebut.
Sebaik saja Nadia memalingkan wajahnya kearah bekas tunangnya yang sedang memeluk badannya. Alangkah terkejutnya Nadia bila melihat adik kandungnya sendiri yang sedang memeluk badannya dalam keadaan telanjang dari atas katil. "Wannnn.....Bangun...!!!" Pekik Nadia pada adiknya yang berada bersamanya disebelah.
Terpinga-Pinga Wan bila melihat dirinya berada didalam bilik kakaknya dengan keadaan telanjang.
"Ehhh... Bila Wan ade kat bilik akak ni."
"Sumpah Kak.... Wan pun tak tau bila Wan masuk bilik akak."
"Sudah... Sudahh... Keluar dari bilik sekarang... Sekarang....!!!" Pekik Nadia sekali lagi pada adiknya yang masih lagi terpinga-pinga.
Wan mula mencapai pakaiannya dari atas lantai, dan mula bergegas keluar dari bilik kakaknya itu.
......................................................................
Sepasang patung yang tak berupa yang disimpan didalam bilik khas Zul. Yang asalnya berpakaian kini sudah tidak berpakaian lagi. Seolah-olah telah ditanggalkan oleh seseorang. Dan cecair likat mula keluar meleleh-leleh dari pada kemaluan sepasang patung tersebut. Dan kulit kedua-dua patung tersebut ikut mula berubah seperti kulit manusia sedikit demi sedikit.
Keesokan harinya Nadia dan adiknya langsung tidak bertegur sapa. Masing-masing dalam keadaan keliru dan kebingungan sama sekali. Perasaan serba salah dalam diri kedua beradik itu semakin menebal. Sehinggalah pada waktu tengah malam semasa Wan ingin melelapkan matanya. Segumpal asap telah masuk kedalam lubang hidungnya. Hingga membuatkan dirinya itu lemas seketika dan mulutnya meracau-racau meminta tolong.
Selang beberapa lama. Matanya telah bertukar menjadi biru. Begitu juga dengan diri Nadia. Yang baru saja mengemas katilnya. Dengan tiba-tiba kejang badannya bila segumpal asap hitam mula masuk kedalam mulutnya. Dan setelah beberapa ketika matanya turut berubah warna menjadi biru.
1889Please respect copyright.PENANA9fEMmj2D3U
.Jangan lupa vote, tanda support.
Terima Kasih
1889Please respect copyright.PENANAJjtsVQfriP