Zul memang suka dengan barang antik dan classic. Dan sanggup berhabis demi hobi kesayangannya itu. Hinggakan didalam rumahnya penuh dengan barang-barang antik yang dikumpulnya berberapa tahun dulu sebagai koleksi dan ada juga dijualnya pada pelanggannya juga.
"Penuh dah rumah kita ni dengan barang abang sorang. Sampai duit pencen abang pun abis barang antik abang. Tak cukup lagi ke abang nak kumpul?" Leter Noren pada suaminya yang sedang mengilap set tepak sirih antik diruang tamu.
"Alahhh... Bukannya selalu abang beli. Jarang-jarang sekali baru beli. Itu pun kalau abang minat, baru abang beli. Lagi pun ada jugak yang abang jual kalau ada orang yang nak. Ada jugak hasilnya untuk kita." Jawab Zul.
"Sukati abang lah... Malas dah nak cakap dengan orang macam ni." Balas Noren sambil berlalu meninggalkan suaminya dan menuju keruang dapur.
"Awak orang perempuan mana awak faham. Bukannya aku abiskan duit ni buat joli katak." Kata Zul sendiri.
"Buzzz... Buzzz... Buzz..." Handphone milik Zul mula berbunyi dari atas meja.
"Hello... Waallaikumsallam....Ada barang baru...? Barang apa tu...? Patung...!? Macam menarik je. Kejap lagi aku tengok kat kedai kau." Talian dimatikan oleh Zul dan mula mengemas-ngemas tepak sirih antik tadi dan diletakkan kedalam almari.
"Abang nak keluar kejap sayang. Tadi kawan abang call ajak keluar minum² katanya. Kejap lagi abang balik." Tipu Zul pada isterinya yang sedang memasak dari dapur.
"Yelah... Balik nanti jangan lupa belikan buah-buah kalau ada kat gerai tu." Jawab Noren yang sedang menumis lauk dari atas kuali.
"Ye... Nanti abang belikan. Abang pergi dulu." Balas Zul dan mula berlalu pergi dari ruang dapur dan menuju keluar rumahnya. Van Vanette miliknya mula dihidupkan.
......................................................................
......................................................................
"Patung apa ni Man? Dapat mana barang ni?" Tanya Zul pada kawan baiknya Azman yang juga seorang pengumpul barang antik seperti dirinya.
"Patung ni aku dapat dari kolektor jugak. Dia dah malas nak kumpul. Jadi dia tolak lah kat aku. Kalau kau nak aku tolak kat kau. Lagi pun barang ni kolektor tu cakap dah hampir seratus tahun usia dia." Jelas Azman.
"Cantik jugak... Datang sepasang ke Man? Ada kau tahu asal usulnya dari mana?" Tanya Zul sambil membelek-belek patung antik itu dari dekat.
"Asalnya dia cakap dari Thailand Zul. Memang asal dapat sepasang patung ni aku amik. Kalau kau nak pun kena amik sepasang jugak. Sebab kata kolektor tu kat aku, tak boleh amik satu-satu. Kena amik sepasang jugak." Jelas Azman.
"Ermmm... Cantik.... Kalau tengok dari jauh, dah macam orang pun ada. Kau simpan dulu boleh. Jangan bagi kat orang dulu. Nanti aku balik aku try pujuk bini aku dulu." Jawab Zul pada kawannya.
"Okay.... Aku simpan sampai minggu depan je. Kalau kau tak datang amik. Aku terpaksa lepas kat orang lain jugak. Lagi pun kau orang pertama yang aku call tadi Zul. Aku dulukan kau dulu. Tapi seminggu je lah. Tak boleh lama, sebab aku nak rolling modal." Balas Azman.
"Ye.... Aku faham, kau simpan dulu patung ni dulu. Apa-apa nanti aku call kau balik Man." Jawab Zul dan mula beredar dari kedai kawannya itu dan menuju ke Van Vanette miliknya.
.....................................................................
......................................................................
"Sayang... Ermmm.... Abang ada nak bagi tau ni."
"Apa dia....? Nak tambah lagi koleksi?"
"Ermm....Ye...tapi ni last dah abang beli. Boleh ye sayang? Ini yang last." Pujuk Zul pada Isterinya yang sedang berbaring disebelahnya dari atas katil.
"Boleh... Tapi ada Syaratnya."
"Syaratnya... Abang kena belikan sayang rantai tangan. Boleh?" Balas Noren.
"Ermmmm... Ye lah... Esok kita pergi beli rantai tangan untuk sayang."
"Betul ni....?"
"Ye... Betul... Esok kita pergi. Lepas tu singgah kedai kawan abang sekali. Kita amik barang tu sekali." Jawab Zul pada Isterinya demi sepasang patung antik.
Tersenyum lebar Noren pada suaminya itu bila bakal mendapat seutas rantai tangan.
......................................................................
......................................................................
Sampainya dikedai kawannya Azman seorang kolektor barang-barang antik dan lama. Isterinya Noren melihat-lihat barang-barang yang berada dari kedai Azman. Pelbagai jenis barang yang disimpan dan dijual dikedai tersebut. Mata Noren melihat sepasang Patung yang tak berwajah dari satu sudut kedai Azman. Dengan perasaan yang ingin tahu, Noren pun menuju kearah sepasang patung tersebut.
Sambil tangannya mula memegang-megang badan patung itu. Sifat patung tu semua mirip macam manusia. Yang menjadi kemuskhilan adalah wajah patung tu kosong. Mata, hidung, mulut semua tiada. Yang ada, cuma sepasang telinga, rambut, buah dada dan selebihnya belum diperiksa lagi.
"Ini lah barangnya yang abang nak beli tu." Kata Zul pada isterinya yang sedang melihat-lihat segenap inci tubuh patung tersebut.
"Ini barangnya bang...? Tapi pehal muka patung ni takde? Lepas tu badan patung ni macam kulit orang pun ye jugak. Tadi sayang rasa-rasa kulit dia mcm kulit betul lah bang."
"Yang peliknya. Patung ni semua cukup sifat. Tengok... Rambut pun macam rambut betul. Macam tertanam rambut dia dalam kepala dia tu bang." Balas Noren pada suaminya disebelah yang ikut sama membelek-belek patung tersebut.
"Menarik, tapi seram pulak kalau pandang lama-lama." Tambah Noren.
"Zul... Baju diorang tu nanti kau tukar lah dengan pakaian elok sikit kat umah kau tu kalau ada."
"Ni pun aku guna pakaian bundle je kat patung ni. Sebab memang aku amik dari kolektor tu asalnya patung ni takde pakaian." Kata Azman pada Zul.
"Yelah... Nanti balik nanti aku ejas lah apa yang patut. Jom tolong aku angkat patung ni letak dalam van aku." Ajak Zul pada kawannya Azman.
Jangan lupa vote, tanda support.
Terima Kasih.
3025Please respect copyright.PENANA02QoEhk10u