Tiada apa yang pelik dan ganjil menimpa pada Zul sekeluarga. Tiada juga mimpi-mimpi yang menakutkan dan pelik. Dan dah hampir Sebulan lamanya Zul menyimpan sepasang patung tersebut. Dikenakan pula dengan pakaian yang baru oleh Zul pada patung itu. Pakaian lama yang sudah tidak dipakai lagi oleh Zul dan Isterinya. Sepasang baju melayu pada patung lelaki dan sepasang baju kebaya pada patung wanita.
......................................................................
......................................................................
"Abang cari apa tu?" Tanya Noren pada suaminya yang sedang mencari sesuatu dari dalam almari.
"Abang nak cari baju lama yang dah tak guna, nak pasangkan kat patung dalam bilik tu. Biar nampak elok sikit." Jawab Zul sambil tangannya terus membelek-belek pakaian dari dalam almari.
"Kejap... Biar sayang yang carikan." Jawab Noren dan mengarahkan suaminya itu ketepi.
"Nah... Ni yang dah lama kita tak pakai. Muat kot kat patung-patung abang tu." Noren menghulur sepasang Baju Melayu berwarna hijau tua dan sepasang baju Kebayanya yang juga berwarna hijau tua.
"Ada pun...Abang cari tadi tak jumpa pulak. Sayang cari, dan-dan jumpa." Kata Zul pada isterinya dan mula keluar dari biliknya.
"Memang lah... Aku cari dengan mata. Abang cari dengan hidung. Mana nak jumpa." Omel Noren sendiri sambil mengemas balik pakaian yang dikeluarkan oleh suaminya dari almari tadi yang bersepah diatas lantai.
"Baru lawa dah tukar baju baru." Kata Zul sambil mengelus-ngelus rambut patung wanita itu yang panjang separas dada. Rambutnya yang ikal berwarna perang. Berbeza dengan rambut pasangan patung itu. Berwarna hitam pekat.
"Bang... Nahh.... Amik ni." Tangan Noren menghulurkan sehelai Selendang berwarna hijau tua pada suaminya, yang sedang berada dari dalam bilik khas tersebut. Yang menempatkan koleksi barang-barang antik dan lama milik suaminya.
"Haaahhhh.... Baru lawa, baru sendondon. Hijau je semua." Kata Noren pada suaminya yang baru lepas mengenakan sehelai selendang berwarna hijau keatas kepala patung wanita itu.
......................................................................
......................................................................
Jam didinding menunjukkan pukul 3 pagi. Tapi mana Nadia masih belum lagi merasa mengantuk. "Dahaga lah pulak, malasnya nak amik air."
Nadia mula bangun dari atas katilnya. Nadia mula melangkah keluar dari biliknya selepas pintu biliknya dibuka dari dalam. Dan mula menuju keruang dapur.
Sedang dia kembali dari ruang dapur dan ingin menuju kebiliknya semula, selepas mengambil segelas air yang berada dalam gengamannya. Matanya mula perasan pintu bilik khas yang menempatkan barang-barang antik dan lama itu terbuka.
Dengan spontan Nadia terus kearah bilik tersebut, dengan niat ingin menutup daun pintu itu kembali. Dan sebaik saja dia berada didepan pintu bilik khas tersebut. Dilihatnya pakaian kedua-dua patung itu telah digantikan dengan pakaian yang baru.
Nadia mula melangkah masuk kedalam bilik itu, sambil matanya mengamati sepasang patung yang digayakan dengan baju melayu berwarna hijau tua dan baju kebaya berwarna hijau tua. Dan sehelai selendang dari atas kepala patung wanita itu. Sedang dia mengamati wajah patung wanita yang kosong itu dengan samar-samar cahaya dari ruang tamu.
Dengan tiba-tiba dari penglihatan matanya yang samar cahaya. Dia melihat wajah patung wanita yang kosong itu mula berubah kepada wajah seseorang yang dia sangat kenali. Dalam keadaan yang masih takut dan berani. Nadia kedepan lagi dan matanya mula meneliti wajah patung wanita tersebut dengan lebih dekat lagi.
Alangkah terkejutnya Nadia dan badannya secara spontan beranjak kebelakang. Dan gelas yang dipegangnya tadi mula jatuh keatas lantai.
"PANGG..." Berderai gelas yang berisi air tadi jatuh kelantai bilik. Hingga menyebabkan seluruh orang dalam rumah mula terjaga dari tidur.
"Ada apa Nadia... Kau buat apa kat bilik ni." Tanya Zul yang mula masuk dari bilik khasnya. Dengan melihat anaknya Nadia hanya diam terpaku dihadapan patung wanita. Sambil tangan Zul mula memasang suis lampu bilik itu. Gelas kaca bersepah dimerata tempat.
Hingga badan Nadia mula dikejutkan dengan tangan abahnya itu baru lah dia mula sedar kembali seperti biasa.
"Ada apa bang? Ehhh....Buat apa kau dalam ni Nadia." Tanya Noren pada suaminya dan anaknya perempuannya Nadia. Yang baru saja datang kearah mereka berdua.
"Takda apa mak abah. Tadi Nadia amik air kat dapur. Kendian tengok pintu bilik ni tadi terbukak pulak. Masa Nadia nak tutup pintu ni balik. Gelas Nadia terjatuh." Tipu Nadia dari mak dan abahnya.
"Ermmm... Dah... Pergi naik atas tidur. Dah pukul bape dah ni. Kang esok lewat bangun pergi kerja. Biar mak yang bersihkan kaca ni semua." Arah Noren pada anaknya Nadia.
"Abang tolong amik skop dengan penyapu." Arah Noren pada suaminya. Sambil rambut Noren separas bahu itu mula diikat dengan getah rambut yang berada ditangannya.
Sedang Noren mengutip-ngutip sisa kaca yang bertaburan diatas lantai. Jari tangannya mula tercucuk dengan bilah kaca gelas tadi.
"Aduhhh...... Banyak pulak darah ni keluar." Kata Noren sambil mengibas-ngibas tangannya. Dan darah yang masih tersisa keluar dari jarinya. Disedut dengan mulutnya.
"Kenapa jari sayang?" Tanya Zul pada isterinya yang dilihat sedang menyedut-nyedut jarinya.
"Kena kaca ni tadi.... Banyak pulak darah keluar." Balas Noren.
"Takpa lah... Biar abang yang kemas. Pergi basuh luka sayang tu dulu. Nanti balut dengan plaster." Arah Zul pada isterinya supaya keluar dari bilik khasnya.
Zul mula mengemas dan mengemop bilik khasnya itu hingga bersih. Selepas bersih barula Zul keluar dari bilik tersebut. Tanpa sedar, kesan darah yang keluar dari jari isterinya tadi yang terpercik kearah kedua-dua patung itu semacam disedut dengan kulit patung tersebut.
2233Please respect copyright.PENANACqovPp9Ibl
.Jangan lupa vote, tanda support.
Terima Kasih
2233Please respect copyright.PENANAhuONCju98e