"Abang tak kunci pintu ke semalam?" Tanya Noren pada suaminya yang baru bangun untuk solat subuh.
"Kunci lah... Mana pulak abang tak kunci. Siap abang lock lagi dari dalam." Jawab Zul pada isterinya yang sedang berkemban tuala mandi untuk menuju kebilik mandi dari dalam biliknya.
"Dah tadi pehal terbukak?" Tanya Noren pada suaminya yang masih lagi berbaring dikatil.
"Ermmm.. Abang pun tak tau nak cakap apa, setahu abang, semalam memang abang kunci sebelum padamkan lampu." Balas Zul pada isterinya.
"Yelah... Mungkin...Ermmm... Ntah lah... Sayang nak mandi dulu lah... " Balas Noren yang malas berfikir, sambil menuju masuk ke bilik air.
"Setahu aku semalam memang aku tutup, siap kunci lagi. Pelik...!" Omel Zul sendiri.
......................................................................
......................................................................
Sudah hampir setahun Somchai bersama dengan sepasang patung yang tidak berwajah itu. Dibersihkannya tiap hari dengan teliti. Dan dijaga rapi serta diberi kan makanan seperti benda hidup. Setiap kali makanan yang dihidangkan oleh Somchai pada kedua-dua patung tersebut habis. Akan diganti dengan yang baru.
Hanya itu lah caranya bagi Tok Nam dapat mententeramkan hati dan perasaan Somchai. Yang sedikit sebanyak dapat mengisi penderitaan Somchai pada ketika itu. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Hinggalah Somchai mendapat berita yang pembunuh ayah dan ibu Somchai mati dalam keadaan yang mengerikan.
Amat mengerikan keadaan mayat mereka. Kepala dan tubuh badan mereka seolah-olah disiat dan dirobek-robek dari dalam. Seperti ada tangan dari dalam badan mereka.
Hinggalah satu malam Somchai bermimpi berjumpa dengan ibu dan ayahnya. Yang sedang melihat dirinya dari jauh dengan tersenyum dan melambai-lambai kearah Somchai. Lambaian tangan ibu dan ayah Somchai seperti mengajak dirinya ikut bersama mereka. Dengan mula mengatur langkah. Somchai mula bergerak kearah ibu dan ayahnya.
.....................................................................
"Amitabha...." Akhirnya hilang juga penderitaan kau Somchai." Ucap Tok Nam sambil menutup mayat Somchai yang semiggu lamanya didalam rumah.
"Jenazah ni nanti selepas pulang dari Hospital untuk dibedah siasat. Hantarkan ke Wat aku. Aku perlu buat upacara keatas jenazah Somchai." Kata Tok Nam pada orang kampung yang ikut sama berada didalam rumah Somchai.
Setelah selesai segala upacara bagi jenazah Somchai. Tergerak hati Tok Nam untuk kerumah Somchai.
"Cepat... Ikut aku kerumah Somchai sekarang." Kata Tok Nam pada berberapa sami-sami yang ada bersama dengannya. Dan mula bergegas keluar dari rumahnya yang tak jauh dari Wat.
Sesampainya Tok Nam dan kawan-kawannya dirumah Somchai. Mulalah matanya melilau diseluruh pelusuk rumah Somchai. Tiap sudut dan tiap bilik semua diperiksa dengan Tok Nam. Hingga kawan-kawannya yang lain pun mula kehairanan melihat diri Tok Nam yang melilau seperti mencari sesuatu.
"Tok Nam cari apa sebenarnya dalam rumah Somchai." Tegur salah seorang kawannya.
"Patung... Patung tu dah hilang. Tolong carikan diluar rumah, cari sampai jumpa. Kalau dapat pada orang lain. Binasa orang tu tersebut. Cepat.. Cari sampai jumpa..!!" Arah Tok Nam pada kawan-kawan yang ikut bersama dengannya.
Setelah puas mencari disekitar rumah Somchai. Patung yang sepasang itu masih belum dijumpai oleh Tok Nam dan kawan-kawannya.
"Takde Tok..."
"Ye.. Tok.. Saya cari pun tak jumpa."
"Ermmm... Takpe lah... Biar aku guna cara aku untuk mencari patung-patung itu semula. Mari lah balik." Keluh Tok Nam dan mula masuk kedalam kenderaan 4x4 kawannya itu.
......................................................................
"Kau cakap kau ade barang bagus? Mana barangnya?"
"Nak tengok ikut aku ke belakang." Kata seorang permuda pada kawannya. Dan mula menuju kebilik stor dibelakang rumahnya.
Manga pintu bilik stor itu mula dibuka dan daun pintu ditarik dengan tangannya dari luar.
"Mana...?" Tanya kawan permuda tersebut.
"Ni haahhh..." Sambil tangan permuda itu mula menyingkap sehelai kain ela yang menutup pada badan kedua-dua patung tersebut.
"PATUNG...!!!"
"Ye Patung... Berapa kau nak amik patung ni semua?"
"Ermmm.... Kau dapat mana patung ni?"
"Tak payah sibuk aku dapat mana. Sekarang berapa nilai harga patung ni?"
"Aku amik 20,000 bath. Untuk sepasang ni."
"Alahhh... Lebih lah sikit."
"Ermmm... 25,000 bath. Kalau kau nak lebih lagi dari tu. Kau tolak kat orang lain."
"Ok.. Ok... Boleh-boleh... Asal ada duit buat belanja aku nanti."
1753Please respect copyright.PENANAVvZBXFLfwU
.Jangan lupa vote, tanda support.
Terima Kasih
1753Please respect copyright.PENANAzRQxVEl39I