"Tuan nama encik Azman kah?" Tanya Tok Nam pada pemilik kedai antik dan terpakai tersebut. Dengan pelat melayunya yang tak berapa petah. Namun masih boleh difahami.
"Ye... Saya Azman. Pemilik kedai ni. Ada apa yang boleh saya bantu tuan." Tanya Azman pada lelaki yang berpakaian seperti sami Buddha tersebut.
"Begini... Sebelum ni ada kah tuan pernah membeli atau menjual sepasang patung lelaki sama perempuan." Tanya Tok Nam.
"Ermmm.... Ye... Ada saya jualkan pada kawan saya. Saya dapat sepasang patung tu pun dari kawan saya. Dia cakap dia beli dari Thailand." Jawab Azman.
"Tapi kenapa... Ada masalah ke dengan patung tu?" Tanya Azman sekali lagi pada Tok Nam.
"Begini... Patung tu asalnya telah pun dipuja dan dimasukkan dengan tulang dan abu orang mati. Jadi itu bukan patung sebarangan. Dan dari firasat dan tilikkan saya."
"Patung itu sudah dirasuk dengan semangat yang jahat. Aku tak boleh jelaskan lagi, takut kau tak faham. Apa pun kita kena ambil patung tu semula." Jelas Tok Nam.
"Baik... Baik... Saya tahu mana rumahnya. Lagi pun rumahnya tak berapa jauh dari sini." Kata Azman.
"Sayangg... Abang keluar kejap, tolong tengokkan kedai ni kejap. Kejap lagi abang balik." Laung Azman pada isterinya yang sedang berada didalam kedai. Sambil menuju ke kereta milik Tok Nam.
Kesemua mereka pun mula menuju kerumah Zul. Dalam perjalanan Tok Nam mula menjelaskan pada Azman asal usul patung tersebut. Azman yang berdebar-debar hati dan perasaannya itu hanya menganguk tanda faham.
Sedang mereka semua rancak berbual dari dalam kereta. "BAAMMM...!!!" Satu rempuhan kuat datang dari sebelah kiri kereta mereka. Cuma hanya tinggal beberapa kilometer saja lagi untuk menuju kerumah Zul. Kenderaan mereka telah dirempuh dengan sebuah lori pasir.
......................................................................
"Berita terkini.... Sebuah kereta pacuan 4 roda telah dirempuh dengan sebuah lori pasir. Dan hasil siasatan setakat ini menunjukkan pemandu lori pasir tersebut memandu dalam keadaan pengaruh Alcohol."
"Dan pihak polis masih lagi menyiasat kejadian tersebut. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut diminta tampil untuk memberi kerjasama."
"Antara mangsa yang meninggal ditempat kejadian. 3 orang warga Thailand dan seorang warga tempatan."
"Dan seorang lagi warga Thailand yang dalam keadaan cedera parah. Kini telah dibawa kehospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
"Manakala pemandu lori pasir yang hanya cedera ringan itu telah dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan."
......................................................................
......................................................................
"Bukan sudah aku larang dari awal lagi wahai sami tua yang bodoh. Tapi kenapa kau masih berdegil. Sekarang kau rasakan lah wahai sami tua yang bodoh." Hahahahaha..... " Herdik Zul pada Tok Nam yang sedang terlantar diatas katil hospital sambil ketawa kecil. Zul tersenyum tanda puas bila melihat keadaan Tok Nam yang masih belum sedarkan diri.
......................................................................
......................................................................
Badan kedua-dua Patung itu yang asalnya berwarna cerah, kini telah bertukar kepada warna Hitam pekat.
Patung lelaki dan perempuan itu tidak lagi dikenakan dengan pakaian dibadan. Telah dibogelkan oleh Zul. Dan telah disiapkan pula dengan sesaji yang berupa daging babi, arak dan darah babi hutan sebagai santapan untuk kedua-dua patung tersebut.
Pada malam-malam tertentu mereka sekeluarga akan berjimak diruang tamu sambil disaksikan oleh kedua-dua patung tersebut. Bukan setakat Nafsu. Akal mereka yang waras itu telah mula hilang. Dan apa yang mereka inginkan kini hanya kepuasan dunia.
1834Please respect copyright.PENANASrRv3NGjSl
.TAMAT.
.Jangan lupa vote, tanda support.
Terima Kasih
1834Please respect copyright.PENANAMe71A8E7Qv