(masih flashback ya)
Hari itu bermulalah fasa baru buat Aman. Seperti dijanjikan, dia ditempatkan di cawangan baru sebuah kiosk kecil tetapi kemas, terletak di tengah-tengah bandar, tepat di kaki lima restoran mamak yang baru dibuka.
Kawasan itu strategik trafik orang ramai tidak pernah henti. Pelajar, pekerja pejabat, rider, semua ada. Kiosk jus itu memang menonjol: warna oren dan hijau segar, dengan gambar ais blended dan jus mangga yang menggiurkan tergantung di sisi kanopi.
Kak Nia tiba pagi itu, dengan blouse putih berbunga halus dan seluar palazzo lembut yang beralun ketika dia melangkah. Tudung satin pastel disemat rapi di bahu. Walaupun tampil santai, aura pemilik berjaya tetap terpancar.
"Man, hari ni Kak ajar dari A sampai Z. Esok, kau dah kena jalan sendiri ya," katanya sambil menyingsing lengan blouse, bersedia.
Aman mengangguk. Jantungnya berdebar bukan kerana gugup dengan mesin blender, tapi lebih kepada kehadiran Kak Nia yang berdiri dekat haruman wangian lembut yang dibawanya mengacau tumpuan.
Dari potong buah, bancuh gula, sukatan ais, sampai teknik ‘deco’ atas jus mangga cheese semua ditunjuk satu per satu. Kak Nia jenis tangan-on, tapi setiap kali dia membetulkan cara Aman pegang botol sirap atau tuang krim, sentuhannya lembut dan tenang.
“Haa… macam tu. Biar steady tangan. Kalau kau gegar, nanti pelanggan tak puas,” katanya sambil tersenyum sedikit nakal.
Hari-hari awal Aman bekerja 10 pagi hingga 10 malam. Seorang diri, tapi tidak pernah terasa sunyi. Pelanggan tidak putus, dan ramai mula jadi pelanggan tetap kerana rasa minuman dan senyuman Aman yang mesra.
Makan, Kak Nia tanggung. Kadang-kadang dia datang bawa nasi briyani panas, atau roti cheese dari dapur restoran mamak.
"Jangan risau pasal makan. Kau kerja dengan Kak, perut kau Kak jaga," katanya sambil menyuakan plastik makanan dengan senyuman lembut.
Beberapa minggu kemudian, Amin datang kembali kini mahu bekerja semula, tapi kali ini bersama Aman. Kak Nia setuju, tapi dia mahu jadual diubah.
"Man, Kak nak bahagikan masa. Awak kerja 8 jam, Amin 8 jam. Tapi ada 2 jam awak overlap dengan dia, dari 2 petang ke 4 petang. Boleh?"
Aman cuma senyum dan angguk. Dia mula selesa dengan rentak kerja, dan kehadiran Amin pasti buat suasana lebih santai.
Restoran mamak itu memang meriah bukan saja kerana makanan atau jus yang laris, tapi ada satu tarikan yang membuat pelanggan lelaki melekat duduk berjam-jam: Fisya, pelayan muda berwajah manis dan lincah, bertudung lilit dan t-shirt sendat restoran.
Langkahnya lincah, suaranya lantang tapi manja, dan dia tahu bagaimana nak ‘layan’ pelanggan cukup untuk buat mereka rasa dihargai, dan ingin datang semula esoknya.
Aman perasan, setiap kali Fisya lalu depan kiosk, pelanggan di barisan akan ikut mata mereka.
“Minum dulu bang, baru segar tengok saya kerja,” gurau Fisya pada seorang abang rider sambil hulur gelas teh tarik.
Aman senyum. Dia tahu, walaupun dia hanya jual jus, suasana sekitar sangat membantu menaikkan mood pelanggan. Dan dalam diam, dia mula perasan… Fisya juga suka lempar pandangan ke arahnya pandangan yang bukan sekadar lalu.
ns3.16.24.18da2