Ahad pagi menjadi rutin yang Kaknia sudah hafal. Dalam Whatsapp, pasti akan muncul mesej dari Aman:175Please respect copyright.PENANAF9uqsk7m2Z
'Kaknia, pagi ni saya buka lambat sikit ya. Saya teman nenek ke pasar macam biasa. Dalam pukul 10 saya sampai.'
175Please respect copyright.PENANAOKTBWcCjLw
Kaknia senyum setiap kali membaca. Bukan kerana dia kisah sangat tentang masa buka kedai, tetapi kerana dia tahu siapa Aman sebenarnya.
Aman bukan sekadar pekerja rajin. Dia lelaki yang jarang dijumpa sekarang bertanggungjawab, penuh rasa hormat, dan tak pernah berkira bila tiba bab orang tua. Walaupun hubungan dia dan ibunya sendiri renggang, namun kasih sayangnya pada nenek tak pernah berkurang. Aman menjaga wanita tua itu dengan penuh sabar; menemani ke pasar, membimbit barang, dan kadangkala menyuap makan bila tangan nenek menggigil.
Kaknia sering merenung jauh setiap kali melihat Aman datang tergesa-gesa ke kedai selepas selesai urus neneknya. Peluh masih belum kering, tapi dia tetap senyum, tetap sedia bekerja.
"Maaf lambat sikit Kaknia," katanya setiap Ahad, walau Kaknia tak pernah merungut sekalipun.
"Takpe Aman… saya bangga dengan awak."
Dan Aman hanya balas dengan senyum malu, cepat-cepat beralih menyusun barang di kaunter.
Dalam diam, hati Kaknia semakin lembut melihat sisi lain Aman. Dia bukan lelaki sempurna, tapi dia lelaki yang tahu letak kasih sayang pada tempatnya. Seorang anak muda yang sedang membina semula hidupnya, bukan dengan membalas dendam pada masa silam, tapi dengan terus buat kebaikan... perlahan-lahan menyembuhkan diri sendiri.
Dalam hati kecil Kaknia, dia mula rasa sesuatu.
175Please respect copyright.PENANAPq6apIOI9f
Semua orang suka cuti. Tapi tidak bagi Aman.
Setiap minggu, Kaknia akan tanya dengan lembut,
"Aman, minggu ni nak ambil cuti hari apa?"
Dan jawapan Aman hampir sama setiap kali,
"Tak apa Kaknia, saya kerja je. Kalau cuti pun saya duduk rumah, bukan boleh berehat pun."
Kaknia tahu... bukan kerana Aman ketagih kerja, tapi kerana rumah bukan tempat dia tenang. Rumah itu sepatutnya tempat rehat, tempat pulang dengan rasa selamat. Tapi tidak bagi Aman. Di rumah, mak kandungnya tak pernah berhenti mencari salah. Setiap langkah, setiap kata, pasti disalah erti. Seakan Aman musuh, bukan anak sendiri.
"Cuti buat apa kalau duduk rumah menyakitkan hati, Kaknia..." kata Aman satu hari, sambil memandang kosong ke luar kedai. Saya lebih tenang kat sini. Dapat bancuh air, dapat dengar orang sembang... sekurangnya saya rasa hidup sikit."
Kaknia diam. Dia lihat mata Aman, dan dia tahu luka itu dalam. Lebih dalam dari yang dia pernah jangka. Lelaki itu sentiasa nampak kuat di depan orang, tapi dalam hatinya penuh luka yang disorokkan.
Satu hari, bila Aman minta cuti sehari buat pertama kali dalam dua bulan Kaknia setuju dengan berat hati. Tapi bila hari tu tiba, dari pagi sampai ke petang... Kaknia rasa kosong.
Dia pandang kerusi Aman, rak yang biasa Aman susun, bekas air yang Aman jaga. Semua terasa sunyi.
Jam 10 pagi, Kaknia buka WhatsApp. Tiada mesej dari Aman.
Jam 2 petang, Kaknia pegang telefon, buka galeri terhenti pada gambar Aman dan dia sedang cuci kedai hari pertama.
Jam 5 petang, satu mesej masuk.
'Kaknia, esok saya kerja macam biasa ya. Hari ni saya rasa rimas sangat duduk rumah. Hati saya tenang bila saya kerja.'175Please respect copyright.PENANAmM5Q5FseWP
Kaknia hanya mampu senyum. Dalam hati, dia tahu… kedai kecil ini bukan sekadar tempat kerja bagi Aman. Ianya satu-satunya tempat dia rasa seperti manusia yang bernilai.
Dan tanpa sedar, kehadiran Aman kini menjadi cahaya dalam hari-hari Kaknia juga. Perlahan-lahan, dua jiwa yang luka... mula saling menyembuhkan.