Hampir dua minggu Aman duduk diam, menunggu panggilan yang tak kunjung tiba dari Kaknia. Setiap hari dia bangun dengan harapan, namun malam menjelma tanpa sebarang khabar. Hatinya mula resah. Dia bukan jenis yang suka menunggu dalam ketidakpastian.
“Min, jom kita cuba nasib kat Melaka. Kilang kereta tu tengah ambil orang. Daripada kita terus tunggu, baik kita cari jalan sendiri,” kata Aman pada Amin.
Amin setuju tanpa banyak soal. Mereka berdua pun bertolak, meninggalkan kampung dengan harapan baru di kilang besar di Melaka. Namun, dunia kilang bukanlah seperti yang Aman bayangkan. Waktu kerja yang panjang, tekanan yang tak henti, dan rutin yang membunuh jiwa.
Beberapa bulan berlalu, Aman akhirnya membuat keputusan besar.
“Min, aku tak boleh teruskan. Ini bukan untuk aku. Aku balik kampung, cari peluang lain,” katanya pada Amin.
Amin, yang sudah mula selesa, memilih untuk kekal. “Kau doakan aku bertahan. Kau pun jaga diri kat kampung.”
Panggilan yang Tak Dijangka
Beberapa hari selepas pulang ke kampung, Aman hanya berehat dan menenangkan jiwa. Dia tak sangka kehidupannya berubah secepat itu dari kiosk mamak yang sibuk, ke kilang kereta, dan kini kembali ke rumah usang yang penuh kenangan.
Suatu malam, telefonnya berbunyi. Nama yang tertera di skrin buat dadanya berdebar: Ana.
“Weii Man! Kau dah balik kampung kan? Aku nampak status kau kat WhatsApp.”
“Haah, baru je balik minggu lepas. Kenapa?”
“Nak kerja tak? Aku ada offer kerja cun gila ni.”
“Kerja apa tu?”
“Dengan Kaknia… kat cawangan lama tu.”
“Dengan kau ke?”
“Taklah! Aku pun dah berhenti. Sekarang aku kat KL. Kau sorang je handle kalau kau nak. Nanti Kaknia datang la backup² macam biasa. Kaknia tengah cari orang ni.”
Aman tergamam.
“Serius lah? Aku on je.. kata Aman
ha.. okay kejap lagi aku bagitahu Kaknia, ha lagi satu kau kenapa diam je haritu lepas raya? kalau nak berhenti cakap la, ni tak.. diam je kaknia tunggu kau tau tentang kiosk dekat mamak tu dulu kata Ana
Tapi… aku fikir Kaknia dah tak nak teruskan. Aku tunggu juga dia contact lepas raya, tapi tak ada apa. Aku pun malas nak push.” jawab Aman
Ana ketawa kecil di hujung talian. “Weh kau ni! Kaknia tunggu kau juga la sebenarnya. Tapi dia tak tahu kau nak kerja ke tak. Dua-dua tunggu, dua-dua senyap. Lawak lah korang ni.”
Aman tergelak perlahan, tetapi jauh dalam hati, rasa terharu menyentuh jiwanya.
“Kalau macamtu, aku on je. Cakap dengan Kaknia, aku ready.”
Dan begitu, satu lembaran baru kembali terbuka. Aman bakal kembali ke tempat dia bermula, tetapi dengan semangat yang diperbaharui.
157Please respect copyright.PENANA8aDNSsLGQ7
Hari pertama Aman kembali bertugas. Tapi kali ini, bukan untuk bancuh air atau layan pelanggan. Sebaliknya, Kaknia sendiri ajak Aman ke cawangan lama yang sudah berbulan ditinggalkan.
“Jom kita hidupkan balik tempat ni. Tapi… kita kena cuci bersih dulu lah ya,” kata Kaknia sambil tersenyum dan hulur penyapu.
Kedai itu sunyi, penuh debu dan sawang. Tapi ada sesuatu yang istimewa pada hari itu kerana hanya mereka berdua.
“Dulu tempat ni meriah ya. Sekarang macam rumah tinggal,” kata Aman sambil mengelap meja.
“Haah… meriah la dulu,” balas Kaknia sambil tersengih, kemudian menjeling manja. “Sekarang ni… nak hidupkan semula,” tambahnya sambil menyimbah sedikit air ke arah Aman.
“Woi! Basah baju saya!” jerit Aman sambil ketawa, kemudian membalas dengan gayung kecil yang dia jumpa di sinki.
“Haaa! Berani ya?! Tengok ni!” Kaknia menyimbah lagi air, dan mereka berdua tergelak besar. Lantai kedai yang tadi kotor kini basah lencun dengan gurauan mereka.
Aman menoleh seketika, melihat Kaknia menyinsing lengan bajunya, wajahnya basah sedikit tapi masih kelihatan tenang dan manis. Sesekali matanya bertentang mata dengan Kaknia ada sesuatu yang bergetar halus di dadanya, tapi dia cepat-cepat alih pandang.
“Kaknia dulu belajar bisnes ke? Ke terus buka kedai je?” tanya Aman ketika mereka rehat sekejap.
“Belajar sikit-sikit. Tapi banyak belajar dari pengalaman. Dulu pernah kerja kafe, jual online… macam-macam. Tapi bisnes air ni lain macam feel dia, and Kaknia sebenarnya kat sini ada jual barangan mentah supply restoren juga. nak harapkan air saja tak jadi juga kan Aman, so kena ada backup plan. tapi jangan risau awak handle air je, bab yang lain Kaknia and Bangmi yang handle” jawab Kaknia sambil menyandar di kaunter yang baru dibersihkan.
“Saya pun banyak kerja sebelum ni. Tapi dengan Kaknia… lain macam tenangnya.”
Kaknia menoleh. “Eh, awak ni pandai juga ayat manis sekarang ya?”
Aman tersengih. “Alaa... ikhlas tau. Air pun manis sebab hati operator dia tenang.”
Mereka tergelak lagi. Hari itu tak terasa letihnya, walau peluh mengalir dan baju basah. Kerana yang dibersihkan bukan sekadar kedai tapi juga jarak antara dua jiwa yang semakin mesra.
ns216.73.216.44da2