Hari-hari terus berlalu seperti biasa di bawah panas terik kaki lima restoran mamak. Aman dan Faris meneruskan rutin, membancuh air, melayan pelanggan, dan menyusun stok tanpa banyak soal. Walaupun keletihan kadang kala menguji, Aman tetap bertahan semangatnya masih membara kerana dia tahu, cawangan ini adalah satu kepercayaan besar dari Kaknia.127Please respect copyright.PENANAswOr4T0Wz9
Namun, pada suatu pagi biasa yang tenang, perubahan tiba secara tiba-tiba.
"Aman, pengurus mamak naikkan sewa tapak. Dari RM500 jadi RM800 sebulan," kata Kaknia sewaktu singgah menghantar stok. Nada suaranya kedengaran berat, penuh pertimbangan.
Aman terdiam seketika. RM800 sebulan untuk sewa kaki lima sahaja, dalam ekonomi sekarang, itu bukan angka kecil. Tapi dia hanya mampu mengangguk. "Saya faham, Kaknia. Tapi kalau Kaknia nak teruskan, saya sanggup usaha lebih," kata Aman, tetap positif.
Kaknia tersenyum nipis. "Kaknia tahu awak kuat, Aman. Sebab tu Kaknia bertahan sampai sekarang."
Bab: Ramadan dan Sunyi Selepas Raya
Tiba bulan puasa, kerja semakin berat. Cuaca panas membahang, pelanggan bertambah terutama waktu hampir berbuka. Aman dan Faris masih setia. Malah, Kaknia sendiri beberapa kali turun padang membantu mereka.
Namun sebaik masuk minggu akhir Ramadan, Kaknia tidak lagi muncul. Faris pun mula jarang datang. Dan selepas hari raya berlalu, Aman sedar satu perubahan ganjil semua tiba-tiba senyap.
Tiada mesej dari Kaknia. Faris pula langsung menghilang.
Satu hari, Aman terdengar dari seorang pekerja mamak, "Dorang kata tapak tu naik lagi, RM1200 sebulan lepas raya. Siapa nak bayar macam tu? Gila!"
Aman terkedu. RM1200? Itu bukan sewa kedai penuh pun, hanya kaki lima. Ia terlalu tidak logik, lebih-lebih lagi dengan keuntungan tipis yang sering dikeluhkan Bang Mi.
Dalam hatinya, Aman tahu jika dia hubungi Kaknia, pasti wanita itu akan rasa serba salah. Dan jika dia diam, Kaknia mungkin lega untuk tidak teruskan. Maka Aman memilih diam.
Namun apa yang dia tak tahu, Kaknia juga sedang menunggu. Menunggu kalau-kalau Aman bertanya, kalau-kalau ada harapan untuk bertahan.
Bab: Tamatnya Satu Bab Tanpa Kata Putus
Hampir dua minggu berlalu. Tiada panggilan, tiada mesej, tiada kunjungan.
Satu pagi, Kaknia duduk bersama Bang Mi di meja belakang rumah.
"Saya rasa… kita tamatkan saja cawangan tu, bang. Aman pun dah senyap, Faris hilang. Kita tak mampu nak bayar RM1200 sebulan. Baik kita fokus pada cawangan asal saja," kata Kaknia, perlahan tapi tegas.
Bang Mi hanya mengangguk. "Betul tu. Kalau teruskan pun, nanti kita juga yang terbeban."
Dan begitu sahaja… satu cawangan yang pernah hidup dengan gelak tawa, pelanggan beratur panjang, dan tenaga anak-anak muda penuh cita-cita ditamatkan tanpa sebarang kata putus. Tiada pengumuman, tiada penutup rasmi.
Cuma kesunyian… dan kenangan.