Keesokan harinya, selepas selesai membersih dan menyusun stok di kedai, Kaknia mengajak Aman duduk sebentar di bangku kecil di belakang kiosk. Angin petang bertiup lembut. Pelanggan pun tidak seramai biasa.117Please respect copyright.PENANAMo8DSLu3wo
"Aman, Kaknia selalu tengok awak macam banyak simpan dalam hati. Hari tu awak ada cerita pasal family... tapi pasal cinta awak, Kaknia rasa macam ada sesuatu juga."
Aman diam seketika, menunduk dan senyum tawar.
"Cerita lama je Kaknia... tapi kalau Kaknia nak tahu sangat, saya cerita lah sikit..."
Dan cerita itu pun dibuka perlahan-lahan. Suaranya tenang, tapi mata Aman jelas menyimpan seribu kecewa.
Aman bercerita tentang cinta zaman kolej. Lima semester bercinta. Naik turun. Putus, couple balik, putus lagi. Semuanya ikut kehendak si perempuan. Bila si dia nak, Aman setuju. Bila si dia bosan, Aman dilepaskan begitu saja.
"Saya ni, Kaknia... jenis ikut je. Janji dia bahagia. Tapi saya yang makan hati sendiri."
Semester terakhir, hubungan mereka putus lagi. Tapi kali ini, lebih menyakitkan. Aman dituduh curang hanya kerana meneman rakannya berjumpa seseorang untuk bincang tugasan. Si dia tidak mahu penjelasan. Lebih percaya pada kata-kata kawan sendiri dan bukan pada Aman yang selama ini selalu ada.
"Perempuan tu kawan baik dia sendiri Kaknia... dan lelaki yang saya temankan tu kawan baik saya. Saya just duduk atas motor, diorang berdua depan saya. ada yang nampak dan kenal motor saya, tapi tak sangka dia lebih percaya kata oranglain daripada saya, kawan baik dia and kawan baik saya yang dah lama dengan dia."
"Lepas intern, dia datang balik. Katanya nak baiki hubungan. Saya dah tak percaya, tapi saya tak kejam. Saya cakap kita berkawan je. Tapi dia desak, minta saya contact macam dulu. Sleepcall, text hari-hari... saya ikut. Saya layan baik."
Aman tunduk, dan suaranya semakin perlahan.
"Satu hari dia senyap. Saya fikir mungkin dia penat. Rupa-rupanya... waktu maghrib tu, kecoh group kelas ucap tahniah. Dia tunang Kaknia. Bertunang dengan orang lain. bagi saya, untuk apa dia datang semula hanya sekadar untuk mainkan saya"
Aman senyum kelat, cuba menyembunyikan kesedihan yang bertahun disimpan.
"Malam tu saya macam orang bodoh. Duduk bilik sorang-sorang. Tengok gambar dia. Tengok chat. Semua rasa macam mimpi. Tapi mimpi paling menyakitkan."
Kaknia menghela nafas panjang. Air matanya bergenang tanpa sedar.
"Aman... awak ni terlalu baik. Terlalu setia. Orang salah nilai awak. Tapi Tuhan tak salah. Tuhan nampak segalanya. Mungkin sekarang sakit... tapi satu hari nanti awak akan dapat orang yang hargai awak sepenuh hati."
Aman angguk perlahan.
"Sekarang saya dah mati rasa Kaknia. Saya tak tahu apa itu cinta lagi. Saya cuma nak tenang."
Kaknia senyum, walau hati masih sebak.
"Kalau awak tak jumpa cinta... tak apa. Awak ada orang yang percaya dan sayangkan awak sebagai manusia. Dan Kaknia... salah seorang tu."
Petang itu, mereka duduk lama. Tiada kata. Hanya diam yang menyembuhkan. Dua insan yang pernah hancur saling memahami dalam senyap yang penuh makna.
117Please respect copyright.PENANA6fXpfUVpee
Suatu tengah hari yang agak lengang, Kaknia muncul di hadapan kedai bersama seorang gadis muda bertudung kemas, bergaya santai tapi tetap anggun. Gadis itu tersenyum lebar dan melambai pada Aman yang sedang menyusun bekas minuman di tepi kaunter.
"Haiii Aman... sihat? Macam mana kerja sini okey ke?" sapanya ceria, sambil menunduk sedikit seperti menghormati.
Aman yang sedikit terkejut hanya mampu balas dengan senyuman canggung.
"Er... okey... okey sangat." jawab Aman sepatah dua patah, masih cuba mengecam wajah gadis itu.
"Good la macam tu." balas gadis itu sambil buat muka comel, bibirnya muncung sikit seperti sedang menggoda secara tak sengaja.
Kaknia yang memerhati dari sisi, tersenyum lalu bersuara, " Kakak.. awak kena panggil dia abang Aman.. dia lagi tua dari kamu"
"alaa.. mama cakap dia tua setahun je dari kakak" jawab anak Kaknia
"panggil je abang sebagai pangkat hormat okey?" kata Kaknia
"okey mama" jawab anak Kaknia
"Aman... ni Mimi, anak sulung Kaknia."
Aman berkerut sedikit, cuba menyusun semula maklumat dalam kepala.
"Mimi? Bukan Nini?" tanya Aman polos.
"Tadi Kaknia cakap Mimi kan... eiii datang mana pulak Nini?" Kaknia terus bising, sambil memandang Aman dan ketawa kecil. "Haishh... kau ni..."
"Ooo jadi nama Mimi laa yea." Aman angguk-angguk sambil sengih, "Amin cakap hari tu Nini..." jawab Aman selamba.
"Haishhh... si Amin tu memang suka reka-reka je. Nama orang pun dia boleh salah. Jangan layan sangat si Amin tu." balas Kaknia, sambil geleng kepala.
"Eee... mamat poyo si Amin tu?" tiba-tiba Mimi mencelah dengan wajah mencebik. "Dasar annoying... nama aku pun boleh salah! Eeee, menyampah giler. kau jangan kawan rapat sangat dengan si Amin bongok tu tau abang Aman, aku takut kau pun jadi bongok jugak hahaha"
Kaknia ketawa berdekah-dekah. Aman pun tak dapat tahan, akhirnya turut tergelak kecil.
"Haihh... kak... bahasa tu jaga sikit, tak baik" tegur Kaknia
Mimi menjeling manja pada Aman.
"Jangan terasa tau abang Aman. Gurau je... tapi serius lah, nasib baik abang Aman bukan macam Amin."
Aman hanya senyum nipis. Dalam hati, dia tahu hari itu akan jadi hari yang dia ingat lama hari dia diperkenalkan betul-betul kepada Mimi, bukan Nini.