Sejak Ana tidak lagi bertugas di kiosk Aman, suasana bekerja kembali seperti di awal dahulu sepi dan sunyi, hanya bertemankan bunyi blender dan hiruk-pikuk restoran mamak di sekeliling.96Please respect copyright.PENANAqF0cQkWWjH
Kehilangan Ana sebagai rakan sekerja bukan sekadar kehilangan tenaga bantuan, tapi juga aura ceria yang menghidupkan ruang kerja kecil mereka. Setiap kali Kaknia datang menghantar bekalan atau memantau gerai, Aman cuba senyum seperti biasa, namun Kaknia dapat melihat keletihan yang makin menebal di wajahnya.
"Aman, maaflah ya Ana dah tak boleh bantu. Cawangan lama tu kelam-kabut sikit sekarang. Seorang pekerja berhenti mendadak, Ana terpaksa jaga di sana. Lagipun, pekerja baru tu belum biasa dengan kerja," jelas Kaknia sambil menyusun stok minuman di rak kecil.
Aman hanya mengangguk. "Saya faham, Kaknia. Tak apa. Saya boleh urus."
Namun, beberapa minggu kemudian, tekanan mula terasa. Pelanggan tidak pernah surut terutama waktu puncak jam makan tengahari dan malam. Aman yang biasa bekerja dengan dua orang kini perlu urus segalanya sendiri dari pagi sampai malam. Satu hari, Kaknia singgah dan melihat Aman kepenatan melayan barisan pelanggan.
"Aman, cukup. Esok awak cari budak part-time. Kalau tak nak pengsan nanti," kata Kaknia tegas.
"Cari siapa-siapa yang boleh bantu waktu petang sampai malam. Kaknia bagi awak pilih sendiri. Gaji ikut jam, kira part-time."
Petang itu, Aman duduk termenung di tepi kiosk selepas habis shift. Dalam kepala, dia mula memikirkan siapa yang boleh diharap dan sanggup bekerja. Tiba-tiba dia teringat seorang budak lelaki yang biasa lepak di mamak waktu malam, selepas habis sekolah.
"Faris..." bisik Aman sendirian.
Faris adalah anak jiran lama keluarga Aman. Masih bersekolah dan akan menduduki spm, budak itu hanya akan masuk kerja selepas balik dari sekolah jam 3petang hingga 10 malam.
Keesokannya, Aman terus hubungi Faris dan ajak dia minum. Mereka duduk berbual panjang sebelum Aman buka mulut:
"Faris, kau nak kerja part-time tak? Jual air kat kiosk aku. Dari 3 petang sampai malam. Gaji ok, kerja tak susah. aku dengar cerita kau cari kerja parttime kan?"
Faris yang pada mulanya terkejut, kemudian tersenyum lebar. "Boleh Man! aku pun dah bosan duduk rumah, lepas balik sekolah. aku pun memang tengah cari duit ni nak restore balik motor buruk aku kat rumah tu".
Bab: Munculnya Faris
Hari pertama Faris masuk kerja, Kaknia sendiri datang mengujinya.
"Dia ni rajin orangnya, amanah. Aman, ajar dia elok-elok ya," pesan Kaknia sebelum berlalu.
Faris muncul dengan kemeja ringkas dan seluar slack, rambut disikat kemas dan wajah penuh semangat. Aman perhatikan, walaupun baru, Faris cepat belajar. Dalam masa dua hari saja, dia sudah pandai bancuh air, kemas kawasan dan hafal senarai menu.
Pelanggan pun makin mesra dengannya gadis-gadis remaja mula datang waktu petang, sekadar nak beli ais blended sambil lempar senyuman.
"Aman, ada pelanggan repeat sebab saya ke?" usik Faris.
Aman ketawa kecil. "Mungkin. Tapi jangan sampai bancuhan jadi cair sebab senyum banyak sangat."
Satu malam, Fisya datang ke kiosk, seperti biasa membeli air selepas tamat shift. Tapi kali ini, dia lebih banyak berbual dengan Faris dan Aman mula perasan perubahan kecil itu.
"Laju je dia gelak kalau Faris buat lawak…" bisik hati Aman. Tapi dia hanya senyum seperti biasa.
Dalam diam, Aman tahu suasana kerja di kiosk kecil itu mula berubah. Dan Faris, si budak baru, mungkin akan jadi lebih dari sekadar pengganti
ns13.59.173.30da2