Keesokannya, ketika kios Amin masuk shift petang, Aman menyambut Amin yang datang dengan wajah biasa selamba dan sedikit mengantuk.
"Weh, semalam aku nampak anak Kaknia. Perempuan," kata Aman sambil menghidupkan blender.
Amin angkat kening, senyum kecil.
"Yea… memang dia ada anak perempuan sorang tu yang sulung. Nama dia Nini. Muda setahun je dari kita, kalau tak silap," jawab Amin sambil menyandar pada dinding.
"La… aku ingatkan anak dia yang kecil je. Si yang selalu datang kedai lama tu."
"Tak lah. Kaknia ada empat orang anak. Yang kau nampak tu Nini la… aku pernah try ejas dulu, tapi dia jual mahal," kata Amin, ketawa kecil.
"Kau ejas macam mana?"
"Aku minta nombor direct. Dia senyum je tapi tak bagi. Budak bandar kan… kita ni budak kampung. Mana laku," ujar Amin, selamba.
Aman hanya senyum simpul.
"Ooo… Nini eh… cantik juga semalam. Tapi kalau dah jual mahal, malas lah aku nak try. Lagipun… tak sesuai kot," kata Aman, menyembunyikan sedikit rasa tertarik yang baru tumbuh.
Hari-hari berikutnya berlalu seperti biasa. Hinggalah satu pagi, Aman menerima mesej dari Amin:
> “Man, aku tak masuk dah. Aku berhenti. Kau tolong cakap kat Kaknia ya. Sorry bro.”
Aman termenung sejenak. Dia kenal sangat perangai Amin cepat bosan, kerja ikut mood. Bila dapat kerja baru atau ada hal lain, terus ‘lesap’ tanpa angin tanpa ribut.
Tak lama kemudian, Kaknia datang seperti biasa untuk hantar stok. Aman menyampaikan hal Amin.
"Haih… macam tu lah perangai si Amin. Dari dulu macam ni. Masa minta kerja, beria merayu. Bila dah dapat kerja, senyap-senyap menghilang," keluh Kaknia sambil menyusun stok ais ketul ke dalam peti sejuk kecil.
"Entahlah Kaknia… saya pun tak tahu nak kata apa," jawab Aman.
Kaknia menepuk bahu Aman.
"So, buat masa ni awak kerja sorang balik ya. Kalau ramai sangat nanti Kaknia hantar Ana datang tolong awak."
Aman angguk perlahan. Dia tak kisah pun kerja seorang diri malah lebih tenang. Tapi hakikatnya, pelanggan makin ramai
Bab: Ana Datang Menyeri
Beberapa hari selepas itu, Ana datang bersama Kaknia menghantar stok. Hari itu agak sibuk, jadi Ana meminta izin untuk tinggal dan bantu Aman.
"Aman… saya tolong hari ni ya. Kesian awak kerja sorang. Kaknia pun dah bagi green light," kata Ana sambil mengikat apron pink bunga-bunga.
"Hehe… boleh je. Terima kasih sudi bantu," balas Aman.
Selepas beberapa jam bekerja, Ana memesan nasi goreng kampung dari restoran mamak sebelah.
"Awak nak makan tak? Saya tak habis ni. Kongsi lah," ajak Ana.
"Eh takpelah…"
"Ala jangan malu. Kongsi je. Takkan tak biasa dengan saya lagi," kata Ana dengan senyum manja yang susah ditepis.
Aman akhirnya duduk bersebelahan Ana di bangku kecil dalam kiosk sambil makan dari bekas styrofoam yang sama. Dari situ, mereka mula berbual lebih panjang. Bukan lagi sekadar soal kerja, tapi minat, keluarga, dan hal-hal remeh yang membuatkan waktu berjalan lebih cepat.
Sejak kebelakangan ini, Ana semakin kerap muncul di kiosk Aman. Kadangkala dia sendiri yang mesej Aman awal pagi:
> "Man, kalau ramai hari ni, minta Kaknia hantar aku ya. Bosan duduk kedai sini, best lagi kerja dengan kau"
Aman tidak membantah. Malah, dia sendiri mulai terbiasa dengan kehadiran Ana. Suasana kerja jadi lebih ringan, ceria meskipun Ana jenis yang spontan dan agak lasak.
"Hoi! Fokus la sikit, bancuh jus pun macam tak cukup tidur," usik Ana sambil menepuk lengan Aman.
Aman hanya senyum, menggeleng kepala. Ana memang begitu mesra dan selamba, tapi tak pernah sampai melampaui batas. Atau mungkin dia sendiri yang cuba menahan agar tak terlalu leka.
Ana kini berpakaian lebih bergaya, kadang-kadang mengenakan jeans ketat dan tshirt sendat jelas menarik perhatian pelanggan, terutama lelaki. Gerai kecil itu jadi tumpuan. Dulu hanya Fisya jadi tarikan visual di restoran, kini Ana muncul sebagai saingan.
Aman perasan, kadang-kadang pelanggan datang semata-mata mahu ‘layan mata’. Tapi Ana tidak ambil pusing. Dia tetap dengan perangai selambanya, gelak besar, dan suka mengusik Aman.