158Please respect copyright.PENANAmos6xcVQN1
Sudah hampir sebulan mereka berkongsi shift, dan seperti yang dijangka… Amin terlalu selesa.
Dari dua jam yang sepatutnya ‘overlap’, hanya lima belas minit pertama sahaja dia berdiri bantu bancuh air selebihnya, dia duduk di bangku hujung kiosk, mata fokus pada skrin telefon.
"Kau cover kejap, aku nak habiskan satu match je. Lepas tu aku sambung," itu ayat standard Amin setiap hari.
Tapi ‘satu match’ itu selalu berpanjangan. Dari Classic ke Rank, kadang-kadang dia siap buka mic dan maki kawan sepasukan. Aman tak membantah bukan kerana lemah, tapi dia sendiri senang buat kerja seorang. Aman lebih jenis teliti, dan dia tahu pelanggan suka cara dia layan.
Dalam kekalutan pelanggan beratur, Aman tetap tersenyum tangan cekap bancuh ais blended mangga, sambil sempat balas gurauan pelanggan tetap.
Dalam kesibukan, Fisya memerhati. Dari jauh, dia perasan Aman selalu keseorangan urus kiosk. Sambil ambil order roti naan dan teh tarik, matanya tetap curi-curi pandang Aman dengan dahi sedikit berkerut melihat Amin hanya duduk bermain game.
Suatu petang, Fisya lalu depan kiosk dan bersuara tanpa melihat Amin.
“Orang rajin tu rezeki dia luas. Orang main phone je, rezeki dia pun main-main la…” katanya sambil senyum nipis.
Aman hanya senyum kecil, pura-pura tak dengar. Amin pula tak angkat muka langsung.
“Eh, dia cakap kita ke Man?” tanya Amin lepas itu, sambil ketawa kecil.
“Tak tau. Tapi kau je yang main phone hari-hari kat sini…” balas Aman selamba.
Hari berganti. Dalam diam, Fisya mula lebih mesra dengan Aman tak melampau, tapi cukup untuk buat Amin perasan. Aman pula masih dengan sikap tenangnya. Dia baru sahaja lepas dari hubungan yang gagal, dan hatinya belum bersedia buka lembaran baru. Walaupun Fisya menarik, Aman kekal jaga batas.
Amin, yang mulanya acuh tak acuh, mula melihat Fisya dari sudut lain. Dia perasan cara Fisya senyum bila bercakap dengan Aman, atau nada suara yang berubah bila Aman puji minuman kegemarannya.
Cemburu? Mungkin sedikit. Tapi Amin pandai main peranan.
Satu hari, selepas tutup kedai, Amin bersuara.
“Man… kau rasa Fisya tu… macam okay tak kalau aku try kawan dengan dia?”
Aman pandang Amin, senyum mesra.
“Kenapa kau tanya aku? Bukan aku ada apa-apa dengan dia.”
“Aku nampak la dia macam suka borak dengan kau…”
“Dia baik dengan semua orang. Kalau kau minat, cubalah. Aku sokong,” jawab Aman jujur.
Dan benar sejak itu, Amin mula cuba dekati Fisya. Dia mudah tinggal game, lebih cepat bantu Aman, dan belajar cara nak ambil hati pelanggan. Aman pula tetap tenang buat kerjanya seperti biasa, dan bila Fisya tanya, dia cuma senyum:
“Amin tengah usaha… bagi peluang kat dia.”
Fisya terdiam. Ada sesuatu dalam cara Aman cakap yang buat hatinya keliru seolah ada ruang yang ingin dia isi, tapi pintunya masih terkunci.
Ancaman Yang Tidak Dijangka
Beberapa minggu selepas Amin mula rapat dengan Fisya, hubungan mereka semakin mesra. Dari mesej ringkas, kini jadi panggilan lewat malam. Kadang-kadang Fisya datang awal hanya untuk duduk berdua dengan Amin sambil tunggu pelanggan pertama.
Suatu malam, Amin tiba-tiba mengajak tukar shift.
"Man, esok aku ambil pagi ya. Kau ambil petang. Aku nak dating dengan Fisya, dia nak tengok wayang kat mall baru buka tu."
Aman tersenyum sambil menyusun stok buah.
"Perh… mantap la tu. Okey je, aku petang esok," jawabnya sambil tepuk bahu Amin.
Keesokan harinya, rancangan berjalan lancar. Fisya dan Amin keluar seperti pasangan muda lain gelak ketawa, popcorn dan movie romantik. Tapi apa yang mereka tak tahu, mata yang memerhati tidak pernah tidur.
Beberapa hari selepas itu, ketika waktu lengang, Fisya duduk di bangku sebelah tempat Aman dan Amin selalu lepak ketika tiada pelanggan. Wajahnya nampak lain tidak seperti biasa.
"Min… erm… kita tak boleh teruskan hubungan rapat macamni," katanya perlahan, hampir berbisik.
Amin terkejut.
"Eh? Kenapa pula? Kau okay je semalam… apa jadi?"
Fisya tunduk seketika, tarik nafas sebelum bersuara.
"Sebenarnya aku… aku ada abang tiri. Dia gila sikit. Dia kata dia suka aku… dan dia paksa aku kahwin dengan dia. Keluarga aku pun pening dengan perangai dia. Tapi bila dia dapat tahu pasal kita keluar… dia mengamuk. Katanya ada orang nampak kita kat mall."
Amin memandang serius.
"Dia ugut nak pukul kau, Min… kalau aku terus contact kau."
Suasana jadi tegang. Aman yang dengar dari belakang hanya tunduk, pura-pura menyusun buah, tapi telinganya fokus.
Amin bersandar ke belakang, buat-buat tenang.
"Alah… kau chill je. Kalau dia datang, biar je. Aku bukan takut. Aku boleh call kawan-kawan aku… nanti ada yang datang ‘temankan’."
Fisya nampak risau.
"Dia cakap dia nak datang petang ni. Serang kau depan orang ramai."
Amin senyum, kali ni dengan yakin.
"Suruh je dia datang. Aku pun nak tengok muka dia. Kau jangan risau, ramai member aku akan standby. Kalau dia naik tangan, esok dia bangun kat hospital."
Petang itu, suasana sedikit tegang. Dua tiga kenalan Amin sudah mula lepak dekat meja belakang restoran, masing-masing mata liar memerhati sekeliling. Aman terus bekerja seperti biasa, tapi dia tahu ada sesuatu yang bakal berlaku.
Menjelang maghrib, Fisya berjalan pantas ke arah Amin dan Amin.
"Min… dia ada tadi. Tapi dia cuma berlegar je dari jauh. Dia tengok ramai orang, terus dia blah. Dia tak berani. Dia memang jenis sembang je, takde geng."
Amin tersengih puas.
"Haa, baguslah. Tapi kau okay tak?"
Fisya angguk perlahan. Senyum kembali ke wajahnya walaupun masih ada sisa gelisah.
"Aku okay. Cuma… aku rasa dia akan kacau aku lagi. Tapi takpelah… janji kau selamat," katanya sambil pandang Amin dengan pandangan yang lain lebih lembut, lebih tulus.
Dan di sisi mereka, Aman hanya diam. Wajahnya tenang, tapi dalam hati dia tahu kisah ini baru saja bermula. Dan bukan semua yang kelihatan bahagia itu benar-benar bebas dari bayang-bayang