Keesokkan harinya, sebelum keluar bekerja. BangMi berbual sebentar bersama KakNia.
"Nia, kita bakal ada pemborong baru. Customer dari Melaka. Kemungkinan dia nak datang kedai kejap lagi. Awak pergilah kedai sekejap ye bincang² harga, kalau tak larat pesan dekat Aman. Saya berharap sangat dapat bekalkan dekat dia barangan kita, sebab kedai makan dia ni dah banyak cawangan." kata BangMi
"insyaallah bang, boleh je kejap lagi saya pergi kedai. dia nak datang dalam pukul berapa?" tanya KakNia
"dia cakap dalam pukul 11 pagi dia sampai kedai" kata BangMi
"okeylah kalau macamtu pukul 10 saya ke kedai." kata KakNia
=================================
Di kedai seperti biasa Jam 7.50pagi, Aman dan Faris sudah sibuk-sibuk membuat persiapan membuka kedai.
"weh Aman, kau ada dengar cerita tak pasal Mimi?" tanya Faris
"pasal Mimi? takde pulak? ada cerita best ke? tanya Aman kembali
"takdelah. bukan cerita best, kau seriuslah taktahu?" tanya Faris
"kau takbagitahu macamana aku nak tahu? cerita apa?" tanya Aman lagi
"aduu.. terkilan betul doh. takkan kau tak terkilan?" tanya Faris
"terkilan apa? tentang Mimi? tentang apa? cerita apa ni siakkk?" tanya Aman lagi
"laa.. kau tak tahu cerita ke?" tanya Faris lagi
"sekarang nak cerita ke tak? sekarang pembaca pun dah muak dengan soalan kau ni." kata Aman
"oh okey² maaf² jangan kecam saya, okey macamni. kau tahu tak Mimi nak bertunang? aku tahu dari Hamzi" kata Faris
"aku...? taktahu... bila dia nak tunang tu?" Aman berpura-pura tidak tahu.
"laaa kau ni memang diorang takbagitahu kau ke? dengar cerita bulan depan.. aduh melepas lah aku Aman.." kata Faris
"ah kau pun tahu dari Hamzi. dia yang function dari mulut KakNia and Mimi sendiri. Hamzi ada ajak pergi majlis Mimi? Kalau dia ajak, laku ke pelawaan dia tu.? apa²pun kena tuan badan or makbapak pengantin ajak dulu. baru best memandangkan kita pekerja" kata Aman
"Hamzi takde ajak pun, dia cuma cerita je. betul jugak eh kata kau tu Aman. dia cuma cerita je tak ajak pun, bangsat punya Hamzi. Cerita je buat apa, saja buat aku benganglah tu, ke dia takbagi aku ejas akak dia." kata Faris agak bengang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jam 9 pagi. Kelihatan KakNia sampai dikedai melihat Aman sedang menyapu halaman kedai dan Faris sedang membersih kawasan jagaannya.
"haaa macamnilah bagus, takperlu bersuruh boleh bersihkan kedai." kata KakNia
"Awal KakNia harini, nak pergi hantar barang ke?" tanya Aman
"eh taklah, ada customer baru nak datang kedai nak deal² harga dulu" kata KakNia
"oooh Okey, tengah takde orang ni.. saya nak cuci tandas kejap, kalau ada orang panggil ye" kata Aman kepada KakNia dan Faris
Faris menganggukkan kepalanya.
"Faris, kamu backup² KakNia yea kejap lagi waktu deal harga dengan customer baru tu boleh?" tanya KakNia kepada Faris
"ermmmm...aaaa saya takpandai main harga ni KakNia. ermm Aman boleh.. ha Aman pandai bab² tu.. saya rela duduk sini takapa hehe" kata Faris sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal
"belajarlah ambil tahu kejap lagi" kata KakNia
"erm takapalah, Aman ada KakNia. saya susah sikit bab² macamtu." kata Faris
"okey KakNia pergi tanya Aman" kata KakNia
KakNia sememangnya sudah mengetahui bahawa Faris memang tidak suka berurusan dengan customer secara berlebihan untuk menjawab soalan dan bermain harga. Faris juga tidak gemar untuk mempromote barang² jualan yang ada dikedai pada customer yang datang. Apa² memang Faris akan tolak kepada Aman. Oleh hal demikian lah, Aman sangat disenangi customer² KakNia kerana sikap ramah mesranya dan sebagai harapan KakNia dan BangMi untuk menambah customer tetap. Aman berusaha sedaya upaya memikul tanggungjawab itu dengan membuat customer percaya dengannya.
"Aman, backup KakNia kejap lagi ye waktu deal dengan customer baru tu" kata KakNia
"okay boleh je KakNia, takdehal lah tu" kata Aman
Salah satu juga penyebab Aman lebih diharapkan oleh KakNia ialah komitmennya bersama kerja. Setiap kerja yang diarahkan KakNia dan BangMi, Aman akan menjawab boleh dan berusaha menjalankan tugasan itu sebaik mungkin. Sekiranya ia tugasan baru, dia akan mempelajari supaya dapat menyelesaikannya. Bukan seperti Faris setiapkali ada tugasan baharu, tidak boleh lakukan. Aman boleh, Aman pandai. Bagi KakNia, dia mahu Faris menjadi seperti Aman. Kerana apabila Aman cuti, Faris perlu memikul tanggungjawab Aman. Tetapi setiapkali Aman cuti, tanggungjawab Aman tiada pengganti buat masa ini. Kadangkala KakNia dan BangMi terpaksa menggalas tugas Aman ketika Aman sedang cuti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jam 11 pagi.. Kelihatan sebuah kereta mewah masuk kawasan kedai dan parking ditepi kedai. Kereta mewah yang amat digemari Aman dan Faris. Mereka melihat kereta itu sehingga berdiri terpaku. Jelas terpampang dibody kereta bewarna kelabu berjenama Porsche Cayenne Turbo GT.
"Man, ni ke customer baru dari Melaka tu? pergh gila lah." kata Faris
Kelihatan sebiji lagi kereta mewah masuk ke kawasan dan parking disebelah Porsche tadi. Kereta mewah baru tiba ialah jenis Range Rover Velar berwarna putih.
"KakNia, ni kalau tak datok, mesti Tan Sri" kata Faris
"alamak..bukan calang² kereta diorang. KakNia pakai selekeh je ni" kata KakNia
"manada selekeh, yang selekeh ni kitaorang. takpa2 chill² saya boleh handle ni small matter walaupun tangan terketar² dah ni.." kata Aman cuba meyakinkan KakNia
Kelihatan seorang lelaki berkaca mata gelap turun dari kereta Porsche dan seorang perempuan ala-ala diva turun dari kereta Range Rover.
"Haii.. Nia yea? saya Zam dan ini isteri saya Rose. Kami datang dari Melaka yang sudah deal dengan suami awak. Jadi can we started our discussion?" tanya Zam
"oh yea saya Nia. okey silakan. Nak tengok kita punya product dulu ke macamana? kalau nak tengok dulu boleh masuk ke store kita dulu." kata KakNia mempelawa mereka masuk kedalam store frozen
Setelah mereka bertiga masuk kedalam store.
"Aman, jahat siak body bini dia. Pakai tshirt ketat perhhhh... body lagi mantul, jeans pulak perghh cutting sungguh. sesuailah orang kaya" kata Faris
"pergilah follow KakNia" kata Aman
"ergh...tak pandai aku bab² macamtu, aku cuci mata sini jadilah ahahaha" kata Faris
Sebaik sahaja Faris dan Aman berhenti berborak, Rose memanggil Aman sambil berjalan memasuki kedai.
"Selain product kat dalam store frozen tu, dalam peti ni jual apa boleh explaination?" tanya Rose
"okay boleh Puan, Kita ada jual ikan mentah didepan seperti keli, haruan, baung dan talapia. Didalam kita ada ikan pekasam, daging pekasam, telur puyuh, telur itik, sayur² seperti pucuk paku, serai, bayam, kangkung, daun sup, daun ketumbar, cili api, cili kering, lada besar, tomato. Selain itu, ada yang letakkan product² mereka dekat sini seperti sambal belacan, pes gulai ikan, pes gulai ayam, pes kari daging tinggal letak air sahaja buka api terus siap masak. Takperlu tambah apa² secukup rasa. Dibelakang kita ada store simpanan sayuran juga, jika nak masuk boleh, silakan Puan" Aman memberi penjelasan penuh kepada Rose
Aman membawa Rose kedalam store sejuk, menunjukkan tempat simpanan sayuran fresh didalam tempat penyimpanan yang kemas tersusun.
"woww.. so amazing.. baguss kedai ni yea, sangat menjaga kualiti barang². i like, good presentation tq u." kata Rose sambil berjalan mendapatkan suaminya
"so how? everything good?" tanya Zam pada isterinya.
"good." kata Rose
Zam mula berbincang mengenai harga bersama KakNia, Rose dan Aman.
Setelah mencapai persetujuan bersama, Zam meminta untuk masuk kedalam store simpanan sayur-sayuran. Dibawa oleh KakNia, diikuti Zam, Rose dan Aman.
Ketika KakNia dan Zam berada didalam store sayuran, Aman ditahan oleh Rose ketika mahu masuk kedalam store.
"U ni anak Nia ke?" tanya Rose
"erm.. tak Puan. Saya pekerja sahaja" kata Aman
"ada pertalian saudaramara dengan Nia?" tanya Rose lagi
"takada Puan. boleh saya tahu kenapa ya?" tanya Aman
"jarang i tengok pekerja yang bersungguh macam U ni, bagus Nia dapat pekerja macam U ni." kata Rose sambil memandang kearah Faris yang sedang duduk bermain telefon
"saya cuma jalankan tugas saya, em.. terimakasih Puan" kata Aman
"bukan apa, tak ramai pekerja yang tahu hal selok belok business majikan. kadang mereka taknak ambil tahu, diorang just nak gaji kerja 8-5 then go home. tomorrow just same like that, u ni tadi sebut harga berapa keuntungan kerugian majikan u boleh tahu, thats why i tanya u anak Nia ke. Good things bout u, keep going okay" kata Rose sambil tersenyum sambil berjalan keluar.
Aman hanya terpaku terkadang faham terkadang tidak faham. Hanya memerhati Rose mendekati Faris. Mereka berbual² seketika.
Kelihatan Zam amat berpuas hati dengan presentation KakNia, mereka berdua meminta untuk membuat penghantaran bermula minggu depan. Setelah itu mereka mengundurkan diri.
Saat bayang kereta sudah tiada dari pandangan Faris menanyakan sesuatu dari Aman.
"dia tanya apa tadi?" soal Faris
"macam biasa jual apa, product apa, dekat dalam tu ada apa.. macam biasa je." kata Aman
"oh dia datang kat aku tadi ajak borak, aku tahu lah aku ni smart. aku duduk rileks macamni pun dia datang dekat aku, takperlu susah payah macam kau Aman. hahaha" kata Faris
"dia cakap apa dengan kau?" tanya Aman
"dia cakap, kau jaga bahagian ikan je ke? aku jawab ha'ah, dia tanya umur aku, aku cakaplah 23tahun. pastu dia tanya lagi, takde kerja main telefon jeke? aku cakaplah ha'ah. dia tanya lagi, selalu kalau urusan deal customer, kau tak campur ke? aku jawablah, ha'ah biasa aku tak campur, aku malas nak ambiltahu bab² tu aku takpandai, biasa KakNia, BangMi dengan Aman je.hahaha" kata Faris
"panjang kan aku borak dengan dia, kita ni kena bijak Aman. takkan nak borak pasal promote barang je." tambah Faris lagi.
*dalam hati Aman, aku taktahulah kau cakap ni bijak ke tak bijak Faris.
570Please respect copyright.PENANASyJhs68JKr
570Please respect copyright.PENANAVSs3WSnmzC
570Please respect copyright.PENANA5e8mhISamX