Kini sudah memasuki 5 bulan Aman sebagai pekerja KakNia. Memasuki bulan kelima Aman bekerja disitu, tiada lagi kelibat Ita oleh kerana pekerja dicawangan lama sudah berhenti kerana perlu menjaga orang tuanya. Cawangan lama ditambah pekerja baru dan Ita perlu berada disana mengawasi dan membuat kerja bersama pekerja baru.
Aman sedang duduk menunggu customer seperti biasa, sedang leka Aman termenung dia melihat dua orang remaja seorang lelaki dan seorang perempuan menarik beg bagasi dan duduk di meja dia selalu lepak bersama Ita.
dalam hati *datang dari mana budak² ni dengan bagasi bagai, pakwe makwe lari rumah ke? tapi cun jugak awek ni kulit putih haish comel betul* Aman mula berangan
"bang, bang, ooo bang" ada suara perempuan lembut menganggu angan angan Aman
"aa...aa ye?" lamunan Aman terhenti apabila melihat awek tadi memanggil
"Nak air mangga blend 2 ye?" kata awek tadi
Aman segera bancuh *dalam hati eii bancuh sedap² ni, biar dia datang repeat lagi*
Aman menyiapkan pesanan dan hantar ke meja mereka berdua.
"err saya nak minta duit untuk air ni terus boleh? sebabnya payment asing² dari kedai ni" kata Aman berdebar
"bukan minum dulu ke baru bayar?" awek tadi bertanya
*Alaaamakkkk, comell nya..Adakah dia jodohku?* kata Aman dalam hati
"err dulu macamtu cik, sekarang sistem dah berubah sebab banyak yang terlupa bayar jadi kita ubah sistem. maaf ye cik" kata Aman
"okay takapa" awek itu membayar dan Aman duduk di stall sambil memerhatikan awek itu.
Awek itu sesekali memandang sambil tersenyum ke arah Aman.
*Alamakk, awek mana ni sesat kesini ni. Dressup macam budak KL ni, aduh tu bf dia ke sape ek? macam nak mintak nombor ni kalau melepas tak jumpa dah ni* kata Aman dalam hati
"Papa cakap nak jemput kat sini kan? ee.. mana papa ni?" tanya awek tadi pada lelaki bersamanya
*eh papa? maknanya maybe adik bradik ni, alamak ada chance.* Aman mengoyakkan kertas dan menyediakan pen untuk meminta nombor awek tadi. Aman berdiri tapi kakinya kaku sebentar apabila melihat bosnya kebetulan sampai.
*aduh itu hilux KakNia, time ni pulak la nak datang melepas aku nak ngorat awek ni karang* Aman mengeluh dalam hati sambil kembali duduk
Aman melihat kelibat suami KakNia datang ke stall dan menegur Aman, "Man, macamne harini ok niaga?"
"Aaaa oke je BangMi" kata Man
Aman melihat Bang Mi terus ke meja makan tempat awek dan lelaki tadi duduk dan mereka berdua salam cium tangan Bang Mi. Aman kehairanan, siapakah dua orang ni dengan Bang Mi? Setahu Aman, BangMi dan KakNia mempunya seorang anak sahaja iaitu Arif. *Maybe anak sedara kot* kata Aman dalam hatinya
Mereka bertiga lalu dihadapan stall dan BangMi berkata " BangMi balik dulu, hantar anak-anak balik."
Aman hanya menganggukkan kepala, alamak betapa hancurnya hati. *Aduh cinta pandang pertama mata bertentang mata, takde balak takde pakwe itulah yang Aman rasa* tiba² nyanyian lagu zizan razak bermain dalam fikirannya..
Jam 10 malam Aman tutup kedai seperti biasa, kelihatan Amin datang ajak lepak bersama. Mereka berborak dan Aman bertanyakan soalan kepada Amin.
"wei Min, KakNia ada berapa orang anak?" tanya Man kepada Min
"ada 4 orang, sorang perempuan yang sulung 3 laki² kenapa?" jawab Min
"Takde apa, aku kenal Arif je. Aku ingat sorang je anak tadi aku nampak BangMi jemput 2 orang, sorang laki sorang perempuan." kata Aman
"yela perempuan tu cantik kan? putih lepastu yang lelaki pakai spek style kpop sikit kan?" tanya Min
"haah ye dah tu" kata Aman
"ye anak dia memang lawa, aku dulu waktu kerja dengan KakNia aku try anak dia tu depan KakNia. Dia reject aku mentah² je. Aku mintak nombor dia takbagi." kata Amin
"Laa kau mintak macamne?" tanya Aman
"aku cakap lah woii, Mimi bagi no kau sekarang aku nak no kau." kata Min
"cakap la elok² dengan perempuan mana tau boleh dapat?" kata Aman
"minta elok memang takdapat la cakap la kasar sikit hahaha langsung lepas tu dia tak bercakap dah dengan aku hahaha" kata Amin
"macamtu eh" kata Aman
ns 172.69.58.55da2