Sudah beberapa minggu hubungan Aman dan Mekya berputar dalam ruang yang mereka cipta sendiri bukan kekasih rasmi, tapi terlalu akrab untuk dianggap sekadar kawan. Mereka sudah kenal gerak mata masing-masing, tahu bila perlu diam, dan tahu bila gurauan kecil boleh bertukar makna.
Hari itu, hujan renyai membasahi diluar Aman memandu seperti biasa, tapi kali ini dia mengambil laluan yang berbeza.
“Nak bawa awak ke satu tempat,” katanya perlahan, mata tidak beralih dari jalan.
“Tempat apa?” Mekya tanya, suara lembut dengan nada percaya.
“Bilik sewa saya. Kadang saya lepak sorang kat sana. Tenang sikit…" kata Aman, selamba tapi matanya pandang Mekya sekilas seolah ingin membaca jawapan sebelum dia bersuara.
"kenapa bilik sewa?" mekya bertanya
"sebab saya teringin sangat rasa masakan Mekya,” suara Aman dalam, perlahan, lebih kepada bisikan berlapis niat
Mekya senyum. “Kalau bukan sebab makanan pun saya tak kisah...” jawab Mekya tanpa berpaling, suaranya licin seperti aliran air di kulit.
Degup jantung Aman semakin kencang mendengarkan jawapan luar jangka oleh mekya. sungguh tak sabar rasanya.
Jalan sempit desa sudah basah, bunyi ranting jatuh berselang dengan geseran tayar kereta Aman yang menghampiri satu rumah papan kecil terlindung pokok tua dan pagar kayu senget. Bilik sewa itu bukan apa-apa pada pandangan mata. Tapi malam ini, ia akan menjadi saksi sesuatu yang tak tertulis dalam sebarang perjanjian antara Aman dan Mekya.
Mekya turun perlahan dari kereta, tudung bawal masih membalut lehernya yang kecil. Langkahnya masuk ke dalam rumah sunyi itu ringkas, tapi setiap tapak seolah mengundang lebih dari sekadar udara hangat bilik.
Aman menutup pintu perlahan. Bunyi klik itu seperti memisahkan dunia luar dan ruang kecil yang kini hanya tinggal mereka berdua.
Dia membuka tudungnya dengan gerak lambat, seperti tahu dia sedang diperhati oleh Aman. Rambutnya yang terikat longgar tidak sepenuhnya terlepas, tapi cukup untuk membuatkan Aman terkaku sejenak. Dia melangkah ke sudut dapur kecil meja lipat, periuk nasi, dan kuali elektrik. Tangannya mencari beras, tubuhnya membongkok sedikit, dan pada ketika itu…
Aman berdiri di belakangnya, terlalu dekat, hingga dia dapat bau haruman sabun lembut Mekya yang terperangkap dalam lipatan kain bajunya. Bau itu tak seperti bau masakan tapi lebih seperti tubuh muda yang masih basah dari mandi petang.
"Aman... tengok je? taknak tolong?” Mekya berpaling separuh, senyum kecil di bibirnya seperti cabaran tersembunyi.
Aman senyum. Tapi tubuhnya bergerak perlahan, menghampiri. Tangannya menyentuh bekas beras, dan jari mereka bersentuhan semula. Kali ini tiada sesiapa menarik balik.
Nafas mereka berdua sudah berubah. Lebih perlahan. Lebih dalam. Bukan sekadar lapar pada makanan.
---
Selepas nasi dimasak, lauk siap, mereka duduk berdua atas lantai tikar getah lusuh. Pinggan berkongsi, sudu pun hanya satu. Suapan dari tangan ke tangan jadi alasan, tapi mata mereka mata mereka sudah menembus dinding yang belum pernah disentuh.
"Sedap sangat ni…” kata Aman.
“Sedap makanan... atau suasana?” Mekya bertanya, dan kali ini dia duduk lebih dekat. Bahu mereka bersentuh. Dan dia tidak berganjak.
Senyap mengambil alih. Tapi tubuh mereka bercakap sendiri.
Ketika pinggan ditolak ke tepi, Mekya mengubah duduk. Dia bersila rapat, tangan kirinya singgah ke paha Aman tidak berat, hanya letak, tapi cukup untuk membakar kulit melalui seluar.
Lampu kuning bilik itu malap seperti biasa. Dinding kayu tidak menahan suara dengan baik, tapi malam itu kampung sunyi. Angin pun malas bergerak. Aman dan Mekya masih duduk rapat di atas lantai makanan di tepi, masih panas, tapi disentuh sedikit.
Mekya menyandarkan tubuhnya ke lengan Aman. Nafasnya perlahan, tapi dalam. Wajahnya dibalut cahaya samar-samar dan dalam ruang kecil itu, waktu seperti enggan bergerak.
xKalau makan habiskan sekarang… nanti kenyang, malas, susah,” bisik Mekya, seperti menggoda tapi masih bersahaja.
"Habis tu?” tanya Aman, senyum separa gugup.
Mekya tunduk sedikit, matanya tajam tapi penuh mainan.
"Kita... exercise dulu. Kasi betul-betul penat. Baru makan.”
Suaranya lembut, tapi seperti aliran panas yang turun dari telinga ke dada.
Tangan halusnya naik perlahan ke bahu Aman. Jemarinya menyentuh hujung t-shirt, dan tanpa berkata lagi, dia mula menarik baju Aman ke atas gerakan perlahan, penuh berhati-hati seperti membuka sesuatu yang dia mahu hayati, bukan sekadar buka dan buang.
Aman biarkan. Tangannya tidak bergerak. Nafasnya mula berubah. Dan ketika baju itu dilepaskan ke lantai, Mekya letak tangannya di dada Aman tapak tangan kecil, tapi kehangatannya terasa.
Kemudian, jari-jemarinya bergerak turun, menelusuri perut Aman yang sedikit tegang. Dia bermain di pinggang seluar, menggenggam sedikit hujung jeans, dan mula menarik cangkuk besi dengan bunyi klik perlahan.
“Kalau nak peluh... biar betul-betul peluh...” Nada suara Mekya lebih rendah. Lebih dalam.
Aman masih diam. Tapi matanya tidak lepas dari wajah gadis itu yang kini sudah terlalu dekat. Bibir mereka hanya sejengkal. Nafas mereka sudah bercampur.
Dan di saat-saat seperti itu.. tiada kata, tiada nama, tiada status. hanya dua tubuh muda yang mahu mengenal batas masing-masing… dan perlahan-lahan, melanggar batas itu bersama.
Apa yang berlaku selepas itu… bukan untuk disebut, hanya untuk dirasa.
Dan malam itu, makanan mereka jadi sejuk tapi badan mereka yang jadi panas.
“Malam ni… tak perlu kita banyak cakap. Badan pun boleh faham sendiri…” bisiknya, dan bila dia tunduk sedikit, bibirnya menyentuh pipi Aman lebih lama dari sebelumnya.
Ciuman itu seperti pintu yang dibuka perlahan… tidak rakus, tapi tidak juga malu.
Aman membalas. Tangannya akhirnya mengusap pinggang Mekya, naik ke belakangnya, jari-jemarinya menyentuh tulang belikat melalui baju t-shirt yang semakin lekat dengan peluh hangat bilik.
Wajah mereka kini terlalu hampir. Mata bertemu mata, tidak berkata apa-apa… tapi seluruh jiwa sudah saling membaca. Dan di antara diam itu, bibir mereka bersatu perlahan, tapi penuh rasa.
Ciuman itu bukan terburu, bukan rakus. Ia lembut, mendalam, dan panjang… seperti waktu itu sendiri terhenti di ruang kecil bilik kayu itu. Nafas mereka saling bertukar, dan dunia di luar pun lenyap. Yang tinggal cuma dua jiwa yang sedang karam bersama, perlahan-lahan.
Aman memeluk pinggang Mekya, tubuh gadis itu kecil tapi terasa hangat. Jemarinya naik ke bahagian belakang baju Mekya, dan dengan gerakan berhati-hati satu demi satu lapisan pakaian Mekya mula ditanggalkan.
Mekya tak menahan. Dia merangkul leher Aman, dan dalam pelukan itu, dia menyerahkan dirinya… bukan dengan kata, tapi dengan kepercayaan dan debaran yang tak dapat disembunyikan.
Kulit bertemu kulit.
Nafas bersambung.
Ciuman menjalar ke pipi… ke leher… ke tulang selangka.
Aman menunduk, menciumnya perlahan di bawah telinga kemudian turun ke leher Mekya yang halus, basah dengan titis peluh pertama malam itu. Aman tidak tergesa. Dia menjilat perlahan, bukan dengan niat menakluk, tapi untuk menikmati rasa yang selama ini hanya dia bayangkan dalam diam.
Mekya memejamkan mata. Kepalanya condong ke sisi, bibirnya sedikit terbuka. Nafasnya jadi pendek-pendek, dadanya turun naik tak sekata bukan kerana takut, tapi kerana dia tahu dirinya kini sedang dinikmati, dihargai.
Di bilik kecil itu, tanpa janji, tanpa lampu terang, tanpa muzik latar… dua tubuh saling belajar. Saling menyentuh bukan sekadar kulit, tapi urat yang paling dalam tempat asal rindu, keinginan, dan rahsia yang tak pernah terucap.