Langit malam tak sehitam biasa. Jalan kecil di depan rumah sewa kakak Mekya hanya diterangi cahaya kuning dari tiang elektrik lama. Suasana sunyi, hanya bunyi cengkerik yang berbunyi tanpa peduli hati yang makin tak keruan.
Mekya menanggalkan helmetnya perlahan, rambut yang terhimpit tudung bawal ringkasnya terangkat sedikit. Aman menunggu di sisi, tangan di bakul motor, tapi mata sesekali mencuri pandang senyum manis Mekya yang seperti tidak terusik angin malam.
23Please respect copyright.PENANA7uXU4hLTvE
“Terima kasih hantar and untuk malam ni,” suara Mekya perlahan. Dia hulurkan helmet ke arah Aman.
Dan pada saat itu… jari mereka bersentuhan.
Sekilas, mungkin hanya satu pertembungan ringan kulit ke kulit. Tapi dunia terasa diam sebentar. Seolah-olah waktu berhenti untuk beri ruang pada satu debar yang tak dijangka.
Mekya menarik sedikit nafas. Aman pula terpaku, matanya tidak lepas dari mata gadis di hadapannya.
Entah datang dari mana, tangan Aman terangkat perlahan.
“Err… salam…” katanya, hampir tak terdengar.
Sejenak tiada respon. Tapi kemudian, tanpa ragu, Mekya menyambut tangan Aman, lembut tapi kemas… dan yang tidak dijangka dia tunduk dan mencium tangan Aman perlahan.
Bagai seorang isteri yang menghantar suaminya keluar bekerja.
Aman terkedu. Nafasnya turun naik, perlahan tapi dalam. Tidak pernah terbayang. Tidak pernah diminta. Tapi kini berlaku seakan gerbang baru terbuka, walau mereka sendiri tak pasti apa di sebaliknya.
Mekya angkat muka semula, senyum kecil bermain di bibirnya, matanya masih merendah. Aman pula senyum separuh keliru, separuh gembira, dan penuh debaran.
“kito masuk dulu. Hati-hati jalan balik, abang…” katanya separuh berbisik sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Aman masih tercegat diatas motor, memegang helmet, jari yang tadi bersentuhan masih terasa hangatnya.
Dan dalam diam, dia tahu itu bukan main-main. Itu bukan salam biasa.
Itu... satu tanda.
Tanda bahawa peluang yang dia ragu selama ini… kini sudah terbuka di depan mata.
Sudah seminggu berlalu sejak malam pertama mereka keluar. Dan sejak itu, hampir setiap petang Aman dan Mekya keluar bersama. Bukan seperti pasangan kekasih yang rasmi, tiada pengakuan, tiada gelaran.
Tapi pertemuan mereka punya irama tersendiri.
Sekejap lepak di taman. Sekejap bungkus teh ais duduk di tepi sungai. Sekali sekala mereka hanya berjalan dalam pasar malam, jarak dua tapak, tanpa bersentuh. Tapi mata mereka kerap bertembung dan dari situ, semua terucap tanpa suara.
Mekya tidak pernah tanya “Kita ni apa?”
Aman pun tidak berani memanggilnya “sayang”.
Tapi cara Mekya bersandar ringan bila Aman duduk terlalu diam, atau cara dia selit jari di celah lengan Aman sambil berjalan, semua itu cukup untuk beri isyarat bahawa perhubungan ini sudah melangkah lebih jauh dari sekadar kawan.
---
HARI KE-6
Petang itu mereka duduk di dalam kereta, tempat biasa bawah pokok besar di hujung padang kecil, jauh dari laluan orang. Tingkap diturunkan sedikit, angin panas lembut masuk perlahan.
Mekya duduk senyap, matanya pandang luar. Tudungnya ringkas seperti biasa, tapi sehelai rambut terkeluar dari tepi, menari-nari mengikut arah angin.
“Awak penat ke?” tanya Aman perlahan, mata masih ke depan.
“Tak... Cuma rasa tenang je duduk dengan awak,” jawab Mekya, suaranya hampir seperti bisikan
Aman berpaling. Mekya senyum, manis seperti selalu tapi ada sesuatu dalam mata dia yang sedikit lain hari itu. Lebih lembut. Lebih berani.
Dan sebelum sempat Aman bertanya apa-apa, Mekya condong perlahan, lalu memeluk Aman dengan satu pelukan ringkas. Bahunya singgah di dada Aman, lengan melingkar di sisi Aman, kepala ringan disandarkan.
Aman kaku seketika. Tapi dia tidak menolak. Malah, tangan kirinya terangkat perlahan, membalas pelukan itu dengan genggaman ringan di bahu Mekya.
Tiada kata.
Tiada alasan.
Dan saat Mekya melepaskan pelukan itu, dia tidak terus duduk semula ke tempat asal. Sebaliknya, dia angkat muka, dan dengan senyum manja penuh yakin… dia cium pipi Aman perlahan dan tepat.
Hanya sekelip.
Tapi cukup untuk buat jantung Aman berdentum seperti gendang dalam dadanya.
“Terima kasih... sebab buat saya rasa selamat,” kata Mekya, sambil kembali bersandar ke kerusi.
Aman hanya mampu tersenyum. Tapi dalam hatinya, seperti pintu yang selama ini tertutup… kini sudah dibuka Mekya, tanpa perlu minta izin.
......
DAN MALAM ITU, Aman menulis mesej paling pendek dalam WhatsApp:
“Mekya...”
“Hmm?”
“Kalau awak jadi milik saya sepenuhnya… awak sedia?”
Mekya hanya balas dengan emoji:
💌
Dan sejak hari itu… Aman mula atur langkah lebih berani untuk setiap perjumpaan.