
Gambaran mekya
Tengah hari itu, Aman akhirnya menunaikan ‘tugas’ Kaknia. Dia berjalan ke kedai makan selang sebuah, cuba mengatur langkah biasa-biasa meskipun dalam hati, degupnya tidak seperti selalu.
Sampai di sana, orang penuh. Aroma nasi goreng dan sup panas memenuhi ruang sempit kedai. Di sebalik hiruk-pikuk pelanggan, Aman ternampak Mekya di balik kaunter tudung sangkut dibahu ringkas, senyumannya ringan tapi cepat menangkap mata Aman.
“Bungkus je... nasi goreng ayam satu,” katanya sambil menunduk sedikit, kononnya tak mahu pandang lama.
Mekya senyum, cepat dan manis. “Okey, tunggu jap na”
Beberapa minit kemudian, Aman terima bungkusan dan keluar segera.
Sampai di kedai sendiri, Kaknia yang perasan Aman masuk hanya sempat tersenyum separuh nakal.
“Eh? Balik dah Aman? Laa kenapa bungkus je? Kenapa tak makan sana?”
“Ramai orang la Kaknia… segan,” jawab Aman sambil letak bungkusan atas meja.
“Hish… kamu ni, macam-macam!” Kaknia geleng, tapi senyum dia tak hilang.
41Please respect copyright.PENANAtfw7iGXiJ1
KEESOKAN PAGI
Langit baru cerah. Aman baru sampai di belakang kedai, tangan masih pegang kunci pintu lipat, bila dia terdengar bunyi motor perlahan menghampiri dari simpang.
Mekya.
Naik motor pink lusuh, selamba lalu dengan beg plastik berisi sayur di raga.
Aman spontan angkat tangan, buat isyarat dua jari gaya telefon di tepi kepala.
Mekya perlahan berhenti, tanggalkan topi keledar sedikit dan senyum.
“Abe nak nombor?” katanya, suara kecil dan lembut, tapi cukup untuk buat Aman tercengang sekejap.
Dia keluarkan telefon dari poket, buka skrin kosong. Mekya hulur tangannya, taip nombor sendiri dan pulangkan semula telefon dengan satu senyum separuh senget yang lebih berani dari semalam.
“Kalau tak WhatsApp, saya marah" katanya sebelum meluncur pergi.
41Please respect copyright.PENANAB2ZlmDM0Bk
MALAM ITU
WhatsApp bertukar-tukar ringkas tentang makanan, kerja, hal cuaca tapi dengan emoji senyum dan nada bertambah berani. Mekya balas cepat, tanpa tapisan. Dan sebelum malam terlalu larut, Aman akhirnya taip:
"Kalau saya nak jemput awak keluar, boleh ke?"
Balasan muncul kurang seminit.
"Boleh... esok malam, rumah sewa kakak. Tunggu depan gate. Jangan lambat. saya bagi location"
41Please respect copyright.PENANAu9Wz4Ggamq
MALAM PERTEMUAN PERTAMA
Aman tunggu depan rumah sewa kecil di tepi taman. Bila Mekya keluar berbaju blaus ringkas dan seluar jeans hitam, dia nampak lebih muda dari 19, tapi cara dia melangkah seperti seseorang yang tahu betul dia sedang dilihat.
Sepanjang perjalanan ke panggung wayang, mereka tak banyak cakap. Tapi suasana diatas motor muncul rasa sesuatu, Mekya terbuka untuk merapatkan tubuh seperti pasangan kekasih sedang membonceng motorsikal.
Di dalam wayang, mereka duduk agak rapat, walaupun masih tiada sebarang sentuhan. Tapi Aman sedar satu perkara: ada sesuatu dalam senyum Mekya… yang tidak sama dengan Mimi.
Sesuatu yang lebih berani.
Lebih terbuka.
Dan mungkin, lebih berbahaya.
ns216.73.216.176da2